【25】

120 23 91
                                    

: ̗̀➛ Minyoung's pov

"Aku taknak tinggalkan kau sorang dekat wad. Nanti Chanhee dengan Changmin datang teman kau"

Itu apa yang Younghoon cakap sebelum dia pergi. Taknak aku duduk wad sorang sorang katanya takut aku lari daripada hospital

Tch... Ingat aku ni gila ke apa nak lari?

Aku dah cakap, taknak sesiapa datang. Lagi lagi kawan kawan dia tu semua lelaki. Aku pulak perempuan. Kan tak manis? Lagipun, aku taknak menyusahkan diorang

Disebabkan dia ugut aku dengan duit, jadi aku terpaksa setuju. Dia suruh Chanhee dan Changmin datang sebab dua dua tu antara yang memahami aku

Sementara tak ada sesiapa datang lagi, aku gunakan masa yang terluang untuk mandi terlebih dahulu

Wad ini vvip. Tak hairanlah sebab appa pemilik syarikat cruise. Mestilah dia akan letakkan aku dalam wad yang selesa

Bilik airnya juga besar. Senang aku nak bergerak

Selesai membersihkan diri, aku ganti pakaian wad aku dengan yang baru. Kemudian barulah aku keluar

Daripada pintu bilik air, aku ternampak bayangan seseorang. Sah diorang dah sampai

"Sunbaenim, maaf sebab Younghoon paksa datang. Saya dah cakap jangan, dia ugut jugak. Jadi kalau sunbae nak balik, sunbae baliklah" Ujar aku sambil bergerak keluar dari ruang tandas

Namun langkah aku serta merta terhenti

Seseorang lelaki yang bukan Chanhee dan Changmin memakai pakaian serba putih sedang menyusun beberapa bekas makanan

Kaki aku bagaikan dipaku dengan mulut dan mata terbuka luas. Jantung usah dikata. Sudah berhenti sesaat sebelum berdegup tidak menentu

Dia menoleh kearah aku lalu tersenyum kecil

"Hai" Mendengar suara dia, perasaan aku dilandai ribut, angin kencang, tsunami, taufan, gempa bumi dan bencana bencana lain. Emosi tak stabil buat aku sebak

Disebabkan itu, air mata mengalir mencurah curah disaat itu juga tanpa sebarang pembuka bicara. Sepatutnya, air mata bertakung dulu sebelum menangis

Tapi kali ini tidak. Air mata mengalir deras secara tiba tiba. Hingga orang yang di hadapan aku itu terbeliak

Dia baru sahaja hendak membuka mulut, tapi aku lebih pantas berlari masuk ke dalam bilik air semula

Pintu bilik air dikunci rapat. Tubuh disandarkan pada pintu sambil menekup wajah menangis semahu mahunya. Perlahan aku duduk diatas lantai bilik air bersandarkan pintu kayu

tok tok tok

"Kim Minyoung..."

"Kenapa kau lari?"

Perlahan suara dia bertanya. Aku tak beri jawapan

Terusan menangis tanpa peduli

Hinggalah hampir 20 minit, tangisan aku menjadi reda. Aku kumpulkan segala kekuatan dan keberanian untuk menghadap dia

Wajah dibasuh menggunakan air sejuk untuk membersihkan air mata sebelum dilap kering

Bila aku pandang dekat cermin, hidung merah, mata merah dan sembab

𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now