【3】

169 38 39
                                    

: ̗̀➛Minyoung's pov

"Tak pernah pernah kau datang lambat"

Tangan yang masih berbirat aku usap perlahan sambil mengambil tempat di sebelah Jinhee

"Aku bangun lambat. Lepas tu Hyunjae sunbae jaga pagar" Beritahu aku pada Jinhee

"Ouhhh... Hahaha patutlah kau lambat"

Jinhee tahu hubungan aku dan Hyunjae sunbae macam mana. Musuh ketat aku walaupun dia bff Younghoon

"Kau buat apa malam tadi sampai bangun lambat?"

"Nightmare... Aku tak boleh tidur..."

Nightmare. Boleh dikatakan setiap malam aku mimpi perkara yang sama. Mimpi itu berulang ulang. Tapi aku masih tak boleh ingat. Hanya samar samar saja situasi yang boleh aku ingat

Aku tak tahu siapa orang dalam mimpi aku tu. Langsung tak cam

"Kau tidur tak basuh kakilah tu" Kata Jinhee tenang. Mungkin dia tengah sibuk menyalin nota semalam. Sebab tu dia malas nak layan aku

Pandangan aku beralih ke hadapan iaitu meja guru

"Ssaem tak masuk lagi?" Jinhee menggeleng kepala

"Macam biasalah. Masuk, letak homework, lepas tu blah. Busy katanya. Ada meeting"

"Ouh..." Aku mengangguk faham

Tok tok tok!

Pintu kelas diketuk perlahan sebelum terbuka

Terpacul wajah Hyunjae sedang senyum. Dia melangkah masuk ke dalam. Reaksi classmate perempuan aku, sudah semestinya terjerit

Gila tak?

Dah kalau muka taraf model ni masuk, siapa je yang tak menjerit? Ouh... Akulah tu...-.-

Aku menggulingkan mata menyampah. Masa Hyunjae pandang aku pun dia cuma menjeling

"Siapa dekat sini atlet sekolah? Tak kisah acara apa apa. Datang depan kejap. Aku nak nama"

Beberapa pelajar bangun menuju ke hadapan seperti yang diarahkan Hyunjae

"Yah Kim Minyoung" Panggil Hyunjae tiba tiba

Aku mengangkat wajah memandang dia berkerut

"Kau atlet sekolah jugak, kan? Nak tunggu aku bentang red carpet baru kau nak datang?"

"Mana ada. Saya bukan atlet--"

"Atlet dalam acara student paling lambat datang sekolah. Kau juara setiap tahun"

"PFFT--"

Satu kelas menghamburkan tawa. Termasuk Jinhee

Lama aku pandang Hyunjae tak puas hati. Gigi diketap sambil mata tajam menikam mata dia. Dia dah tersenyum sinis. Seronok sakat aku agaknya

Pen yang aku pegang digenggam erat hingga terdengar bunyi patah. Haih... Patah lagi pen aku

Boleh tak aku tikam lidah dia guna pen ni? Daripada membazir? Eishh

Sabar Minyoung sabar...

Aku tarik nafas dalam dan hembus perlahan. Cuba tenangkan diri. Tunggulah. Ada peluang, aku balas dendam!

"Dah? Semua dah eh? Ada atlet lain nak bagi nama?"

"Tak ada sunbae"

"Minyoung?" Panggilnya lagi namun aku abaikan dia. Buat buat tak dengar fokus dengan kerja yang diberi ssaem tadi

"Berlagak eh? Ok kalau semua dah tulis, aku pergi dulu. Nanti kalau ada yang tercicir, suruh dia jumpa aku. Aku geraklu"

"Nae sunbaenim!"

"Bye sunbae!!"

Mata aku terikut dia keluar. Semasa dia melintasi tingkap, dia pandang aku lalu senyum sinis

"Wahhh Hyunjae sunbae senyum dekat akuuuu!"

"Ye ke?"

"Yeee!!! Kau tak nampak ke dia senyum aku masa dia jalan keluar tadi??"

Terkinja kinja dua orang tablemate di sebelah aku ini

Aku tak tahulah aku yang perasan atau dia. Tapi tiba tiba aku ada idea yang bernas

Untuk kenakan Hyunjae

"Ehem, Bona ah" Panggil aku pada Bona yang masih teruja

Dia pandang kearah aku

"Wae?"

"Kau suka Hyunjae sunbae ke?" Laju Bona mengangguk

"Aku fans no 1 dia! Mestilah! Takkanlah ada manusia yang tergamak nak benci dia?" Kata katanya yang akhir buat aku tersenyum sikit

Aku lah salah seorang manusia tu

"Ah... Kebetulan betul! Haritu aku pernah terdengar Hyunjae sunbae practice ayat nak confess dekat crush dia. Masa dekat belakang sekolah" Wajah Bona yang ceria bertukar kendur

"Crush?"

"Mhm... Aku dengar dia sebut nama kau. Macam ni. Ehem! 'Park Bona, kau bagaikan bidadari dalam mataku. Sudikah kau jadi peneman hidupku sepanjang hayat?' macam tu! Aku rasa dia pun suka dekat kaulah Bona!" Mata Bona bersinar sinar

Nampak sangat dia gembira dengan penipuan aku

" J-jinjayeo?! " Aku mengangguk dengan senyuman

"Pergilah kejar dia! Cakap kau pun suka dekat dia" Bona terus bangun daripada bangku hendak keluar

"Tapi Bona!" Panggil aku. Dia pusing kearah aku sebelum jejak keluar pintu

"Kalau dia cakap dia tak suka kau, dia tipu je tu! Ego! Sebenarnya dia sayang kau gila gila!" Bona mengangguk faham

"Thanks Minyoung sebab bagitahu!" Ucapnya

"Sama sama~" Balas aku melambai Bona dengan senyuman lebar

Sekelip mata Bona hilang daripada pandangan

"Padan muka kau!"

≪•◦ ❈ ◦•≫

≪•◦ ❈ ◦•≫

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang