Langkah diatur laju berlari di lorong koridor yang lenggang
Bergema bunyi telapak kasut tiap kali mencecah lantai konkrit ini. Setiap lorong diteroka bagi mengelirukan Minyoung yang sedang mengejar
Sesekali Yoora menoleh ke belakang untuk memastikan Minyoung ketinggalan jauh
Selepas tidak mendengar sebarang bunyi, Yoora menghembus nafas lega
Langkahnya maju menuju ke suatu lorong jalan belakang
Namun demikian, kaki Yoora terpaku dan tubuh mula mengeras
Matanya menyaksikan Minyoung di hadapan sedang memeluk tubuh memandang dia tajam
Baru sahaja hendak berpatah balik, Eric pula menghalang jalan
Minyoung terpaksa meminta pertolongan Eric mengejar Yoora. Memandangkan tenaga lelaki itu tidak pernah habis, baik dia gunakan untuk saat saat penting begini.
Di belakang Minyoung, ada Hyunjae yang tersenyum kagum. Rambut Minyoung dibelai menunjukkan rasa bangga dia terhadap gadis itu
"Aigoo charatda~"
Desis hati Hyunjae
Pantas Minyoung mencapai pergelangan tangan Yoora. Dicengkam erat hingga Yoora tersentak memandang Minyoung takut takut
"Jangan lari lagi" Minyoung memberi amaran lalu menarik gadis itu agar mengikut langkahnya
"M-minyoung lepaskan saya"
"Nope"
Pintu bilik stor ditolak Minyoung menggunakan kaki. Dengan segala kekuatan yang ada, Minyoung menolak Yoora agar masuk ke dalam
"Janganlah kasar sangat. Kesian Yoora" Tegur Hyunjae di sebelah. Minyoung merengus kasar
Lampu stor itu dibuka. Terpapar wajah Yoora yang ketakutan hampir menangis
Minyoung dan Eric masuk ke dalam stor tersebut. Pintu dikatup rapat
"Saya bukan nak cederakan awak. Saya terpaksa buat macam ni sebab awak asyik larikan diri. Park Yoora. Sebenarnya siapa yang belasah Hyunjae sunbae?" Gadis itu menggeleng kepala
"S-saya tak boleh bagitahu awak... Bahaya untuk saya dan Jaehyun sunbaenim"
Kening Minyoung terjungkit sedikit
'Dia panggil 'jaehyun' ? betullah ini orang tersayang hyunjae'
Desis hati Minyoung
"Yoora, kalau awak bagitahu siapa dia, kami boleh tolong awak" Giliran Eric pula cuba memujuk
"T-tak boleh..."
Minyoung menarik nafas dalam. Cuba mengawal amarahnya. Kalau Yoora bukan kenalan rapat, sudah lama diketuk kepala gadis itu
Geram!
"Tanya dia nak lawat aku tak" Bisik Hyunjae pada Minyoung
"Awak risau pasal Hyunjae sunbae?" Yoora mengangguk
"Rindu dia tak? Sayang dia?" Yoora diam memandang Minyoung sebelum mengangguk kecil
Hujung bibir Minyoung terangkat sedikit. Bukan sinis. Namun senyuman cemburu yang tak mampu dikawal. Senyuman itu dimatikan serta merta disorok menggunakan reaksi mendatar
"Lawatlah dia dekat hospital. Bercakap dengan dia. Walaupun dia tak sedar, dia boleh mendengar. Mungkin dengan adanya awak di sisi dia, Hyunjae sunbae akan gembira. Semangat dia nak bangun daripada koma akan meningkat" Ujar Minyoung
"Yelah... awakkan istimewa bagi dia" Sambung Minyoung di akhir kata dengan nada sedikit perlahan
Yoora mengangguk
YOU ARE READING
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉ
Fanfiction" He's dead. But still breathing " Started: June 29, 2022 Ended: July 29, 2022