Bab 22

270 14 0
                                    

" Aku rasa aku taknak duduk sini lagi dah .. " kata Arleena tiba-tiba

Semua yang sedang menjamu selera dimeja makan itu terus memandang Arleena

" Kenapa pulak ? " tanya Areeka yang sedang duduk disebelah Arleena itu

" Entahlah .. aku rasa tak selamat "

" Perasaan kau je tu " balas Areeka semula

" Tapi kalau korang nak duduk rumah lain boleh je .. aku ada satu rumah kosong .. tak jauh dari sini , korang boleh duduk situ .. nak ? " Arleena laju menganggukkan kepalanya

" Habis aku ? " tanya Areeka

" Akak duduk sekali dengan Ar lah " kata Arleena , Areeka hanya mengangguk sahaja

" Bila nak pergi ? " tanya Harrez

" Harini boleh ? "

Permintaan Arleena itu membuatkan Harrez memandang dirinya agak lama sehingga dia sendiri yang mengalihkan pandangan

" Hm " itu sahaja balas Harrez sebelum dia kembali menjamah makanannya

.

Tepat pukul 3 petang , Arleena dan Areeka sampai dirumah Harrez yang dikata kan kosong itu , agak besar rumah itu jadi cukuplah untuk mereka berdua

" Besar jugak rumah ni .. cukuplah untuk kita " kata Areeka , beg ditangannya diletak dihadapan pintu rumah sebentar sementara Arleena mengambil kunci didalam beg nya

Pintu rumah dibuka dan mereka mula masuk dan meneroka seluruh kawasan rumah 

" Wey sini ada bilik gym lah ! Menariknya " kata Areeka dengan teruja nya , semua peralatan senaman ada didalam bilik itu

Arleena hanya tersenyum nipis sebelum dia naik ke tingkat atas pula , terdapat 3 bilik kosong di atas , satu bilik dibuka dan yang mengejutkan dirinya didalam bilik itu ada peralatan memanah dan juga tempat menembaknya , dengan teruja Arleena melihat semua panah-panah itu , sudah lama dia tidak memanah sejak panahnya sekali terbakar didalam rumah lamanya itu

" Meow ! " Lei yang mengikut tuannya itu sekadar menggeselkan kepalanya dikaki tuannya sahaja

" Apa ? Sabarlah kalau nak makan , bagi aku lepas rindu dulu nak memanah ni " Lei hanya duduk ditepi sahaja menunggu Arleena yang teruja mahu memanah itu

Tidak hairanlah kenapa rumah ini besar

Selepas habis memanah terus telefon miliknya dikeluarkan sebelum whatsapp dibuka dan nama Harrez dicari

You
Thanks Harrez ! Terima kasih banyak tolong aku :)

Selepas mesej itu dihantar terus dia letak telefon itu ketepi semula , dia menyambuk aktiviti memanahnya namun tidak sampai beberapa minit dia melihat telefonnya yang memberi noti sesuatu , Harrez sudah balas whatsappnya , terus dibuka mesej itu

Harrez
Hm

Arleena hanya membuat muka menyampah sebelum telefon itu diletak ketepi semula

Dia mengambil Lei sebelum dia turun bersama dengan Lei , peti ais dibuka , banyak barang sudah dibeli , mungkin Harrez yang meminta anak buahnya semua untuk menyediakan semua ini , makanan basah kucing yang berada didalam beg nya satu dibuka sebelum diletak kedalam mangkuk dan diberi kepada Lei

Dengan berselera kucing itu makan mungkin kerana terlalu lapar , Arleena hanya mengusap kepala kucing itu

" Ar , keluar jom " Areeka yang tiba-tiba baru keluar dari bilik gym itu terus mengajak Arleena keluar

" Aik , baru sampai kot .. tak penat ke ? "

" Tak , jomlah "

" Ar tak banyak duit- " belum sempat dia mahu menghabiskan ayatnya Areeka sudah mencelah

" Ah takde-takde , jom lah , duit takyah kesah lah , cepat lah " Arleena akhirnya bersetuju sahaja sebelum dia mengambil beg tangannya dan mengikut kakaknya keluar

" Naik motor kau ke kak ? " Areeka hanya mengangguk sebagai jawapan , helmet lagi satu diberikan kepada Arleena

Dengan tak rela Arleena mengambil helmet itu sebelum dengan berhati-hati dia memakai helmet itu , habis awning tudungnya

" Jangan bawak laju-laju tau " Areeka hanya menayangkan senyuman sinis sahaja disebalik helmet dipakainya

Perlahan-lahan Areeka menghidupkan enjin motorbike nya sebelum ...

