Bab 18

263 12 0
                                    

Harini Areeka sudah pun boleh pulang ke rumah seperti biasa , sebaik sahaja dia sudah sampai dirumahnya dia terus masuk kedalam rumah namun tiba-tiba

" Nah ! Kau blah dari sini ! "

Arina terus mencampak beg baju yang berisi baju Areeka ke arahnya tepat mengena badannya , Areeka terundur kebelekang akibat dibaling oleh beg baju tadi

" Huh .. blah lah kak , semak la akak kat rumah ni " kini Ariya pula mencelah dan berdiri disebelah Arina sambil menyilangkan tangannya kedada

" Huh .. finally " kata Areeka sebelum dia mengambil beg baju nya

" Finally mende kau ? " tanya Arina dengan kasar

" Finally aku dapat keluar dari rumah ni ! Dah cukup serabut kepala otak aku duduk dengan korang ! " terkejut mereka berdua apabila Areeka meninggikan suara nya

" Apahal ni Along ? Angah ? " Arziq yang mendengar kecoh-kecoh diluar terus keluar dari biliknya

" Angah nak pergi mana ? " tanya Arziq apbila melihat Kakaknya sudah memegang beg baju itu

" Biar dia berambus dari sini Arziq ! Menyusahkan ! Sama lah macam adik bala dia sorang tu ! " kata Arina dengan suara nya yang meninggi itu , Areeka terkejut mendengar Areeka gelarkan adiknya begitu

" Kau ! "

Areeka terus menerpa ke arah Arina sebelum dia menolak bahu Arina dengan kuat sehingga Arina terundur kebelakang

" Eh kak ! Akak apahal kurang ajar sangat dengan kak long ni ! Memang patutlah akak keluar ! Ikut si Arleena yang memang si bala dari kecik tu ! " kata Ariya pula , dia menghalng Areeka daripada menghampiri Arina

" Eh sebelum kau pulak dapat penyepak aku baik kau diam lah ! " kini dia pulak menolak bahu Ariya dengan kuat , nak dilempang takut terkuat sangat pulak

" Angah sabar ! " Arziq terus menarik Areeka menjauhi Ariya dan Arina

" Huh ! Berambus lah kau ! Semak ! " jerit Arina semula , dia pula yng menunjal dahi Areeka

" Eh eh kenapa ni ? " Datin Zariq dan Dato Arry yang baru pulang dari kerja itu terkejut apabila anak-anak mereka sedang bergaduh di ruang tamu itu

" Ni ha budak ni ! Dia tampar along mama " kata Arina sambil merenung tajam wajah Areeka namun sedikit pun Areeka tak gementar

" Ha ? Eh angah , apa buat kat along macam tu ! Minta maaf balik " kata Datin Zaria menyuruh Areeka meminta maaf kepada Arina

" Dah dia yang panggil Arleena macamtu ! Memang layak ah kena " balas Areeka semula

" Arleena ? " tanya Dato Arry , dia rasa dia tidak silap dengar apabila anaknya menyebut nama seseorang itu

" Ye Arleena , dia yang panggil Arleena tu pembawa bala ! Memang la angah lempang dia " jelas Areeka , Arina hanya diam dengan menundukkan kepalanya

" Sebab adik tak guna kamu tu kamu sanggup tampar kakak kamu ?! " Areeka memandang tidak percaya wajah Datin Zaria apabila mama nya memarahi dirinya

" Ma , mama sedar tak yang adik tu masih anak kandung mama ? " tanya Areeka seakan-akan tidak percaya , sempat dia memandang Arina yng tersenyum sinis kearah nya

" Huh , mama tak pernah ada anak macam tu ! Yang sanggup rugi kan syarikat mama dengan papa ! Kamu tu tak sedar-sedar lagi ke yang adik kamu tu memang bawa bala je dalam keluarga kita ?! " Datin Zaria mula meninggikan suaranya

" Haah kak , tak sedar-sedar ke ? " tanya Ariya dengan nada sinis , Areeka memandang tajam wajah Ariya , dia ni memang mintak kena lempang dengan aku agaknya

" Memang lah tak sedar ma , dah kalau dia dah baik dengan budak tu , hari-hari jumpa dengan Arleena ! " kata Arina

" Apa ?! Kamu jumpa dia ?! Kenapa ? " Datin  Zariq memegang bahu Areeka ingin mendengar penjelasan

" Dia adik angah ! Angah tak akan biarkan dia sendiri dekat luar sana " jelas Areeka

" Huh kamu pun nak jadi pembawa bala jugak ke ? " kini Dato Arry pula bertanya kepada Areeka

Kini Areeka memandang wajah mereka semua dengan riak wajah tidak percaya , begini mereka anggap Arleena sedangkan Arleena tu masih darah daging mereka

" Wow .. " kata Areeka dengan riak wajah kecewa

" Tak sangka ya .. " kata Areeka lagi

" Tak sangka sampai macamtu sekali korang semua pandang Arleena tu , sedangkan semua pun tak tahu siapa dalangnya kan ? " jelas riak wajah mereka agak terkejut mendengar ayat Areeka

" Huh dah lah kau , tak habis-habis nak bela budak tu , dah sah-sah dia yang curi " kata Arina , Areeka terus memandang wajah Arina dengan tajam sebelum dia tersenyum sinis membuatkan Arina mengalihkan pandangannya , gerun dengan pandangan Areeka

" Suka hati lah " Areeka mengangkat beg baju nya sebelum dia mahu melangkah keluar daripada rumah itu

" Selangkah lagi Angah bergerak keluar daripada rumah ni .. " kata Dato Arry membuatkan Areeka terhenti seketika

" Jangan pernah lagi Areeka jejak kaki dalam rumah ni .. pergi lah dekat adik kesayangan angah yang tak guna tu ! " sambung Dato Arry sebelum dia terus berlaku pergi ke tingkat atas

Arina dengan Ariya memandang sinis kepada Areeka yang sedang memandang ke arah mereka

" Angah .. " Arziq cuba untuk memujuk kakaknya agar tidak keluar daripada rumah itu

Areeka mengeluh sebelum dia memandang kehadapan semula

" Halal kan makan minum angah "

Terus Areeka melangkah keluar daripada rumah itu dan menunggang motorbike nya , helmetnya dipakai sebelum dia menghidupkan engine dan bergerak meninggalkan kawasan rumah itu

Arina tersenyum puas apabila Areeka sudah keluar daripada rumah itu , kini tiada apa lagi yang dia perlu risau kan

" Huh akhirnya , kau dengan adik tak guna kau .. berambus jugak dari rumah ni "



Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now