【18】

134 31 72
                                    

"Minyoung aku pergi tandas kejap tau?"

Selepas Minyoung mengangguk, Jinhee berlalu pergi menuju ke tandas yang sama aras dengan wad Hyunjae

Sementara menunggu Jinhee selesai, Minyoung mengambil tempat duduk di satu lorong yang lenggang

Mengenangkan kata kata Bangchan tadi. Satu persatu perkataan yang keluar daripada mulut Bangchan berlegar dalam fikiran Minyoung

Hinggalah sesuatu menarik perhatian gadis itu

Dua figura sedang berdiri di penjuru dinding. Jarak mereka dengan Minyoung hanya 3 meter

Minyoung meneguk air liur kelat. Cuba mengabaikan figura tersebut yang sudah tentu bukan manusia

Dua orang kanak kanak lelaki dan perempuan sedang berpegang tangan. Wajahnya pucat dan mata yang putih tanpa anak mata. Menitis darah segar daripada baju yang mereka sedang pakai

Jantung Minyoung berdegup dengan kencang. Kawasan yang dia duduki sedang kosong. Hanya Minyoung sahaja di situ

Disebabkan terlalu takut, Minyoung bertindak bangkit daripada duduk dan berjalan

Namun pergerakannya terbantut apabila merasakan kakinya dipeluk erat langsung tidak boleh berjalan

"Noona..."

"Unnie..."

"Main lah dengan kami..."

Serentak kanak kanak itu merayu. Suara mereka bagaikan bercakap di tepi telinga Minyoung sedangkan mereka berdua sedang memeluk kaki Minyoung ketika ini

Minyoung semakin takut. Mata dikatup rapat sambil bernafas laju. Bagaikan suaranya tersekat di kerongkong. Minyoung tak boleh menjerit atau mengeluarkan sebarang suara

"Yah!"

Suara tersebut berjaya buatkan cengkaman pada kaki Minyoung terlepas

Pantas Minyoung membuka mata melihat Hyunjae di hadapannya

Secepat Mungkin Minyoung berlari menyorok di belakang Hyunjae sambil menutup mata menggunakan tangan

"S-saya nampak diorang... awak tolongg" Ujar Minyoung

"Jangan takut. Aku ada" Pujuk hyunjae masih memandang dua kanak kanak itu

"Balik tempat asal kamu berdua. Dan jangan ganggu sesiapa lagi dekat sini. Faham?" Serentak mereka mengangguk sebelum beransur ansur mereka lenyap daripada pandangan

Hyunjae pusingkan tubuh memandangkan Minyoung

Sedang menutup mata dengan sebelah tangan sambil memalingkan wajah pada dinding

Tak ubah seperti kanak kanak yang ketakutan

Hyunjae tergelak kecil melihat Minyoung

"Diorang dah tak ada"

"Jinjayeo? Jangan main main dengan saya. Ini benda serius"

"Ye betullah. Aku dah halau diorang"

Perlahan Minyoung jatuhkan tangan sebelum perlahan lahan membuka mata. Sempat Minyoung mengintai ke belakang Hyunjae untuk memastikan mereka benar benar sudah tiada

𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang