Bab 31

291 15 0
                                    

Harrez hanya berdiam hanya membiarkan doktor itu merawat luka dibahagian badannya , otak dia masih terfikirkan pasal orang yang membantunya tadi .. takkan lah ..

Tak . Tak mungkin

Arleena sudah seminggu menghilangkan diri , mustahil dia tiba-tiba muncul dan menolong mereka

Tapi .. macam mana kalau ..

Ah tak , tak mungkin

Harrez yakin bukan Arleena yang menolong mereka , dia pun sudah tidak tahu mahu cari gadis itu dimana

" Harrez , kau fikir mende ni ? " tanya Rizh , doktor peribadi Harrez

" Takde apa " balas Harrez

" Kau ni kan .. nasib baik tak terok sangat kau cedera kalini " mula dah Rizh mahu membebel kepadanya

" Diam lah , buat jela kerja kau " Harrez melelapkan matanya , Rizh hanya menjeling Harrez, mamat ni kang ha

Setelah siap dirawatnya Rizh terus meminta diri , Harrez hanya mengangguk sahaja membiarkan Rizh beredar

Serentak itu juga telefonnya berbunyi

Harrez terus ke arah meja ditepi nya sebelum telefonnya dicapai dan melihat siapa yang telefon

Ziel Wiyath

Harrez terus menjawab panggilan itu , telefon itu terus ditekap ke telinga nya

" Ha asal " tanya Harrez , dia kembali duduk disofa semula

" Pasal Arziq "

" Kenapa dengan dia ? " tanya Harrez lagi

" Dia .. "

Harrez masih menunggu Ziel untuk menghabiskan percakapannya

" Dia dah takde .. "

.

Tanah yang masih merah itu ditenung lama oleh Harrez .. harini seorang lagi kawannya pergi meninggalkan dirinya selama-lamanya .. walaupun di tak kenal Arziq begitu lama namun Arziq melayan dia dengan sangat baik

" Tenanglah kau kat sana Arziq .. " Harrez terus beredar dari kawasan perkuburan Arziq itu

Dia tertanya ..

Di manakah Arleena ?

Kenapa dia masih tidak munculkan diri di waktu-waktu begini ?

Tahu kah dia yang abangnya meninggal pada hari ini ..

Harrez tidak mahu banyak berfikir terus dia masuk kedalam keretanya .. dia baru mahu menghidupkan keretanya namun matanya menangkap seorang gadis yang sedang berjalan ke arah kubur Arziq ..

Dia ..

Arleena ..

Terus Harrez keluar semula daripada kereta itu , dia hanya melihat Arleena sedang duduk di kubur Arziq itu .. perlahan-lahan dia berjalan ke arah Arleena

" Mana kau pergi Arleena .. "

Arleena yang sedang menangis itu terus mengesat air matanya .. dia mengangkat wajahnya sebelum matanya berlaga dengan anak mata Harrez namun hanya sesaat sebelum dia mengalihkan wajahnya semula

" Kenapa kau biar kan abang kau sendiri Arleena .. kenapa kau langsung tak melawat dia dua minggu ni .. kau memang tak sayang dia ke " pertanyaan Harrez hanya dibiar tanpa jawapan

Arleena memandang lama kubur Arziq dihadapannya .. dia tidak sangka , hari ini .. dia kehilangan lagi seorang orang yang dia sayang .. yang meninggalkan dirinya selama-lamanya

" Arleena sayang abang .. " kata Arleena perlahan sebelum dia mengesat air matanya

Perlahan-lahan dia bangun sebelum dia mahu melangkah pergi dari situ namun Harrez menghalangnya

" Arleena kenapa kau buat semua ni Arleena , kau seksa diri kau sendiri , kau sedar tak ? " tanya Harrez lagi

Kini dia berdiri dihadapan Arleena

" Aku tahu apa aku buat Harrez "

Arleena terus berjalan melepasi Harrez sebelum dia pergi ke arah keretanya

Harrez turut mengikuti Arleena , pintu kereta yang Arleena sudah buka ditutup semula olehnya

" Arleena ! Kau jangan nak berlagak kuat depan semua orang .. kau kena sedar sekuat mana pun kau , kau takkan kuat bila hilang orang yang kau sayang , kenapa kau seksa diri kau sendiri Arleena " tanya Harrez lagi

" Tepi .. " kata Arleena sepatah

" No " jawab Harrez , dia masih memegang pintu kereta Arleena

" Kenapa kau sibuk sangat dengan life aku ? Suka hati aku kalau aku sedih ke melalak ke , aku dah tak ada kena mengena dengan kau ! " Arleena memandang tepat ke arah anak mata Harrez

" Kenapa kau lari ? Kenapa kau lari dari kitorang semua ? "

" Sebab aku taknak kau pulak yang mati ! "

Jeda

Kedua-dua mereka senyap

" Semua orang .. " kata Arleena

" Yang aku sayang .. "

" Pergi tinggalkan aku .. " Arleena menunduk kebawah

" Aku taknak rasa sakit tu lagi Harrez .. cukuplah aku dah rasa dua kali ni .. " air mata Arleena gugur semula

Dia mengesat air matanya

" Aku taknak rasa sakit tu lagi .. sebab tu aku pergi .. aku menjauh dari korang semua .. dari kau .. sebab aku tak mampu .. " sambung Arleena lagi

" Semua orang yang aku sayang mesti tinggalkan aku .. "

" Aku taknak kau pulak yang mati disebabkan aku Harrez .. "

" Kak Areeka .. Abang Arziq .. semua pergi sebab aku .. aku ni punca " sambung Arleena lagi

" Kenapa lah bukan aku je yang mati ? Ha ?! " Arleena mula mengetuk kepalanya sendiri , sungguh dia tertekan dengan keadaan sekarang

" Hey , hey Arleena , stop it ! " Harrez memegang kedua-kedua tangan Arleena yang berlapik itu sebelum diletak kebawah

" Semua ni takdir .. bukan sebab kau .. kenapa kau kena salahkan diri kau sedang kan ni semua takdir .. kenapa Arleena .. " kata Harrez

Arleena hanya menangis , dia menekup mukanya menggunakan kedua belah tangannya

Lama selepas itu tangisan Arleena muda reda , dia mengesat air matanya sebelum dia memandang Harrez

" Jaga diri kau Harrez .. "

" Aku sentiasa tolong kau kalau kau perlukan bantuan aku "




Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now