" Akakk !!!! "

.

Sedang mereka berjalan didalam mall itu secara tak sengaja Areeka terlanggar seseorang sebelum kopi ditangan Areeka tertumpah dibaju wanita dihadapannya

" Eh maaf ! Saya tak sengaja " kata Areeka , tisu didalam jaketnya diambil sebelum dihulurkan kepada wanita itu

" Takpe .. " wanita itu mengangkat muka memandang Areeka

Ketiga-tiga mereka terkedu sesama sendiri

" Ma-mama " Arleena mahu memeluk Datin Zaria namun Datina Zaria menolak kuat bahunya

" Siapa mama kau ? Aku takde anak macam kau "

Air mata Arleena laju sahaja mengalir mendengar Datin Zaria berkata begitu kepada dirinya

" Mama apani ? Ni kan anak mama jugak " Areeka memeluk bahu Arleena dari tepi yang sedang mengalirkan air mata itu

" Siapa anak aku ? Korang berdua pun aku tak kenal "

Lagi terkejut mereka berdua mendengar ibu kandung mereka sendiri berkata begitu kepada mereka , rasa kecewa tidak dapat disembunyi lagi

" Mama ! " laung seoeang gadis seraya mendekati mereka

" Lah , dua orang bala ni ada dekat sini " penuh sinis Ariya berkata

" Kau jaga sikit mulut kau .. " memang Areeka tidak boleh bersabar dengan adik dia sorang ini

" Mama , nah kunci kereta .. mama masuk kereta dulu " Datin Zaria menyambut huluran kunci kereta itu sebelum pergi meninggalkan mereka tanpa berpaling memandang Areeka dan Arleena

" Huh kesian .. mama pun tak mengaku korang anak dia " Ariya menyilangkan tangannya kedada dan memandang sinis kepada mereka berdua , gelak jahat dia melihat air mata Arleena

" Kau jaga sikit mulut kau eh " kata Areeka dan memandang tajam adik nya

" Apa ? Tak fahamlah aku kak kenapa kau nak sangat bela dia sorang ni yang mencuri duit mama papa tu " naik bengang juga Ariya apabila Areeka memang tidak pernah berpihak kepada mereka

" Hormat sikit .. dia still kakak kau " kata Areeka tegas

Ariya semakin gelak sinis mendengar ayat Areeka

" Huh , aku takde kakak macam ni .. selalu bawak bala , menyusahkan hidup , baik mat- "

Pang !

" Kurang ajar ! Kau dengan kakak sulong kau boleh pergi jahanam ! " Arleena yang dari tadi berdiam terus mengangkat tangan menampar wajah Ariya sebelum dia menolak Ariya dengan kuat , nasib Ariya sempat berpaut pada palang disebelahnya

" Kau tampar aku kak ?! " Ariya mahu menampar Arleena semula namun Arleena lebih laju memegang tangan Ariya dan menolak kuat tangan Ariya

" Kau .. " lurus jari tunjuk Arleena menunjuk kearah Ariya

" Kau jangan cabar aku Ariya .. kau ingat aku tak tahu kau buat apa belakang mama , papa ? Kau jangan uji sangat sabar aku " penuh amaran ayat Arleena kepda Ariya

Ariya sudah terkebil-kebil dan berubah riak wajahnya mendengar ayat Arleena

" Kau tunggu lah aku sampai dekat rumah korang nanti , waktu tu .. jangan kau dengan kakak tak guna kau merayu-rayu depan aku " Arleena terus pergi meninggalkan Ariya yang masuh berdiri sambil menekup pipinya itu

Areeka tersenyum sinis kepada Ariya sebelum dia mengikut langkah Arleena

" Dasar adik tak guna ! " laung Areeka yang menjauh dari Ariya itu



Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now