Bab 29

269 16 0
                                    

Terkejut Arina mendengarnya , Ariya juga terkejut namun lebih kepada keliru dan ingin tahu apa maksud Arleena

" Apa maksud kau ni ? " tanya Ariya

" Tanya lah kakak kesayangan kau ni " kata Arleena , dia memeluk tubuh sebelum bersandar dikereta Arina

Ariya memandang Arina yang jelas sedang agak takut itu

" Akak , apa dia cakap ni ? Apa akak dah buat ? " tak sempat Arina mahu menjawab , mereka semua nampak kereta mewah Dato Erry dan Datin Zaria masuk kedalam kawasan rumah itu

Datin Zaria dan Dato Erry keluar dari kereta itu sebelum dia menghampiri mereka

" Kau buat apa dekat sini ? " kasar sungguh ayat Datin Zaria

Arleena hanya membuat muka tidak peduli

" Kau jangan kurang ajar sangat eh , dah lupa diri agaknya " kata Datin Zaria lagi

Arleena hanya berdiam lagi

" Anak-anak mama .. kenapa ni ? " nada Datin Zaria berubah lembut apabila bertanya kepada Arina dan Ariya

Agak terguris hati Arleena disitu

" Ma-mama .. Arleena Mama .. " Arleena hanya menunggu apa yang Arina mahu katakan

" Arleena langgar Arziq ma .. " terus air mata Arina mengalir laju menunjuk simpati

Membulat mata Datin Zaria mendengar Arina berkata begitu

" Kau ! " laju tangan Datin Zaria diangkat tinggi

Arleena menangkap tangan Datin Zaria sebelum tangan wanita itu diturunkan perlahan

" Kenapa .. " kata Arleena perlahan

" Kenapa kak ? .. " tanya Arleena

Matanya memandang kedalam anak mata Arina

" Apa salah aku kak ? .. apa dosa aku dekat kau sampai kau benci sangat dekat aku ? " kini nada suaranya sudah perlahan , tidak setingfi tadi

" Aku tak pernah pun .. aku tak pernah pun buat benda jahat dekat kau kak .. tapi .. kenap kau benci sangat dekat aku " air matanya yang mahu mengalir ditahan

Arina turut terdiam mendengar Arleena bertanya begitu

" Aku .. aku ni .. aku yang paling rapat dengan kau waktu kecik kak .. kau sayang sangat dekat aku .. kenapa kak ? Kenapa bila dah besar .. kau benci dekat aku ? Apa salah aku ? .. aku .. aku tak boleh terima " kini dia menunduk , menahan lagi air matanya yang mahu keluar

" Dan .. "

" Kau ingat aku tak tahu .. " Arleena memandang Arina

" Kau upah Liam , untuk bunuh aku "

Terus terkejut semua yan berada disitu mendengar pengakuan Arleena

" A-apa kau cakap ni ? Kau jangan nak tuduh kakak aku lah ! " Ariya seperti tidak percaya .. takkan kakaknya betul-betul mehu membunuh Arleena ?

" Aku tak kesah kalau kau nak bunuh aku .. " kata Arleena lagi

" Tapi .. "

" Kau langgar abang aku ! Kau langgar adik kau sendiri ! Dan yang paling aku tak boleh terima , kau tak tolong dia time kau langgar dia , kau terus blah macamtu ! Manusia jenis apa kau ni ?! " nada suaranya meninggi semula , dia tidak boleh kawal lagi emosi nya sekarang

Arina nampak seperti takut-takut , wajahnya sudah pucat

" Hey , kau tuduh-tuduh ni , ada bukti ? " tanya Dato Erry

Arleena menghiraukan papa nya

" Kenapa ? Kenapa Arina ? Apa yang ada dalam otak kau waktu tu ?! Kenapa kau langgar dia ?! Kau takut ?! Ha ?! Kau takut ?! " kini Arleena berdiri di hadapan Arina

Tidak dihiraukan Datin Zaria dan Ariya yang berada dikir dan kanan Arina

" Kau takut kalau Arziq akan bongkarkan rahsia kau ?! Sebabtu kau langgar dia ?! Kau nak bunuh dia ! Ha ?! Jawablah aku tanya ?! Asal senyap ?! " kini dia melutut dihadapan Arina sebelum baju Arina dicengkam kuat

" Jawablah ! " kalau diikutkan perasaan marahnya , mahu sahaja dia tumbuk kakaknya ini

" Lepaskan anak aku lah ! " tubuh Arleena Datin Zaria tarik dengan kasar sebelum Arleena berdiri semula dan terundur kebelakang

Telefon didalam poket seluarnya dibawa keluar sebelum satu video dimainkn dan ditunjukkan dihadapan mereka semua

Mata mereka kini terhala kepada video di telefon Arleena

" A-akak .. "

" A- arina "

Terkejut mereka semua melihat bukti didalam video itu , jelas kereta Arina yang melanggar Arziq , dan dia terus pergi tanpa menolong Arziq

" Ma-mama .. tu bukan Arina , dia tipu ! " jelas Arina sudah mula cemas apabila bukti sudah jelas

" Kalau mama nak tahu .. " kata Arleena

" Arina , Ariya .. "

" Dan Arziq "

" Yang curi .. duit syarikat mama dengan papa , Arleena ada bukti .. tapi Arleena diamkan sebab .. Arleena sayangkan abang .. tapi untuk kes kali ni , Arleena tak boleh berdiam lagi " lagi cuak muka Arina dan Ariya apabila Arleena sudah membongkarkan rahsia mereka

" Mama tak! Dia tipu ! Penipu ! " Kini Ariya juga mula cemas

" Aku tahu .. korang semua tak suka aku " kata Arleena perlahan

" Jadi .. "

" Aku akan pergi jauh dari sini .. aku takkan cari korang lagi .. maafkan aku " Arleena tersenyum nipis kepada mereka

Helmetnya dipakai semula , sempat dia memandang mereka sekejap , sebelum dia menghidupkan motorbike nya dan terus dibawa keluar dari kawasan rumah itu

Jelas kedengaran siren polis sudah dekat , mereka mula cemas , Arina sudah mula cemas , pasti Arleena sudah report polis

Maafkan aku kak ...





Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now