【23】

120 27 55
                                    

3 Days Later

"Pesakit Lee Jaehyun? Ah. Dia dah dipindahkan ke UK untuk rawatan di sana. Tuan Lee yang buat keputusan untuk hantar Jaehyun-nim ke sana"

"Mianhae Minyoung. Eomma lupa nak bagitahu kamu tadi"

"Ahjumma Lee bagitahu masa hari kau pergi lawatan. Kami pun terkejut. Dan takkanlah aku nak bagitahu kau masa tu?"

Setiap bait perkataan daripada jururawat, Puan Kim dan Younghoon Minyoung imbas kembali

Pandangan dialihkan keluar tingkap kereta yang sedang bergerak. Kereta yang dipandu oleh Puan Kim sedang bergerak menuju ke rumah mereka

Fikirannya kosong ketika ini. Segala perasan bercampur aduk hingga buatkan air mata dia bergenang

Terasa seperti dia dipermainkan oleh semua orang

'Zaman sekarang bukan guna burung nak share maklumat. Kenapa Younghoon taknak chat aku?'

'Hyunjae... Kenapa Hyunjae tak bagitahu? Ataupun dia pun baru tahu masa hari aku pergi tu?'

Minyoung tayang wajah tanpa perasaan. Walaupun kelihatan tenang, dirinya saja tahu bertapa sukar untuk menahan air mata daripada bertakung

Kerongkong terasa dijerat. Semata mata untuk tidak mengeluarkan setitis air mata

"Minyoungie"

Lamunan Minyoung terhenti lalu menoleh kearah Puan Kim di sebelah

"Kita dah sampai rumah. Minyoung taknak keluar?"

"A-ah... Sorry. Minyoung tak sedar dah sampai" Katanya lalu keluar daripada perut kereta

Beg bagasi dikeluarkan daripada bonet kereta dan berjalan tanpa sebarang kata kata masuk ke dalam rumah

"Balik dah Minyoung? Seronok dekat Jeju?" Soalan Tuan Kim diabaikan Minyoung

Gadis itu hanya diam dengan wajah tanpa perasaan menuju ke bilik

Tuan Kim memandang kearah Puan Kim. Sebelah kening dijungkitkan ingin tahu penyebab Minyoung yang ceria sudah diselubungi awan mendung

"Hyunjae" Bisik Puan Kim lalu lelaki itu mengangguk faham

Puan Kim memandang kearah Minyoung yang sedang mendaki tangga

"Minyoung. Semalam ada orang hantar surat dekat kamu. Eomma letak atas katil" Beritahu Puan Kim

Namun gadis itu masih berdiam diri

"Dia penat kut..."

"Iyalah... biar dia rehat cukup cukup"

≪•◦ ❈ ◦•≫

: ̗̀➛ Minyoung's pov

"Kenapa kau buta sangat Minyoung? Tak nampak ke selama ni dia dah gunakan kau?!"

Buk!

𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now