" Ah bodoh ! " Liam menumbuk kuat meja dihadapannya
" Macam mana aku boleh kalah ?! " rambutnya dicengkam kuat sebelum dia menyelerakkan semua barang didalam bilik kerjanya
" Aku tak akan lepaskan korang kalini ! " bibirnya sudah tersenyum sinis , sudah memikirkan pelbagai rancangan untuk menjatuhkan Harrez
.
Pagi-pagi lagi Arleena sudah ke hospital melawat Areeka , sebaik sahaja dia masuk kedalam wad dia melihat Areeka yang sedang santai berbaring sambil melihat telefonnya
" Akakk " Areeka yang melihat Arleena masuk itu terus duduk tegak
" Hm , pagi-pagi dah datang eh kau .. rindu aku lah tu " Arleena hanya mencebik sebelum bubur yang dimasak olehnya dibawa keluar dari beg
" Makan jom .. adik masak ni " sudu juga dikeluarkan dari beg itu sebelum dia mengambil tempat duduk di kerusi sebelah katil kakaknya
" Yeke kau masak ? Tah tah si Harrez tu yang masak " kata Areeka , Arleena hanya menjeling manja kakaknya
" Orang tahulah kat rumah mama papa dulu orang jarang masak .. sekarang dah power tau , nah kakak rasa " sudu yang sudah berisi bubur itu disuakan ke mulut Areeka
Areeka meniup dahulu bubur disudu itu sebelum dia mula makan sedikit , terbeliak matanya memandang Arleena
" Sedap .. pandai giler masak , meh lah aku makan sendiri , kau suap lambat " terus mangkuk di tangan Arleena dirampas dan dia menikmati bubur itu sendiri
Tiba-tiba pintu wad itu dibuka dengan kasar oleh seseorang , terus dua manusia itu mengejutkan Arleena dan Areeka
" Kau ?! " Arina terus menerpa ke arah Arleena sebelum dia menolak tubuh Arleena dengan kuat
" Woi along ! Kau kenapa ?! " mangkuk buburnya diletak ketepi , adu orang nak makan pun kacau lah dia ni
" Apa dia buat dekat sini ha ?! Huh , hidup lagi kau ya ? " sinis nada Arina bertanya kepada Arleena
Arleena berdiri semula sebelum dia menyapu semula tempat yang Arina sentuh bahunya tadi , muka kakak sulongnya dipandang
" Apa lagi kau nak ? " tiada nada baik yang perlu digunakan apabila bercakap dengan semua adik beradiknya yang sudah membuang dirinya
" Huh biadap ! Memang patut pun kau kena halau .. sebab kau ni , pembawa bala je ! " Dahi Arleena ditunjal berkali-kali , Arleena terus menepis kasar tangan Arina
" Pergi baliklah along , kau buat apa dekat sini ? " tanya Areeka pula , dia mahu turun daripada katil itu namun sakit diperutnya membuatkan dia sukar bergerak
" Kau halau aku ? Aku ni nasib baik ada sorang laki tu bagitahu aku yang kau ada dekat sini .. kalau tak sampai bila aku taktahu pun kau masuk hospital " Arleena dan Areeka memandang sesama sendiri , lelaki mana yng memberitahu kakaknya ni
" Kau ! Tak sangka selepas beberapa tahun .. kita jumpa lagi ya " Arina memeluk tubuh sebelum menilik Arleena atas hingga bawah dengan pandangan jijiknya
" Huh selekeh lagi .. haih tak mengaku aku kau ni adik aku kalau orang tanya " rambutnya yang beralun itu dilibas kebelakang
" Huh aku pun taknak mengaku lah yang kau tu along aku , pergi blah lah " balas Arleena semula
Arina terkejut mendengar Arleena berkata begitu kepada dirinya , baginya selalu Arleena seorang yang tidak melawan dan akan akur sahaja semua cakapnya .. tapi Arleena sudah banyak berubah
" Kurang ajar " tangannya sudah diangkat tinggi mahu menampar muka Arleena
