【10】

141 38 54
                                    

>> FEW DAYS  LATER >>

"Minyoung ah! Kau ni dah bangun belum? Aku tinggalkan kau nanti!"

Pintu bilik Minyoung diketuk ketuk beberapa kali namun tiada sahutan

Younghoon merengus malas. Rambut yang serabai hasil bangun daripada tidur makin diserabaikan

"Kau tak bangun, aku malas nak kejut dah! Aku nak mandi--"

"Woi"

Sapa satu suara. Laju Younghoon. menoleh ke tepi melihat Minyoung lengkap memakai uniform sekolah sedang menggigit roti bakar sambil mengikat rambut

"Awal kau bersiap?"

"Awal? Kau tengok jam ke tak ni?"

Dahi Younghoon terkerut. Pantas dia melihat jam di dinding koridor itu

Tepat menunjukkan pukul 7:45 pagi. Terlopong mulut lelaki itu dibuatnya

"Kenapa kau tak bersiap lagi?"

"DAH LAMBAT!!!" Lantang suara Younghoon menjerit. Kaki panjang dibuka laju berlari ke bilik semula tergesa gesa

Dalam diam Minyoung tersengih kecil

Selepas memastikan Younghoon sudah masuk ke dalam bilik, jam dinding itu dicapai dengan memanjat meja yang berdekatan

Pemasa jam tersebut dibetulkan semula menjadi pukul 6:45 pagi

Tawa kecil dihambur perlahan sambil menggantungkan semula jam tersebut. Kemudian, Minyoung berjalan menuju ke pintu bilik Younghoon sambil mengunyah roti bakar

Perlahan pintu bilik itu diketuk

"Younghoon ah~ Aku pergi jalan kaki tau?"

"Jangan lupa mandi! Hilang title Senior Idaman kau nanti"

"DAKCYEO!"

≪•◦ ❈ ◦•≫

: ̗̀➛ minyoung's pov

"Kenapa semua orang pandang aku lain macam ni?"

Lengan Jinhee dipeluk sambil berbisik padanya. Sejak masuk sekolah lagi, semua mata tertumpu pada aku. Aku positifkan minda yang diorang tengok Jinhee memandangkan perempuan ni lawa tengah pakai baju team bola jaring dia

Tapi aku tak rasa macam tu

"Satu sekolah dah tahu kau selamatkan Hyunjae sunbae haritu" Beritahu Jinhee dengan berbisik

"Ouhh... Nak pandang, pandang jela macam biasa. Ni macam nak makan aku je..." Jinhee tergelak

"Cakap pasal pandang nak makan kau ni kan... ada someone ni betul betul pandang kau macam nak bunuh kau" Aku pandang Jinhee pelik

Mata dia tepat pandang satu arah buatkan aku pandang ke sana sekali

Jelas Younghoon sedang tenung aku sambil peluk tubuh dengan mata tajam. Kawan kawan dia yang sedang bercakap dengan dia pun dia tak layan

Hanya tenung aku sambil mulut terkumat kamit berbicara sesuatu. Daripada jauh, macam dia tengah baca mentera nak santau aku. Aku tahu dia tengah mencarut carut dekat aku

"PFFT- HAHAHA!" Tawa aku kuat namun masih tenggelam dengan suasana bising koridor sekolah

"Kenapa kau gelak? Younghoon sunbae nampak tengah marah tu. Kau buat apa dekat dia?"

𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now