Bahu Minyoung digoyang kuat hingga mata dia terbuka luas
Terkebil kebil mata Minyoung melihat Younghoon di depan mata
'Mimpi rupanya...'
Desis hati
"Kau pergi sekolah ke tak?" Minyoung terduduk setelah mendengar soalan Younghoon
"Pergilah"
"Dah tu? Kenapa tak mandi lagi? Lambat dah ni"
Kepala ditoleh melihat jam yang tergantung cantik pada dinding bilik
Jam menujukkan tepat pukul 7:40 pagi. Masih berbaki 20 minit sebelum pintu pagar sekolah tutup
"Aishhh!" Minyoung terus lompat daripada katil berlari mencapai tuala lalu ke bilik air
"Kenapa tak kejut awal awall!!"
"Salahkan aku pulak!"
≪•◦ ❈ ◦•≫
: ̗̀➛Minyoung's pov
"Tak guna! Kau tunggulah aku pancitkan tayar motor kau tu! Erghh!" Kaki laju berjalan, manakala tangan lincah menyapu sunscreen pada wajah
Semua sebab Younghoon! Dia tinggalkan aku dan sekarang aku terpaksa jalan kaki ke sekolah
Tinggal 3 minit sebelum pagar sekolah tutup. Aku bukannya taknak berlari, tapi aku taknak kumpul peluh awal awal pagi
Dah cantik cantik, datang sekolah berpeluh. Euw no!
Cermin mata yang berada didalam poket blazer sekolah aku pakai
Nerd? Takkanlah semua orang yang bercermin mata perlu dipanggil nerd? Jeon Wonwoo seventeen pun pakai. Hot je aku tengok
Lagipun, aku dongsaeng Younghoon. Lelaki kacak yang pernah mendapat beberapa tawaran daripada syarikat hiburan dan syarikat permodelan. Mestilah aku pun lawa. Ikut abang
Pergh... Puji Younghoon. Padahal tadi mencarut carut sebab tinggalkan aku
"Yah! Lenggang kangkung lagi kau! Nak aku tulis nama ke?! Masuklah cepat!"
Aku berdecit memandang tajam lelaki yang sedang bercekak pinggang di pagar
Ey geram je aku dia ni! Pagi pagi dah rosakkan pandangan!
Lee Jaehyun ataupun Hyunjae. Ketua pelajar yang tiga suku. Aku syak dia pakai cable masa buat undian. Tak tahu apa yang layak dekat dia untuk jadi ketua pelajar
Aku pedulikan dia dan hendak jejakkan kaki ke dalam pagar. Namun, Hyunjae menghalang jalan aku
"Ah sunbae! 2 minit lagi sebelum loceng bunyi!" Dia hanya senyum mengejek
"Siapa suruh kau datang lambat?" Dahi aku berkerut memandang dia tak puas hati. Lama kami menikam anak mata satu sama lain. Seketika kemudian, dia menghamburkan tawa kecil
"Nak masuk?"
"Yelah!"
"Puji aku handsome dulu" Aku berdecit menyampah
"Taknak"
"Kalau macam tu, kau kena tunggu dekat luar sampai loceng berbunyi. Lepas tu aku tulis nama kau" Katanya sambil membuka buku nota daripada poket
"Sunbae dah guna kuasa sunbae untuk buli saya! Tengoklah saya report dekat ssaem!"
"Reportlah. Peduli apa aku?" Provoknya lagi buat aku rasa nak tendang dia laju laju
"Kim Minyoung ppali~ Harini Jongkook ssaem tengah tak ada mood. Tak pasal pasal tangan kau terkerat kena rotan dengan dia--"
"Sunbaehandsome" Potong aku laju laju. Dengan Jongkook ssaem tak boleh main. Sekali datang mood ribut taufan dia, habis terbalik satu sekolah
Hujung bibir Hyunjae terangkat sedikit memandang aku. Dia rendahkan tubuh sedikit sambil tangan terseluk di dalam poket
"Apa dia? Tak dengar" Keluhan berat dihembus
"Sunbae! Handsome! Sangat sangat! Please bagi saya masuk!" Suara dikuatkan dan mengucap perkataan menggelikan itu satu persatu
Hyunjae mengangguk puas lalu memberi ruang untuk aku masuk
Ding dong ding deng~
Baru sahaja aku hendak membuka langkah masuk ke dalam, loceng sekolah sudah berbunyi menandakan mulanya pelajaran masa pertama
Mulut aku terlopong lalu memandang Hyunjae sunbae. Lelaki itu sudah mengeluh sambil menulis sesuatu dalam buku nota dia
"Aigoo... Kim Minyoung. Lain kali jangan datang lambat. Kau boleh masuk dan terus ke bilik disiplin. Ssaem tunggu"
"AISHHH! SUNBAENIM!" Kaki dihentak geram. Manakala Hyunjae ketawa sambil beredar
"Sunbae tahu tak perbezaan pisang atas jalan tar dengan sunbae?!"
"Haih kau ni sempat nak bagi pickup line"
"DUA DUA SAMA! LAYAK DIPIJAK PIJAK DAN DILENYEK SAMPAI TAK NAMPAK RUPA! Tunggulah turn saya kena kan sunbaee!!"
Hyunjae pusing menghadap aku berjalan mengundur penuh berlagak dengan senyuman mengejek
"Aku tunggu!"
≪•◦ ❈ ◦•≫
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.