"Aku nampak dia terbaring depan bilik sakit. Cepat cepat aku bagitahu ssaem"
Minyoung menjengah daripada luar wad Yoora ditempatkan. Tak mahu masuk ke dalam kerana kapasiti pelawat sudah berada di tahap maksima dicampur dengan rakan karib Yoora
Biarlah mereka yang menemani gadis itu buat sementara waktu
"Kau jumpa Jongho tadi, kan?" Soal Eric pada Minyoung
"Haah"
"Tak rasa ke dia tu pelik?" Minyoung mengerutkan dahi sedikit
"Pelik? Biasa je..."
"Mungkin kau tak rasa. Tapi, ada tak sesiapa jumpa atau pandang kau secara pelik lepas hyunjae hyung koma?"Giliran Sunwoo bertanya. Tanpa teragak agak Minyoung mengangguk. Sunwoo dan Eric mula rasa berminat untuk mendengar
"Siapa?"
"Erm... Mula mula geng Jongho pandang aku dengan Jinhee pelik dekat cafeteria"
"Lepas tu Jongho minta aku ajar dia subjek sejarah"
"Ah dan tadi geng Bangchan sunbae jumpa aku" Terang Minyoung pada mereka berdua
"Bukan jumpa. Aku terserempak dengan diorang. Aku tak sengaja pijak kasut baru Lee Know sunbae" Beritahu Minyoung secara terperinci lalu Sunwoo dan Eric ketawa
"Mengamuklah dia?"
"Well... Hampir kena tampar" Makin kuat tawa mereka berdua. Namun kedua duanya terus tersenyap melihat seseorang di belakang Minyoung
Minyoung menoleh. Figura Sangyeon sedang meletakkan jari telunjuk pada bibir muncul di belakang
Pantas Minyoung tunduk hormat pada lelaki itu
"Annyeonghaseyo, Sangyeonnim~"
"Sekali lagi kita jumpa, Minyoung shi" Sangyeon membalas
Gadis itu hanya senyum sambil mengangguk mengiyakan kata kata Sangyeon
Hinggalah dia terperasan kelibat Hyunjae di belakang sedang mengambil perhatian Minyoung dengan melambai tangan
"Yah, ikut aku jap" Minyoung menggeleng kepala tidak mahu lalu memusingkan tubuh menghadap Sunwoo dan Eric yang sedang bersembang dengan Sangyeon
"Ni hah hyung... Orang yang kita syak tu semua cari Minyoung" Mendengar namanya dipetik, Minyoung terus mendekati mereka
"Betul ke? Minyoung awak ada kena ugut dengan siapa siapa?" Soal Sangyeon menginginkan kepastian
"Dari Seo Changbin. Dia suruh saya jaga diri. Hah! Dia ada pesan dekat saya, suruh cakap dekat kawan kawan Younghoon supaya jaga hyunjae sunbae sementara dia ada peluang untuk hidup" Ketiga tiga mereka terdiam seketika
"Tch... tssk... Aku ingatkan satu grup je... rupanya dua..." Sunwoo bersuara
"Hm? Korang syak siapa?"
"Ateez"
"Geng nerd tu? Diorang 24 jam pegang buku. Takkanlah diorang nak belasah Hyunjae sunbae?" Sangyeon toleh kearah Minyoung
"Kadang kadang, yang diam dan menyendiri ni lagi bahaya daripada pedang. Jangan menilai orang daripada luaran saja, Minyoung. Ingat tu sampai bila bila"
Bagaikan satu tamparan, akhirnya Minyoung terdiam kerana tersentap dengan kata kata Sangyeon. Bibir diketap sambil tunduk ke bawah mengangguk perlahan
Dan seperti biasa, tawa lantang Hyunjae mengilai di seluruh pelusuk koridor yang hanya mampu didengari Minyoung dan entiti ghaib yang lain
![](https://img.wattpad.com/cover/314723551-288-k725477.jpg)
YOU ARE READING
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉ
Fanfiction" He's dead. But still breathing " Started: June 29, 2022 Ended: July 29, 2022