【19】

140 27 104
                                    

: ̗̀➛ Minyoung's pov

"Makmal biologi lama..."

Kuku yang tidak bersalah menjadi mangsa gigitan aku melepaskan rasa gusar

Patutkah aku pergi? Tapi pelbagai jenis amaran agar tidak pergi seorang diri aku dengar. Patutkah aku berdegil? Tapi aku kena fikir tentang akibat di masa hadapan yang akan aku terima

Hurmmmm

Lama aku berfikir sambil termenung ke kawasan semak samun bangunan makmal yang ditinggalkan tak jauh daripada tempat aku berdiri

Hinggalah seseorang menepuk bahu aku secara tiba tiba daripada belakang buat aku melatah

"Yah"

"Eomma!"

Pantas aku berpusing ke belakang melihat siapa gerangannya buat eomma tersedak di rumah

"Ish... Haknyeon sunbae! Kalau saya jatuh dalam longkang ni, siapa nak angkat?" Dia membalas dengan tawa yang lantang. Terhibur agaknya sebab berjaya buat aku terkejut

"kau jatuh, aku suruh Hyunjae hyung angkat. Ni kalau aku mengadu dekat dia, confirm terus sedar daripada koma!" Aku berdecit lalu menjeling dia

Antara kawan hyunjae yang tak habis habis kenen aku dengan hyunjae. Sama macam Jinhee. Sweet tengok orang gaduh? Apakah? Nak tunggu kami bertumbuk baru nak berhenti kot

" Termenung tengok tempat berhantu tu kenapa? "

"Sunbae teman saya pergi sana nak tak?" Soal aku padanya berharap dia akan setuju

Lama dia pandang aku sebelum pandang ke bangunan terbiar itu. Beberapa detik kemudian, dia menggeleng kepala

"Aku tak suka tempat tempat seram ni. Takut"

"Tch... Bukan nak cari hantu. Semalam Yoora ada cakap orang yang belasah hyunjae sunbae dan rogol dia tu selalu lepak dekat sana" Akhirnya dia mengangguk

"Kalau macam tu, kena bagitahu hyung yang--"

"HAHAHAHA!! Apalah kau nii!"

"Shuh shuhh!!" Pantas tangan aku menekup mulut Haknyeon setelah melihat sekumpulan lelaki berjalan masuk ke dalam semak bangunan itu

Haknyeon meronta ronta untuk dilepaskan, aku heret ke semak yang lebih tersorok mengintai mereka yang sedang riang gelak ketawa

Tangan aku ditepuk Haknyeon. Tajam mata dia merenung aku geram

"Ah sorry" Kata aku seraya melepaskan dia

"Sunbae saya rasa kita kena masuk sana sekarang"

"Sabarlah. Aku mesej hyung suruh datang sini" Poket diseluk mengambil telefon kemudian Haknyeon menekan nekan skrin telefonnya

Ting!

Tidak sampai seminit, dia mendapat balasan

"Diorang tak ada dekat sekolah" Dahi aku berkerut memandang Haknyeon pelik

"Tapi sekolah belum habis lagi?" Soal aku curiga

Haknyeon tersengih

"Diorang ponteng" Ternganga mulut aku mendengar jawapan itu

"Younghoon pun?" Pantas dia mengangguk

Wah wah... ni kalau aku bagitahu eomma ni, bergegar rumah dengar bebelan nada tinggi eomma

Eh Minyoung! Fokus!

"Kalau dah bagitahu, mesti diorang dalam perjalanan, kan?" Soal aku lalu Haknyeon mengangguk

𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang