"Minyoung? Kau cakap dengan siapa tu?"
Perbualan antara Minyoung dan Hyunjae terbantut. Serentak mereka menoleh kearah Jinhee yang baru tiba di pintu wad persendirian milik Minyoung
"Dengan Hyunjae sunbaelah" Balas Minyoung menunding tepat kearah Hyunjae
Jinhee mengerutkan dahi melihat arah yang Minyoung tunjuk. Tidak cukup itu, seluruh pelusuk wad tersebut dipandang mencari cari susuk yang disebutkan Minyoung
"Mana ada siapa siapa. Cuma kau dalam wad ni. Daripada tadi aku nampak kau bercakap sorang sorang. Minyoung, are you okay?"
Air liur ditelan terasa kelat. Minyoung kembali menoleh kearah Hyunjae dengan pandangan sayu
Lelaki itu hanya diam tak mengeluarkan sebarang kata kata memandang Jinhee lama dengan pandangan kosong
"Aku rasa kau berhalusinasi. Minyoung, Juyeon cakap yang Hyunjae sunbae masih dalam red zone. Pembedahan tu berjaya. Tapi perlukan masa untuk dia bangun. Tak mungkin secepat ni dia dah balik" Ujar Jinhee lagi mendekati Minyoung
Bahu gadis itu diusap perlahan
"Jinhee kau merepek apa ni? Hyunjae sunbae dekat depan aku ni lah!"
"No he's not!" Tengking Jinhee lagi memarahi Minyoung. Minyoung terus tersentap dan diam
Wajah Minyoung ditekup. Air mata yang mengalir dikesat Jinhee
"Dia tak ada... Minyoung sedarlah. Lupakan dia. Move on okay? Bukan semua yang kita nak miliki akan dimiliki. Semuanya ditentukan takdir. Dan takdirnya, kau bukan dengan dia. Aku percaya, ada lelaki yang terbaik untuk kau..." Panjang Jinhee memberi nasihat. Manakala Minyoung sudah menangis
Air mata yang mencurah dikesat menggunakan ibu jari. Memujuk Minyoung agar tidak menangis dengan memeluk gadis itu
"Eo? Hyunjae hyung! Bukan hyung patutnya sampai esok? Kenapa sampai awal?"
Suara Juyeon menghentikan tangisan Minyoung
Pantas anak mata Minyoung beralih pada Juyeon
Lelaki itu langsung tidak membaca situasi. Sedang tersenyum lebar pada Hyunjae sambil mendekati
Mereka bersalaman dan bertepuk tampar langsung tidak perasan riak wajah Minyoung
Seusai itu, barulah Juyeon pandang wajah wajah mereka. Hyunjae dan Jinhee sedang senyum penuh makna. Manakala Minyoung, wajah berkerut kelihatan sedang marah
"Erm... Korang kenapa?"
"AISHH! CHOI JINHEE!!!" Pantas Jinhee berlari menyorok di belakang Juyeon semasa Minyoung melompat daripada katil hendak menangkapnya
Juyeon yang masih keliru ditarik tarik Jinhee agar menjadi penghalang
"HAHAHAHA! Yah Mianhae!"
"Kau ingat kelakar ke?! Mati mati aku ingatkan aku sakit mental kau tahu?! Jinhee kau memang tak gunaa!!" Tertubi tubi Minyoung melayangkan tumbukan yang akhirnya mendarat pada Juyeon
"Ark! Ark! Yah kena muka!"
Disebabkan tak mahu ada antara mereka yang terpaksa dimasukkan ke dalam hospital, Hyunjae datang meleraikan pergaduhan

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉ
Fiksi Penggemar" He's dead. But still breathing " Started: June 29, 2022 Ended: July 29, 2022