【5】

172 36 23
                                    

: ̗̀➛Minyoung's pov

The Next Day

"Jinhee, Kau biasa balik jalan kaki, kan? Harini balik dengan aku tau?"

Jinhee mengangguk setuju

"Kenapa? Semalam pun kau jalan kaki. Younghoon sunbae ada study group ke?" Kepala digeleng perlahan

Disebabkan motor menghempap kaki Younghoon semalam, kaki dia terseliuh. Appa marah aku sebab buat dia macam tu. Dan akhirnya aku didenda untuk jalan kaki pergi ke sekolah

Apa apa jelah. Asalkan dendam aku dekat Younghoon dah lunas!

"Erm... Younghoon demam harini. Dia tak datang" Tipu aku. Jinhee hanya mengangguk faham

"Aku nak pergi tandas kejaplah" Beritahu aku pada Jinhee kemudian bangun daripada kerusi

Langkah diatur menuju ke tandas perempuan yang bersebelahan dengan tangga

Semasa aku hendak melintasi tangga, aku terdengar seperti ada seseorang di sana. Terbantut langkah aku untuk pergi lebih jauh

"Hyunjae sunbaenim, terima kasih sebab pinjamkan blazer sunbae semalam. Saya dah cuci dan sidai. Terima kasih banyak banyak"

"Sama sama. Yoora awak betul tak apa apa?"

Hyunjae dengan Yoora? Diorang couple ke? Kenapa jumpa dekat tempat sunyi ni?

"S-saya takut..."

"Kalau macam tu, kita buat report. Biar polis yang selesaikan"

"Tak. Saya risaukan sunbae. Mesti dia rancang sesuatu yang jahat pada sunbae sebab tolong saya semalam. Jadi sunbae, tolong hati hati ya?"

Dari jauh aku nampak Hyunjae mengangguk

Mereka mula berbising sesuatu kemudian Yoora tiba tiba menangis. Hyunjae tepuk bahu dia untuk tenangkan Yoora

Apa hubungan diorang sebenarnya? Sebab Yoora yang aku tahu, dia budak pendiam. Susah nak tengok dia bergaul. Cuma dengan rakan sekelas dia je. Bercakap dengan lelaki pun susah

Kenapa dia nampak mesra dengan Hyunjae? Betul ke diorang couple? Kalau betul, memang menangis perempuan satu sekolah ni nanti. Yoora tu pun, boleh tahan lawa

"Hah! Mengendap!"

Aku terundur ke belakang setelah disergah Hyunjae yang tiba tiba muncul depan mata

"M-mana ada saya mengendap! Saya berhenti sini sebab... sebab nak pergi tandas" Dahi Hyunjae berkerut. Dia toleh ke belakang memandang pintu tandas

"Pergi jelah. Kenapa nak berhenti?"

"Eomma pesan, kalau orang tua ada dekat laluan tu, kita kena bagi dia lalu dulu" Tajam mata Hyunjae pandang aku tak puas

"Muka aku ni ada macam orang tua ke?" Aku mengangguk dengan senyuman mengejek

"Ahjushi. Kenapa sekolah lagi? Repeat exam ek?" Hyunjae berdecit

𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang