Bab 2

549 29 0
                                    

Gadis berhoodie yang menggelarkan dirinya AZ itu berjalan sendiri untuk pulang ke rumahnya . Sudah menjadi kebiasaan dia untuk pulang ke rumah lewat malam , tiada apa yang perlu dia gentar . 

Sampai sahaja di hadapan pintu rumah kayu itu terus dia menolak perlahan pintu rumah itu sebelum dia masuk ke dalam rumah dan menutup pintu semula , sempat tangannya menghidupkan suis lampu dahulu agar tidak gelap .

" meow " kucing yang bergesel di kaki Arleena itu dipandang sebelum dia tersenyum sendiri . Terus kucing itu didukung dan dibawa ke dapur bersama . Kucing itu diletakkan di atas meja dan tangannya bergerak mencapai ikan goreng yang masih ada di bawah tedung saji itu sebelum diberi kepada kucing yang jelas sedang kelaparan itu . Terus kucing itu makan dengan lajunya .

" Makan kenyang-kenyang tau Lei " kepala Lei diusap sebelum dia melangkah ke ruang tamu semula dan masuk ke dalam biliknya

Kepala hoodie yang menutup kepalanya diturunkan dan tudung sarung yang dipakainya dibuka sebelum mask juga dibuka , hoodie yang dipakainya dibuka juga , senang baginya kerana dia sudah memakai tshirt putih didalamnya jadi hanya menanggalkan hoodienya sahaja , panah yang digantung dibahunya juga dibuka dan diletakkan ditempatnya semula

Terus dia rebahkan badannya ke atas tilam , iphone di atas meja sebelah katilnya diambila dan dia mula membuka article yang menarik

Itulah kehidupan seorang wanita yang bernama Arleen Zachria , atau nama samarannya AZ , yang sudah belajar hidup berdikari sejak umurnya 15 tahun lagi sehingga sekarang , dibuang oleh keluarganya sendiri atas sebab yang tertentu dan disitulah dia mula berdikari sendiri

.

Setiap pagi Arleena akan bangun dan memberi Lei makan dan dia akan pergi ke bandar , walaupun dia duduk didalam hutan tidak bermakna dia tidak pernah menjejakkan kaki ke bandar , dia duduk dirumah yang didalam hutan kerana berasa lebih tersembunyi

Pergi ke bandar tujuannya hanya untuk memerhati kedua ibu bapanya yang sedang bekerja , walaupun kedua ibu bapanya telah membuang dirinya.. namun tidak sedikit pun dia lupa kepada mereka

Dalam perjalanan dia mahu pergi ke tempat kerja mak ayahnya , dia terdengar suara seseorang meminta tolong di satu kawasan yang sunyi

Dia terus pergi ke kawasan itu di satu lorong yang memang sunyi sebelum dia ternampak seorang lelaki yang kelihatan lemah sedang dipegang oleh dua orang lelaki berbadan sasa dan seorang lelaki sedang merokok dan mencangkung dihadapan lelaki yang lemah itu

" Aku..aku janji aku bayar balik.. " kata lelaki yang sedang menundukkan kepalanya itu

" Hmm, ni dah kali kenerapa kau janji ni eh ? 10? .. 200 ? Puih ! Beratus-ratus kali dah kau janji tapi satu pun tak boleh pakai ! " rokok dimulut lelaki itu dicampak jauh dan terus dia berdiri

Arleen yang memerhati dari jauh hanya memandang mereka dan matanya terhenti dekat lelaki yang menunduk lemah itu , dari tepi Arleen seperti pernah lihat mukanya

" Angkat muka kau ! "

Perlahan-lahan lelaki yang menunduk itu mengangkat mukanya , Arleen yang memerhati itu terus terkejut apabila melihat muka lelaki itu

" A-arziq " bergetar-getar mulutnya mahu menyebut nama itu

Kakinya mahu melangkah pergi meninggalkan tempat itu namun hatinya tak sampai hati , dia memakai mask nya dan pisau dikasutnya dikeluarkan dan digenggam kemas

" Kau akan mati harini ! " lelaki itu sudah mengacu kan pistolnya ke arah Arziq

" Any last word ? " tanya lelaki itu dengan nada sinis , melihat Arziq yang hanya diam membuatkan hatinya puas .. picu ditarik dan dia sudah mahu melepaskan tembakan , tiba-tiba

Arleen dengan langkah yng laju menuju ke arah lelaki yang memegang pistol itu sebelum dia menyepak pistol ditangan lelaki itu , semua yng berada disitu jelas terkejut dengan kemunculan wanita misteri itu

" Argh shit ! " jerit lelaki yang baru sahaja Arleen menyepak tangannya tadi atau namanya Tony

" Kill her ! " terus tubuh Arziq dilepaskan dengan kasar dan dua orang lelaki itu mendekati Arleen

Arleen hanya bersedia dengan tangan kanannya memegang kemas pisau lipat itu , dia mengerling sekilas Arziq yang sudah rebah ke lantai itu dan tak sedarkan diri , pandangannya dihalakan kepada dua orang lelaki dihadapannya semula

B mula menyerang Arleen dengan tangan kanannya cuba untuk menumbuk muka Arleen namun Arleen mengelak sebelum kakinya diangkat tinggi menendang bahagian sulit lelaki itu dan kepala lelaki itu dipegang dan dihantukkan kelututnya terus ditolak lelaki itu ke bawah semula

D mengeluarkan pisaunya juga , terus dia meluru ke adah Arleen yang baru berdiri setelah menumbuk muka B , terus dia menendang Arleen , Arleen yang tidak bersedia terus kebelakang dan memegang perutnya yang baru ditendabg oleh D tadi , D sempat tersenyum sinis ke arahnya

Dia meluru ke arah D , mereka berdua mula bergelut dengan cuba mencedarakan pihak lawan mereka

" Argh ! " Arleen jatuh terduduk setelah menerima tumbukan daripada D , jika dibandingkan kesan calar dan calar lebam di muka dan tangannya lebih banyak berbanding D , Arleen gagah berdiri semula .. baru sahaja dia mahu bertindak D terus mengambil peluang dengan menendang pisau ditangan Arleen dan pisau itu terpelanting jauh

" Huh ! Weak ! " kata D dengan senyuman kemenangan terhias dibibirnya , Arleen mengetap bibirnya sebelum dia kembali meluru ke arah D , tangan kanannya diankat tinggi ingin menumbuk muka D , namun D mengelak , kini giliran D pula menumbuk perut Arleen , Arleen menahan tangan D dan dipulas kebelakang , kaki kanannya laju naik menyepak pisau ditangan kiri D dan pisau itu tercampak jauh

Kaki kirinya naik sekali lagi menendang muka D sehingga mengalir cecair merah dipinggir bibir D , Arleen melepaskan tangan kanan D sebelum dia menangkap kepala D dan terus dikepit dilengannya dengan kuat , D yang seperti kehilangan oksigen meronta-ronta ingin dilepaskan , Arleen melepaskan kepala D dari lengannya sebelum badan D dipusing menghadap dirinya dan tangannya laju menumbuk leher D , D terus rebah kelantai

Bang !

" Ugh ! " Arleen mengerang sakit apabila bahunya baru sahaja ditembak oleh Tony yang sedang berjalan mendekatinya

" Huh nice move " sekali lagi picu ditarik untuk melepaskan tembakan kedua namun belum sempat dia mahu melepaskan tembakan seseorang sudah memeluk dirinya dari belakang

" Arziq ! " Arziq memeluk Tony dari belakang dan tangan Tony belah kanan yang memegang pistol itu diangkat tinggi ke atas dan beberapa tembakan dilepaskan di udara

Arziq memusingkan badan Tony menghadapnya sebelum satu tumbukan dihadiahkan ke muka Tony , Tony mengerang sakit apabila pipinya terasa bengkak akibat tumbukan Arziq, Arziq mahu tumbuk muka Tony sekali lagi namun Tony menahan tangan Arziq dan dia terus jatuhkan Arziq ke bawah sebelum beberapa tumbukan dihadiahkan kemuka Arziq

" Woi ! " Tony memusingkan kepalanya kebelakang , Arleen yang sudah berlari menuju ke arahnya dipandang , tidak sempat dia mahu berdiri Arleen sudah menumbuk mukanya dengan kuat sebelum Tony juga pengsan disitu

Arleen hanya memandang Tony yang sudah pengsan itu sebelum matanya terhala pada Arziq yang sedang meludahkan darahnya keluar , terus Arziq memandang Arleen semula

" A-adik .. "

Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now