Namun belum sempat tangannya mahu menampar pipi Arleena , satu tangan menahan tangan Arina daripada menampar Arleena , Arleena hanya melihat Harrez yang memegang tangan kakaknya , Ryan dan Qayridz juga turut masuk kedalam bilik itu
" Kau siapa ? " tanya lelaki itu sebelum dia melepaskan tangan Arina dengan kasar dan berdiri dihadapan Arleena
" Huh .. kau lah siapa ? Woi pompuan , ni .. lelaki yang keberapa kau ada ni ? Murahnya kau , huh sampai tiga lelaki kau ada " Arina tersenyum sinis melihat wajah tegang Arleena tidak dipeduli lelaki dihadapannya
" Kurang ajar ! " Arleena terus tolak Harrez ketepi sebelum dia sendiri menampar muka kakak sulongnya
Arina terundur kebelakang sehingga terlanggar katil yang Areeka sedang duduk itu
" Ugh ! Kau tampar aku ?! Dasar perempuan tak guna ! " Arina mahu mara ke arah Arleena namun Areeka yang sedang duduk dibelakangnya itu terus menahan Ariya dengan memegang kedua belah bahu kakaknya
" Sudahlah along ! Pergi baliklah ! Buat malu jelah kau ni . " terus dia menolak tubuh Arina ketepi
Arina memandang Arleena yang berada dihadapannya dengan wajah tak puas hati , nafasnya turun naik menahan marahnya
" Kau ! Aku takkan lepaskan kau- "
" Asal kau ?! Kau nak buat apa ? Buat lah sekarang ! " tubuh Arina ditolak kuat oleh Arleena sehingga Arina terundur kebelakang dan terjatuh akibat tidak dapat seimbangkan badannya
" Uish nak tolong ke ? " tanya Qayridz kepada Ryan , mereka berdua hanya duduk ditepi dan melihat 'drama' ini dari tadi
" Haram lah sentuh dia " balas Ryan semula
Mereka hanya melihat Arina yang berusaha bangun sendiri , dia memandang Arleena dan Areeka dengan pandangan tajam sebelum dia sendiri keluar daripada wad itu
Arleena terus terduduk sebelum air matanya laju mengalir , sungguh dia tidak faham .. begitu jijik ke dirinya di pandangan kakaknya itu , begitu sahaja ke nilai dirinya dimata Arina
" Hey hey .. don't cry " Harrez turut duduk disebelah Arleena yang sedang menangis itu , Arleena menutup wajahnya dengan sebelah tangannya
" Hey .. tengok aku " tangan Harrez memegang lembut dagu Arleena sebelum dihala ke arah dirinya
" Janganlah nangis .. kau kan kuat .. jangan fikir sangat apa yang kakak tak guna kau cakap tadi .. aku kan ada " entah kenapa dia mahu cakap ayat akhir itu namun .. takpelah , benda pun dah cakap
Lama Arleena sebegitu sebelum dia sendiri berhenti menangis , air matanya dikesat sebelum Harrez menghulurkan tisu untuknya , terus tisu itu diambil dan mengesat air matanya
" Untunglah nangis ada orang pujuk " kata Ryan tiba-tiba
Arleena pelik sebelum baru dia sedar jarak Harrez dengan dirinya sungguh dekat sekarang dan tangan Harrez juga berada dibelakang badannya , mesti Harrez memujuk dirinya untuk berhenti nangis tadi , terus dia berganjak jauh sedikit daripada Harrez
" Wahh kau adik senyap-senyap eh " terbit senyuman mengusik dibibir Areeka begitu juga dengan Qayridz dan Ryan
Harrez memandang Areeka sebelum dia memandang tempat lain , kepalanya yang tak gatal digaru bagi menghilangkan rasa malunya tadi , apa aku buat tadi ni ?
Tbc
YOU ARE READING
The Hero's
ActionKARYA PERTAMA The Hero's Arleena Zachria Tidak pernah terfikir dirinya untuk menjadi Wira untuk menyelamatkan sesiapa , namun itulah kerjanya sekarang , menyelamatkan semua yang memerlukan bantuan , walaupun dia duduk jauh dari bandar namun jenayah...