"Aku tak faham dengan kau ni! Kenapa gatal sangat nak datang sekolah??"
Marah Jinhee dengan wajah tidak puas hati
Minyoung mengambil keputusan untuk datang ke sekolah setelah 2 hari berehat di rumah. Entah kenapa ada perasaan yang tidak senang buatkan dia mahu ke sekolah
"Salah ke?"
"Yes! Salah!"
Muncul suara lain yang menjawab. Pantas Minyoung menoleh ke depan
Sunwoo dan Eric sedang berdiri hadapan meja mereka. Kerusi kosong tanpa pemilik di tarik dan duduk menghadap dua gadis itu
"Ouh... Siapa yang buat dia macam tu?" Minyoung menggeleng kepala tidak tahu. Sunwoo memandang Minyoung dengan pandangan tajam
Tidak puas hati dengan jawapan gadis itu
"Kau betul tak tahu? Ada tak sesiapa yang mencurigakan? Hyunjae hyung tak cakap apa apa dekat kau?"
"Korang ni polis ke apa?" Sampuk Jinhee di sebelah yang mendiamkan diri
"Kami sebagai adik dia yang terchentahh, Mestilah kena tahu siapa yang memperlakukan hyung kitorang sampai nazak. Kesian tahu? Hyunjae hyung tu dah la baik"
"Baik" Ulang Minyoung perlahan lalu mencebik
"Betul jugak tu. Dia selalu selamatkan pelajar dari kena buli dan tolong orang. A hero without a cape. Aku pun pernah tersangkut dekat sekolah sorang sorang sebab hujan. Korang pun tahu kan, sekolah ni ramai jantan yang tak betul. Dia takut ada orang ambil kesempatan dekat aku
Dia teman aku lepas tu hantar aku balik rumah. Pelajar perempuan pun rasa selamat bila dia ada dekat sekolah" Panjang Jinhee bercerita buat Minyoung diam sejenak mencerna segala perkataan yang keluar dari bibir Jinhee
Sejujurnya dia merindui usikan Hyunjae. Terasa pelik bila masuk ke dalam pagar sekolah tanpa Hyunjae di situ. Dan ketika dia berjalan menuju ke kelas, makin teringat segala usikan Hyunjae yang menjengkelkan
"Yoora" Sebut Minyoung tiba tiba. Ketiga tiga mereka tertoleh memandang Minyoung
"Aku rasa Yoora tahu sesuatu. Dia sekelas dengan korangkan?" Serentak Sunwoo dan Eric mengangguk
"Tapi, dah lama kitorang tak nampak dia. Dia jarang ada dalam kelas. Dia selalu sakit. Lepas tu tak datang sekolah" Beritahu Sunwoo
Tok tok tok!
Pintu kelas diketuk. Serentak itu, kelas yang riuh bertukar senyap
Datang pengetua dan dua orang pegawai polis masuk ke dalam
"Kim Minyoung" Panggil pengetua membuatkan Minyoung duduk tegak kerana terkejut
"Siapa Kim Minyoung?" Lantas Minyoung mengangkat tangan
"Mereka perlukan awak untuk siasatan"
"Ikut kami"
≪•◦ ❈ ◦•≫
:̗̀➛ minyoung's pov
"Kalau awak ada rasa apa apa yang mencurigakan, tolong hubungi kami"
senyuman paksa diukir lalu mengangguk sekilas
"Nae~ Saya pergi dulu" Aku tunduk hormat pada mereka sebelum keluar daripada bilik pengetua
Hampir seharian aku dekat sini untuk soal siasat. Macam macam soalan dia tanya
Pasal kesihatan aku pun diorang tanya jugak. Sakit pinggang aku dibuatnya sebab duduk terlalu lama
Semasa di luar bilik, aku menggeliat melegakan rasa sakit pinggang. Kemudian, aku tengok jam tangan untuk menilik masa
"Uwah... Dah habis masa sekolah" Pantas aku berjalan ke kelas semula
Bilik pengetua berada di tingkat yang sama dengan pelajar akhir tahun. Semasa aku melintasi kelas Hyunjae, meja dia aku pandang walaupun tahu dia tak ada di sana
Rindu? Sikitlah... Pelik bila tak ada orang nak sakat aku macam dia. Jadi sunyi sikit koridor ni sebab biasanya mesti akan terdengar suara dia gelak tu
"Minyoung ah" Panggil satu suara. Laju aku menoleh ke belakang
Younghoon memberi isyarat supaya datang kearah dia
"Kenapa?" Soal aku smabil berjalan mendekati Younghoon
"Aku balik lambat harini. Jalan kaki eh?"
"Appa ambik aku nanti"
"Lagi satu, Hyunjae dah pindah ke wad biasa. Eomma suruh aku jaga dia malam ni sebab nak suruh pasangan Lee tu rehat. Tapi aku ada kelas tambahan malam" Adu Younghoon buat aku faham apa yang dia hendak maksudkan
"Takpe. Aku jaga dia. Lagi pun cuti sakit aku ada baki 3 hari. Jadi tak apa kalau aku tak datang esok" Senyuman Younghoon melebar luas
"Yah gumawo~~" Ucap Younghoon meleret dengan suara yang saja dikecilkan