Bab 7

382 28 0
                                    

Arleena hanya memerhati tiga orang lelaki itu yang sedang merawat Harrez , dia sudah tersengguk-sengguk duduk ditepi batu itu kerana dia sudah mengantuk kerana tidak tidur semalaman

" Woi perempuan " tegur salah sorang dari mereka yang bernama Ryan

Arleena hanya mengjongketkan keningnya tanda 'nak apa?'

" Kau buat apa dekat dia ha ? " riak garang sangat terserlah diwajahnya

" Mana buat apa "

" Kalau kau tak buat apa-apa dia takkan cedera sampai macamni lah ! " tiba-tiba lelaki itu berdiri dan kain ditanggannya dicampak ke arah Arleena

Wah ni tak boleh beb !

Terus Arleena berdiri sebelum kain itu dicampak semula ke arah lelaki itu , sempat lelaki itu menangkap kain itu

" Bodoh ke ?! Kalau aku yang cederakan dia takkan aku nak tolong dia ?! Use your brain lah ! " Arleena sudah mahu pergi meninggalkan jejaka-jejaka itu namun suara Harrez menghentikan langkahnya

" Stop there " entah kenapa Arleena berhenti apabila Harrez yang menyuruh dirinya untuk berhenti

" Ry ( Rai ) " seru Harraz sebelum memberi isyarat matanya kepada Ry ataupun Ryan

" Huh fine " terus Ryan duduk semula sebelah Harraz

" Aku nak balik , semak duduk sini " Arleena memandang sekilas Ryan sebelum menjeling

" Tunggu lah dulu .. buatnya Liam tu masuk balik cari kau , tak ke naya " cadang Harrez

Arleena mengulingkan biji matanya

" Aku dah bape tahun duduk sini , tak mati pun , pandai-pandai aku lah jaga diri sendiri "
kata Arleena

" Degil kau ni , orang suruh duduk sini , duduk jelah " kata lelaki yang memakai topi tu pula

" Suka hati aku la " ringkas jawapan Arleena namun cukup menyakitkan hati mereka

" Kau fikir kau hebat sangat ke ? Setakat dengan panah kau tu , kalau orang patahkan nanti , mampos kau " kalini lelaki yang sedang membelek pistol nya pula bersuara

Arleena hanya diam , malas nak cakap dah , suka hati kau lah

" Siapa nama korang ni ? " tanya Arleena tiba-tiba

" Nak ngorat lah tu " kata lelaki pakai topi itu , walaupun perlahan namun masih jelas ditelinga Arleena

Excuse me ? Boleh tak jangan perasan .. orang tanya nama sebab senang nak panggil , takkan nak panggil kau ' woi biadap '

" Qay " sekali lagi Hareez memberi isyarat mata kepada lelaki bertopi itu atau nama dia Qayridz

" Ryan Aritzh " kata Ryan

" Ezaha Qayridz " yang memakai topi itu bersuara

" Ziel Wiyath " kalini yang sedang memeriksa pistol itu pula mengenalkan dirinya

Arleena hanya menganggukan kepalanya , kemain nama masing-masing , Arleena memandang Harrez sebelum mengangkat keningnya tanda ' kau pula ? '

" Harrez Rayqal "

Arleena hanya menganggukkan kepalanya sekali lagi , panahnya dibuka dan diletakkan ditepi batu sebelum meregangkan badannya , kini semua jejaka itu memandang dirinya pula , Arleena mengerut dahi

" Apa ? Nama aku ? "

Serentak mereka berempat mengangguk kepala

" Arleena Zachria "

" Kau memang dengan panah kau je ke ? " tanya Qay

" Hm " ringkas sahaja jawapan Arleena

Mereka hanya berbual-bual kosong sebelum Arleena ternampak asap bewarna hitam yang keluar ke udara , tidak jauh dari tempat mereka sekarang

" Asal macam ada bau terbakar ni ? " soal Ryan sebelum mereka semua memandang ke arah asap hitam berkepul-kepul yang berada di udara itu

Arleena berasa tidak sedap hati , terus panahnya diambil dan disangkut kebahu nya sebelum dia terus berlari ke arah asap itu meninggalkan mereka

" Hey ! " jerit Harrez apabila melihat Arleena yang berlari meninggalkan mereka sebelum dia memandang kawan-kawannya

" Ikut dia "

.

Arleena berlari selaju mungkin ke arah tempat yang dia rasa terbakar itu , dia rasa itu seperti .. kawasan rumahnya ! Dia risaukan Lei sekarang ni

Arleena sudah sampai ke rumahnya dan terus terbeliak matanya apabila melihat rumahnya yang sedang dijilat marak api itu , tanpa berfikir panjang terus dia mahu berlari masuk kedalam namun satu tangan yang menarik pinggangnya menghentikan langkahnya

" Kau gila ke ?! Nak mati ?! Api tengah besar tu Leena ! " pelukan Harrez di pinggang Arleena dikuatkan apabila Arleena meronta-rinta ingin dilepaskan

" Lepaslah ! Kucing aku kat dalam tu ! Aku taknak dia mati ! Lepas ! " dengan kudrat yang dia ada terus ditolak badan Harrez sebelum dia terus berlari ke arah pintu rumah itu dan terus ditendang pintu rumahnya sehingga terbuka luas

Arleena pergi ke bilik tidurnya tempat selalu Lei tidur disitu , asap api yang banyak dan tebal itu menyukarkan dirinya untuk bernafas dan melihat dengan jelas , namun tetap digagahkan dirinya mencari kucing kesayangannya

Satu rumah sudah dicari namun keibat Lei tidak ada di semua tempat , Arleena semakin kerap batuk akibat asal yang banyak disedutnya , sedaya upaya dia berjalan dengan laju ke tingkap rumahnya sebelum dia melompat keluar dari situ

" Arleena ! " jerit keempat jejaka itu apabila Arleena sudah rebah ke tanah dengan nafas yang tercungap-cungap

" Bomba dah on the way ! Cepat angkat Arleena kita bawak dia keluar dari hutan ni sekarang ! " arah Harrez , Arleena dengan lemah menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu pergi .. Lei masih tidak dijumpai nya

" Le..Lei " kata Arleena perlahan sebelum matanya perlahan-lahan tertutup dan dia tidak sedarkan diri

Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now