: ̗̀➛ minyoung's pov
"Kau pergi beli gula kejap. Eomma pesan tadi. Aku nak pergi isi minyak dekat sana"
Bibir bawah Younghoon dijuih kearah stesen minyak yang berdekatan. Aku tak membantah terus turun daripada motornya. Topi keledar ditanggalkan dan masuk ke dalam kedai runcit lepas Younghoon hulur duit
Macam yang Younghoon kata, eomma pesan beli gula. Tapi itulah. Saya perempuan. Lain yang dituju, lain yang dibeli
Bukan setakat gula yang aku beli. Ramyeon, instant tteokbokki dan juga beberapa jenis keropok aku beli sekali
Duit siapa? Younghoon semestinya~
Setelah membuat pembayaran, aku keluar daripada kedai tersebut. Younghoon masih belum habis isi minyak
"Isi minyak ke korek petroleum?" Gumam aku mengintai dia di stesen minyak tersebut
Disebabkan tak jauh, aku putuskan untuk berjalan ke sana
Namun, separuh langkah aku berjalan, aku tersedar sesuatu. Ada sebuah motor ditunggang oleh dua orang sedang laju kearah aku
Makin mereka dekat, makin aku yakin yang mereka sengaja menuju kearah aku
"Y-younghoon- Aarghkkk!!!"
Belum sempat aku hendak mengelak atau menjerit, bahu aku ditarik pembonceng motor tersebut sebelum tolak aku kuat
Dengan itu, aku terjatuh di atas tanah. Tangan yang cuba menampung kejatuhan aku secara tidak sengaja terpelecok buat aku mengerang kesakitan
"A-argghhh!"
"Minyoung ah!" Pantas Younghoon berhentikan motor dan turun
Lengan aku ditariknya membantu aku agar berdiri
"Okay tak ni?"
"T-tangan aku... sakit..." Air mata sudah bertakung. Pertama sekali sebab sakit, kedua sebab takut dan ketiga, aku terkejut. Tubuh aku tak bersedia dengan situasi ini menyebabkan aku menggeletar
Younghoon tekup pipi aku mengesat air mata yang mengalir
"Jangan nangis. Nanti kau kena panic attack lagi" Katanya dan aku mengangguk kecil cuba tenangkan diri
"Kita patah balik pergi hospital. Aku rasa tangan kau tergeliat ni" Younghoon capai bungkusan tadi
Dia bantu aku pakai helmet dan naik ke atas motor
Dengan sebelah tangan saja aku memeluk pinggang dia. Sebelah lagi terlalu sakit untuk digerakkan
"Pegang kuat kuat Minyoung ah"
≪•◦ ❈ ◦•≫
"Tangan Minyoung terseliuh. Tapi jangan risau. Kecederaannya tak seberapa serius. Cuma, Minyoung tak boleh guna tangan kiri buat sementara waktu"
Aku mengusap perlahan balutan yang terlilit di pergelangan tangan aku. Tak pernah aku terbayang untuk terima balutan ni. Akhirnya, dapat aku merasa
Eomma dan appa ada di samping aku. Lepas Younghoon bawa aku ke sini, dia terus call eomma appa
"Ambil masa beberapa minggu untuk ia pulih. Selain itu, tak ada apa apa dah" Ujar Doktor Koo sambil pandang aku dengan senyuman. Lega aku mendengarnya
"Terima kasih doktor" Ucap aku dan dia mengangguk
"Sama sama. Saya pergi dulu" Dia tunduk hormat pada eomma dan appa sebelum beredar

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉ
Fiksi Penggemar" He's dead. But still breathing " Started: June 29, 2022 Ended: July 29, 2022