Bab 32

322 16 0
                                    

Harrez yang tiba-tuba terasa haus menyuruh pemandunya untuk berhenti dikedai berdekatan

Setelah pemandu peribadinya menghentikan kereta itu , Harrez keluar daripada kereta itu sebelum dia mahu masuk kedalam kedai itu dia terdengar suara seseorang meminta bantuan

" Tolong .. " jelas kedengaran suara seseorang meminta tolong

Dia memandang pelik ke satu lorong gelap itu

Betul ke ada orang perlukan bantuan ?

Dia terus pergi ke lorong gelap itu tanpa memberitahu pemandu peribadi nya

Setelah sampai disitu , tiada seorang pun disitu

Belum sempat dia mahu memusingkan kepalanya , dia terus terasa sesuatu menghentak kuat belakang kepalanya

Dia sempat juga pusing kebelakang sebelum sekali lagi dia dipukul oleh sesuatu dikepalanya

Kali ini dia terus rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri

.

Harrez perlahan-lahan membuka matanya , pandangannya melihat ke sekelilingnya .. hanya dinding dan tingkap sahaja

Serentak itu pintu dihadapannya dibuka oleh seseorang

Perempuan

" Wah , dah bangun " kata wanita itu sebelum dia tersenyum lebar dibalik mask nya

" What do you want ? Huh " tanya Harrez , wanita itu hanya tergelak sinis

Masknya terus ditarik dan dibuka sebelum topinya juga dibuka

" Huh , ingat susah sangat nak tangkap kau ni .. senang je " wanita itu mengemaskan rambutnya

" Stupid " hanya itu yang Harrez katakan

Wanita itu mengecilkan matanya memandang Harrez sebelum tangannya laju menumbuk pipi Harrez

Buk !

Sekali lagi dia ditumbuk oleh wanita itu

Buk !

" Ugh .. " Harrez menggerak-gerakkan sedikit pipi dan mulutnya serentak itu terasa sengal-sengal dibahagian pipinya

" Huh .. buang masa simpan kau " pistol dibelakangnya dikeluarkan sebelum dilihatnya

" Kau nak apa ? Siapa kau " tanya Harrez lagi

" Aku .. "

" Lia "

Harrez cuba mengingat, siapa Lia ? Dia tidak pernah ada musuh perempuan

" Adik Liam "

Serentak itu Harrez terus tergelak besar

" Hahaha ! Lah , kau adik si bebal tu rupanya , patutlah kebodohan lebih kurang " selamba sahaja Harrez melontarkan ayatnya

Lia yang bengang ketika itu terus mencekik leher Harrez

Harrez hanya beriak tenang

" Kau .. "

" Jangan hina abang aku ! "

Buk !

Buk !

Buk !

Serentak itu tiga tumbukan Lia berikan ke pipi kiri dan kanan Harrez

Turun naik nafasnya menahan marahnya

Lia terus keluar daripada bilik itu

Harrez hanya melihat sebelum dia memejamkan matanya

Rehat kejap

Dia hanya beriak tenang ketika itu , tidak perlu ada apa yang perlu ditakutkan

.

" Adu mana Harrez ni .. tak balik-balik pun " Ryan sudah mundar-mandir hadapan pintu rumah itu

Gayanya seperti ibu menunggu anak-anaknya
pulang kerumah

Sudah lama mereka menunggu Harrez namun kelibat Harrez masih tidak muncul

Mereka sudah mula memikirkan macam-macam

" Qay , hack location fon Harrez " arah Ziel

Dia juga sudah mula tidak senang duduk

" Orait " jari jemarinya direnggangkan sebelum dia terus menuju ke biliknya

Mula membuat kerjanya

Mereka hanya menunggu Qay membuat kerjanya , serentak itu juga pemandu peribadi Harrez tadi menghampiri mereka berdua

" Ha , mana Harrez ? " tanya Ryan kepada lelaki itu

" Tuan Harrez takde , dia cakap dengan saya dia nak pergi beli air , tapi saya lama tunggu dalam kereta , tengok-tengok dia tak ada dekat situ " tercungap-cungap lelaki itu mencari nafas sambil bercerita

" Masak lah gini .. " Ziel meraup wajahnya

Sah lah , kawannya diculik

" Aku tak dapat detect fon dia .. fon dia mati " kata Qay yang baru keluar dari biliknya itu

" Aku tahu dia dekat mana " kata seorang gadis yang tiba-tiba muncul dihadapan pintu itu

" Kau- "

" Diam , cepat , kita kena tolong dia "

.


Lia masuk semula kedalam bilik yang Harrez sedang diikat itu

Harrez hanya santai bersiul sambil mata melirik ke arah Lia

" Nak bunuh dah ? " tanya Harrez dengan nada sinis

" Huh .. nak mati pun nak berlagak "

" Buat apa nak takut dengan kau , useless " Harrez menjeling Lia

Lia dengan geram dia terus mengeluarkan pisaunya didalam poket seluarnya

Dia sudah mahu membenamkan pisau itu kebahagian dada Harrez namun sesuatu yang tajam mengena tangannya dan serentak itu pisau itu terpelanting jauh dar tangannya

Mereka berdua memandang ke arah tingkap dibelakang Harrez itu , tingkap itu memang sudah terbuka

Lia melihat ke arah benda tajam yang terpacak di pintu itu , nota di panah itu dilihat

" Don't touch him , idiot ! "





Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now