"Hospital tak cukup peralatan untuk bedah Jaehyun. Saya cadang kita bawa dia ke United Kingdom. Kawan saya pengasas sebuah hospital dan dia doktor pakar bedah saraf di sana"
Cadang Tuan Lee pada Puan Lee yang sedang menghadap katil Hyunjae
"Kalau itu yang terbaik, saya setuju. Saya tak sanggup tengok Jaehyun kita macam ni... Saya rindukan dia" Dengan penuh kasih sayang rambut Hyunjae diusap. Meneliti wajah lelaki itu yang masih tidak sedar dengan senyuman kelat
"Minggu depan. Kita akan bertolak ke sana minggu depan" Bahu Puan Lee dirangkul. Mengusap perlahan bahu wanita itu untuk memujuknya
Dalam mereka tidak sedar, Hyunjae mendengar segala galanya. Kepala ditundukkan memandang ke bawah. Memeluk tubuh dan bersandar pada dinding
"Kau dah nak pergi dah"
Muncul satu suara daripada tepi. Perlahan Hyunjae mengukirkan senyuman tipis sebelum menoleh kearah suara itu
Hantu lelaki yang meninggal 4 tahun lepas. Jeon Jungkook. Meninggal akibat dapur gasnya meletup semasa dia hendak memasak
Masih ada serpihan kaca dan juga pisau yang tertembus di dada pada tubuh lelaki itu
"Kau akan sedar nanti. Kenapa kau nampak sedih?" Soal Jungkook
"Entahlah. Aku teruja. Tapi kenapa aku kena pergi jauh? Kan boleh cari mana mana hospital lain dekat dalam negara?"
"Sebab kau taknak berjauhan dengan budak perempuan yang boleh nampak kau tu kan?"
Hyunjae terdiam seketika. Beberapa ketika kemudian, dia mengangguk perlahan
"Aku faham perasaan kau. Tapi ini untuk kebaikan kau jugak. Lepas kau dah sedar nanti, kau carilah perempuan tu balik. Back to normal orang kata"
"Tak. Aku tak rasa akan sama. Kalau aku sedar nanti, aku takkan ingat apa yang berlaku masa aku muncul dalam bentuk roh ni" Jungkook mengangguk. Memahami isi tersirat Hyunjae
"Kau sayang nak lupakan semua memori kau dengan dia dalam bentuk ni, betul tak?" Teka Jungkook namun lelaki di sebelahnya sudah terdiam
"Kau bangun nanti kau tak akan ingat apa apa. Perlahan lahan memori sekarang akan hilang. Kalau kau ingat pun, mungkin kau akan fikir itu cuma mimpi masa kau koma je" Sambung Jungkook
"Itulah sebabnya--"
"Yeobo, pelajar yang belasah anak kita dah kena tangkap!"
"Huh? Betul ke??"
Kata kata Hyunjae terpotong. Pantas dia menoleh kearah ibubapanya. Langkah dimajukan mendekati mereka
Sempat Hyunjae mengintai ke dalam telefon Puan Lee yang sedang memainkan satu berita daripada SNS
[" Beberapa pelajar sekolah menengah tinggi Hanseong yang terlibat dalam aktiviti merogol dan cubaan membunuh seorang pelajar sekolah tersebut telah ditangkap tengahari tadi. Polis juga telah memberkas sepasukan polis bahagian penyiasatan yang telah menerima rasuah dalam mengaburkan akitiviti kesemua pelajar tersebut-... "]
Hyunjae menekup mulut tidak percaya. Tak menyangka secepat itu mereka dicekup
"Ouh. Diorang dah kena tangkap. Baguslah" Ucap Jungkook menepuk perlahan belakang lelaki itu
"Hyunjae. Kau taknak bagitahu ke dekat perempuan tu yang kau nak dipindahkan ke hospital lain?" Laju Hyunjae menoleh kearah Jungkook
"Ah yelah! Aku nak pergi jumpa dia!" Langkah diatur laju keluar daripada wad
"Hyunjae jangan keluar daripada kawasan hospital! Bahaya!"
YOU ARE READING
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉ
Fanfic" He's dead. But still breathing " Started: June 29, 2022 Ended: July 29, 2022