: ̗̀➛ minyoung's pov
Macam yang dipersetujui, seawal pukul 8 malam, aku dah berada di hospital untuk jaga Hyunjae
Kenapa nak kena jaga dia? Dia bukan sedar pun?
Orang jahat di mana mana. Ahjushi taknak benda sama berlaku memandangkan orang yang belasah Hyunjae haritu niat membunuh
Aku menuju ke wad tempat Hyunjae diletakkan. Wad vip yang selesa. Ada pintu keselamatan yang hanya doktor perawat Hyunjae sahaja tahu passwordnya
"Minyoung shi?" Soal doktor perempuan bernama Soojin. Aku mengangguk dengan senyuman kemudian tunjuk kad id
Dia mengangguk sebelum menekan password pada pintu dan benarkan aku masuk ke dalam
Di sinilah orang orang kaya ditempatkan untuk rawatan termasuk Hyunjae demi keselamatan
Doktor Soojin bawa aku ke pintu yang bertulis nama Lee Jaehyun
"Tolong jangan turunkan katil ni ya? Sebab kami baru bagi dia makan" Pesan Doktor dan aku mengangguk
"Terima kasih doktor" Aku tunduk hormat pada dia. Dia senyum pada aku kemudian beredar
Tanpa berlengah aku membuka wad milik Hyunjae
Masuk sahaja ke dalam, jasad Hyunjae diatas katil menyapa mata. Melihat keadaan dia dari pintu sudah cukup untuk buat aku berdebar
Pintu di tutup perlahan kemudian aku menghampiri katil dia
Mata terkatup rapat dengan beberapa kesan lebam dan luka di wajah. Walau macam mana pun, masih tak cacat ketampanan dia. Kelihatan tenang diulik mimpi. Handsome walaupun koma
"Sunbae, saya datang ni" Ujar aku
"Tch... Kau datang atau tak, bukannya boleh hidupkan aku balik..."
Tiba tiba ada suara berbunyi. Meremang bulu roma dibuatnya. Jantung aku sudah mula berdegup dengan laju
Ahh tolonglahh! Aku taknak lalui Pengalaman paranormal! takkan aku nak pengsan kat sini??
Air liur ditelan kelat. Aku beranikan diri untuk pandang keliling
Hinggalah mata aku tertacap pada suatu figura yang sedang duduk bersilang kaki diatas sofa memandang aku dengan dahi berkerut
Tubuh aku kejung
Hendak menjerit tetapi suara aku bagaikan tersangkut di kerongkong. Figura Hyunjae sunbae yang aku saksikan
Aku teringat tentang hantu yang boleh menyerupai seseorang. Entah entah dia menyerupai Hyunjae sunbae untuk takutkan aku?
"Kejap... kau..." Dia bersuara lalu berdiri
"Kau boleh nampak aku?" Perlahan dia menghampiri aku
Dengan itu, aku terus tutup mata menggunakan telapak tangan
Bernafas laju kerana takut. Hinggalah aku terasa seperti aura dia datang mendekat, aku mengundur ke belakang hingga belakang aku menyapa dinding
"J-jaebalyeo... jangan ganggu saya! Hantu! Shuuhh!" Terketar suara aku menghalau
"Kim Minyoung betul ke kau boleh nampak aku?"
"Eo! KKA! JAEBALYEO!" Jerkah aku sambil kibaskan tangan pada dia
Tapi itulah, rasa mengibas angin walaupun suara dia betul betul depan aku

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉ
Fanfic" He's dead. But still breathing " Started: June 29, 2022 Ended: July 29, 2022