【6】

164 40 90
                                    

: ̗̀➛ minyoung's pov

"12 jam kau pengsan. Doktor cakap kau panic attack. Body kau refuse terima oksigen masa kau tak sedarkan diri. Jantung kau berhenti sekejap. Tapi nasib baik denyutan jantung kau kembali normal lepas diorang rawat" Terang Younghoon semasa aku sedang meneguk air untuk melegakan tekak yang kering

Siapa saja tak pengsan? Aku antara manusia yang takut tengok darah. Lagilah terkejut bila jasad Hyunjae yang berdarah jatuh depan aku masa aku belum bersedia

Dah macam jumpscare movie

Aku baru sahaja sedarkan diri. Younghoon ada jagakan aku sementara eomma dan appa pergi pujuk kedua pasangan Lee

"Dan doktor cakap, kau mungkin mengalami trauma" Sambung Younghoon kemudian aku mengangguk 

"Hyunjae macam mana?" Younghoon terdiam sejenak menyusun ayat di dalam kepala

"Dia sempat diselamatkan tapi masih dalam keadaan kritikal. Doktor terpaksa tangguhkan pembedahan sebab berisiko. Hospital perlukan doktor pakar bedah saraf untuk selamatkan Hyunjae. Dan mestilah kos pembedahan tu mahal" Terang Younghoon satu persatu

"Ahjushi tak mampu nak bayar?" Soal aku lalu Younghoon menggeleng

"Ahjushi tak peduli pasal kos pembedahan. Dia mampu. Masalah dia sekarang, doktor pakar bedah yang betul betul profesional tu tengah koma sebab kemalangan" Terbutang mata aku mendengarnya

"Uishh..." Aku menggeleng kepala tidak percaya

"Disebabkan tindakan kau yang bijak masa tu, kau dah selamatkan nyawa Hyunjae" Younghoon memasang suara menyindir

Aku tersengih sambil pandang dia

"Dongsaeng kau ni memang bijak. Tak tahu ke?" Dia mengguling mata menyampah

Kieett

Pintu wad terbuka. Serentak kami menoleh ke pintu melihat eomma appa bersama pasangan Lee dan seorang doktor

"Minyoungie" Panggil eomma sambil tersenyum berjalan kearah aku. Rambut aku dibelainya

"Syukur kamu dah sedar" Katanya dengan suara bergetar

Kemudian, datang ahjumma Lee. Dia masih menangis. Tanpa sebarang amaran, dia peluk aku dengan erat

Aku balas pelukan dia sambil mengusap belakang badan ahjumma

"M-minyoung ah... terima kasih sebab selamatkan Jaehyun hiks" Katanya tersekat sekat. Senyuman kecil diukir nipis

"Minyoung kebetulan ada dekat sana... Lagipun, dia kan kawan Minyoung?"

Sempat aku menoleh kearah Younghoon yang menjungkitkan kening macam soal 'Kawan?'

Aku pun tak sangka cakap macam tu. Takkanlah aku nak mengaku dia musuh aku? Meraung makcik ni kang

Kawan? Kawan hak tuih dia!! Kenapalah mulut aku tak sebut, anak jiran atau sunbae? Ahh lantak ah

Ahjumma leraikan pelukan. Perlahan ahjushi tarik dia supaya duduk di sofa di dalam wad aku hendak memujuk dia

Pandangan aku beralih pada doktor tadi. Sedang berdiri begitu bergaya sambil menulis sesuatu pada kertas

Betullah apa yang dikabarkan. Doktor doktor dekat Ewha University ni semuanya handsome

"Minyoung shi" Panggil dia mematikan lamunan aku. Bibir dia mengukirkan senyuman sambil mata menikam aku redup

Auch senyuman doktor~ (⁄ ⁄>⁄ ▽ ⁄<⁄ ⁄)

"Saya doktor pelatih yang rawat awak, Lee Sangyeon" Dia perkenalkan diri sendiri

"Keadaan awak makin stabil. Walau bagaimanapun, awak mungkin akan mengalami kesan daripada trauma. Jadi, Minyoung shi. Awak perlu berehat di rumah selama 5 hari sebelum kembali ke sekolah. Okay?" Aku mengangguk walaupun tak dengar apa yang dia cakap

"Kalau tak ada apa apa, saya keluar dulu. Nanti jangan lupa ambil ubat dan surat sakit"

"Baik doktor" Balas aku kemudian dia tunduk hormat pada eomma appa sebelum keluar

"Sepupu Hyunjae. Sangyeon hyung. Geng kitorang" Bisik Younghoon tiba tiba daripada belakang

Terus aku pandang dia

"Single tak?"

PAP!

Tampar dia tiba tiba

"Jangan mengada"

"Younghoon, Minyoung baru sedar tu!" Tegur appa yang nampak kejadian dia pukul aku

Terus dia usap bahu tempat dia pukul tadi. Haaa tahu takutttt. Aku sengih mengejek pada Younghoon

"Padan muka"

"Diam ah"

≪•◦ ❈ ◦•≫

"Kesian Hyunjae tu. Siapalah yang tergamak belasah dia sampai nyawa nyawa ikan?"

Eomma menggeleng kepala tidak percaya

Aku sudah pulang ke rumah. Sekarang tengah membawang dengan eomma sambil dia hidang makanan

Nak tolong, dia tak bagi. Last last dia panggil Younghoon suruh buat kerja dapur

"Entahlah. Hyunjae tu mana ada join mana mana grup pembuli. Hoon pun terkejut bila dapat tahu dia kena belasah teruk" Younghoon pula membuka cerita

"Dia tak share apa apa dekat kau ke?" Soal aku kemudian dia menggeleng kepala

"Sah. Dia anggap kau kawan biasa je. Sebab tu taknak bagitahu kau apa apa" Younghoon pandang aku tajam

"Ey budak ni. Nasib baik sakit. Kalau tak, dah melayang pinggan ni kena muka kau!" Pinggan yang dia sedang lap ditunjuk pada aku. Sebagai balasan, aku menjelir lidah pada dia

"Tak payah nak gaduh gaduh! Eomma halau tak bagi makan nanti" Terus kami terdiam

Hati aku tiba tiba rasa kesian dengan Hyunjae. Macam mana keadaan dia sekarang? Teruk sangat ke?

"Eomma dah lawat Hyunjae?" Eomma menggeleng

"Doktor tak benarkan pelawat masuk kecuali ahli keluarga. Dia masih bawah pengawasan doktor pakar" Beritahu dia dan aku mengangguk faham

Teruk sangat tu

"Sepatutnya dia dah tak ada dekat dunia ni. Tapi tuhan bagi dia peluang kedua" Sambung Younghoon dengan wajah sedih

Mungkin tak sanggup terima kalau Hyunjae betul betul pergi. Kalau betul dia pergi, mungkin aku akan rasa bersalah

Banyak dosa yang aku buat kat dia. Aku belum minta maaf lagi. huhu

"Makanan dah siap. Jom makan"

≪•◦ ❈ ◦•≫

≪•◦ ❈ ◦•≫

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang