【12】

141 39 57
                                    

"Minyoungie! Sebelum tidur jangan lupa basuh kaki!"

Pesan Puan Kim daripada tingkat bawah. Sudah tahu bahawa anak gadis itu sering mengigau dan mimpi ngeri setiap malam

"Nae eomma~" Balas Minyoung pula sambil menapak menuju ke biliknya

Setelah selesai makan malam dan berborak bersama keluarga di ruang tamu, tiba masanya untuk Minyoung tidur

Pintu bilik tidur dipulas lalu ditolak perlahan

Masuk sahaja ke dalam, pandangan Minyoung disapa dengan satu susuk tubuh di atas katil sedang baring mengiring menghadapnya

Figura tersebut mengukir senyuman melihat wajah terkejut Minyoung

Mulut Minyoung dan matanya sama meluas

Sekilas kenyitan mata dihadiahkan pada Minyoung hingga gadis itu terundur ke belakang kerana terkejut

Minyoung keluar dan menutup pintu dengan segera lalu menarik nafas laju

"Betul ke apa aku nampak ni?" Gumam Minyoung sendiri sambil menggenyeh mata

Dia mengambil beberapa saat sebentar sebelum kembali memulas pintu bilik

Perlahan lahan pintu itu dikuak. Minyoung mengintai semula keatas katil

Kosong

Nafas lega dihembus Minyoung. Dia kembali berdiri dan membuka pintu dengan lebih luas

"Kenapa pulaklah aku boleh terbayang dia ni? Ish..." Keluh Minyoung lalu masuk ke dalam bilik

Pintu ditutup dengan rapat. Minyoung mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi

Tanpa teragak agak, pintu bilik air ditolak dengan kuat

"Annyeong~~"

"Waarghkkk!!!"

Jerit Minyoung hingga terdorong ke belakang selepas melihat figura Hyunjae sedang duduk diatas singki sambil melambai kecil pada Minyoung

Pantas Minyoung menekup mulut selepas menangkap bunyi tapak kaki di luar bilik

Sekelip mata, pintu bilik Minyoung dibuka cemas oleh Younghoon

"Wae wae? Ada perompak dalam bilik kau ke apa??"

"H-hah... T-tak... Aku terkejut ada lipas BESAR atas singki tadi" Saja Minyoung menekan perkataan besar merujuk kepada Hyunjae

Younghoon menggulingkan mata keatas

"Kau ni... Terkejut aku. Kejap" Younghoon menghilang sebentar

Pantas Minyoung memandang kedalam bilik air. Hyunjae masih tersengih melihat dia

"Awak buat apa dekat sini?"

"Aku dah cakap. Ada hantu yang akan ikut kau balik rumah. Daripada aku buat kau trauma takutkan kau dengan hantu yang seram, baik aku ikut kau sendiri. Sekurang kurangnya, dapat kau tenung hantu roh handsome macam aku ni kan?" Hyunjae menjungkitkan keningnya beberapa kali pada Minyoung

𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang