Ziel yang baru masuk kedalam bilik wad Areeka terkejut apabila kawan kawannya sudah berada disitu
" Hah kau ? Pergi mana ? " tanya Ryan yang sedan duduk disebelah Qay itu
" Pergi turun jap beli makanan .. eh tadi ada perempuan datang lawat ke ? " semua kini memandang Ziel , macam mana dia tahu ?
" Mana kau tahu ? " dingin nada suara Arleena bertanya
" Oh .. tu kawan aku , bukanlah kawan .. tapi macam aku kenal dia lah " kini mereka lagi terkejut mendengar ayat Ziel
" Kau beritahu dia yang Areeka dekat sini ? " tanya Harrez pula
" Haah .. dia tanya aku buat apa dekat sini .. aku cakaplah aku jagakan kawan aku , lepastu dia tanya siapa , aku bagitahu lah Areeka .. lepastu dia terkejut , dia tanyalah Areeka wad mana semua " Arleena mengurut dahinya yang terasa pening , lagi pening dengan Ziel punya cerita
" Kenapa ? Dia buat apa-apa dekat kau ke Areeka ? " kini Ziel terus meluru ke arah Areeka sebelum dia melihat keadaan wanita itu
" Kau bukan kawan rapat dengan dia kan ? " tanya Areeka
" Takdelah , kan aku cakap aku kenal dia je .. nombor dia semua aku taktahu , nama dia pun aku tak ingat sangat yang aku tahu dia kata kau adik dia lah sebabtu dia nak melawat engkau "
terang Ziel" Aku nak keluar kejap .. pening aku duduk sini " kepala Arleena dipicit bagi menghilangkan peningnya sendiri , dia sudah berdiri dan mengambil beg tangannya dan mahu keluar
" Aku ikut , dah jom " terus Harrez keluar dahulu sebelum Arleena mengeluh .. aku nak keluar sorang-sorang menyibuk betul
" Uuu gi dating ke ? " tanya Areeka mengusik adiknya , Arleena hanya menjelin Areeka sebelum tangan Areeka disalam dan dia turut keluar mengikut Harrez meninggalkan mereka berempat
.
Sepanjang didalam kereta Arleena hanya senyap begitu juga Harrez , Arleena pun tak tahu Harrez mahu membawa dia kemana
" Kau okey ? " Harrez bertanya bagi menghilangkan kesunyian diantara mereka
" Ok jela .. " jawab Arleena dengan nada mendatar
" Kau .. masih fikir pasal kakak kau tadi ? " tanya Harrez lagi
" Kakak apatah macamtu .. macam tak layak hidup je " Arleena menyilangkan tangannya kedada sebelum dia menyandarkan tubuhnya ke belakang
" Kenapa dia buat kau macamtu .. dia macam tak suka kau je ? " tanya Harrez lagi .. dia pun tidak tahu mengapa dia mahu mengetahui kisah gadis itu
" Hm .. entahlah .. aku pun taktahu apa yang dia benci sangat dekat aku " Arleena menutup matanya cuba untuk tidur .. dia hanya cuba mengelak daripada ditanya oleh Harrez
.
Arina yang geram dengan situasi tadi dibawa bermain di mindanya , macam orang gila dia memandu sekarang , sangat laju
" Ahhhh tak guna punya perempuan ! Menyusahkan ! Tak guna ! Kau memang patut mati dari dulu ! Mati ! Kau memang patut mati lah ! " stereng kereta digenggam sekuat-kuatnya bagi melepaskan geram
" Kau akan mati lah perempuan , kau bukan adik aku , kau tunggu lah . " senyuman sinis terbit dibibir Arina sebelum dia ketawa sendiri
.
dirumah besarnya terus dia keluar dari kereta dan hempas kuat pintu keretanya , Ariya yang baru nak masuk kedalam rumah selepas menyiram pokok bunganya menegur kakaknya
" Eh akak , akak dari mana ? " tanya Ariya sebelum dia mengelap peluh di dahinya
" Hospital " terus Ariya memandang kakaknya semula
" Hah kenapa ?! Akak sakit ke ? Mama papa sakit ke ? " dengan nada cemas Ariya bertanya
" Ish bukan la , tu Kak Are kau sakit .. nasib tak mampos je " dia terus masuk kedalam rumah tanpa menghiraukan Ariya
" Kak Are ? Hospital mana kak ?! Adik nak pergi " Ariya kelam kabut masuk kerumah mengejar langkah kakaknya
" Huh tak payah ! Perempuan menyemak tu ada dekat situ " Arina duduk dengan kasar disofa di ruang tamu itu sebelum dia memicit kepalanya
" Hah ? Siapa ? " Ariya turut duduk disebelah Arina
" Arleena lah ! " terkejut Ariya mendengar nama itu yang terpancul dari mulut kakaknya
" Macam mana dia ada dekat situ ? " tanya Ariya
" Mana lah aku tahu .. makin berani dia sekarang eh " teringat semula dimana Arleena berani menolak dirinya dan menampar mukanya , huh dasar perempuan tak guna !
" Apa dia buat kak ? "
" Malas lah aku nak cerita , menyakitkan hati ! " dia kembali melelapkan matanya di atas sofa itu
" Hm .. habis macam mana ni kak ? Akak tak risau dia berani bukak mulut pasal hal tu ? Dahlah dia dengan Kak Are tu tahu pasal benda ni " Arina memandang adiknya sebelum dia mengeluh
" Huh .. kalau diorang dua bukak mulut .. memang dua-dua aku bunuh , aku tak kira "
Tbc
YOU ARE READING
The Hero's
ActionKARYA PERTAMA The Hero's Arleena Zachria Tidak pernah terfikir dirinya untuk menjadi Wira untuk menyelamatkan sesiapa , namun itulah kerjanya sekarang , menyelamatkan semua yang memerlukan bantuan , walaupun dia duduk jauh dari bandar namun jenayah...