Bab 30

290 17 0
                                    

Seminggu kemudian..

Bang !

" Ah ! " Harrez menyorok semula disebalik dinding itu apabila lengannya sudah ditembusi peluru dari pihak musuh

" Rez ! Kau okey ? " tanya Qay yang berada disebelahnya ketika itu

" I'm good " balas Harrez , apa lah sangat kena dekat lengan sahaja

Sekarang mereka berada di markas mereka sendiri kerana ..

Ya mereka di serang

Ada sekumpulan mafia tiba-tiba menyerang mereka malam ini , jadi anak buah merwka menghubungi mereka dan dengan segera mereka terus sampai disitu dan berlawan dengan pihak musuh

" Ziel , mana kau ? " tanya Harrez kepada Ziel yang masih berada ditalian di earpod mereka

" Atas " pendek jawapan Ziel

Ziel berada di rooftop bangunan sebelah kerana dia merupakan headhunter

" Harrez kau tolong Ryan kat atas , ramai kat situ , mati budak tu nanti ! " kata Ziel

Harrez yang mendengar itu terus berlari ke arah tangga dan dengan laju dia naik ke atas , peluru yang ditembak ke arahnya semua di elak

Baru sahaja Harrez sampai ke tingkat atas , belum sempat dia mahu ke arah Ryan , dua orang lelaki sudah berada dihadapannya , seorang daripada mereka terus menendang Harrez dibahagian perutnya

Terus Harrez terjatuh semula dan dia tersandar di tingkap dibelakangnya

Seorang lelaki itu mengeluarkan pistolnya dan diacu ke arah Harrez , belum sempat dia mahu menembak Harrez tiba-tiba ..

Zzap !

" Aghh ! " lelaki itu terus rebah ke lantai apabila terasa benda tajam itu menembusi jantungnya

Terbeliak mata Harrez melihat lelaki itu tiba-tiba rebah disitu , tingkap dibahagian belakangnya juga pecah ditembusi benda tajam itu , nasib tidak terkena dirinya

Zzap !

Satu lagi panah dilepaskan dari arah yang sama sebelum panah itu tepat menembus kepala lelaki dihadapan Harrez itu , lelaki itu juga turut rebah ke lantai

Harrez perlahan-lahan berdiri sebelum tanpa mempedulikan mereka berdua dia terus ke arah Ryan sebelum dia menolong Ryan menumpaskan semua musuh itu

Buk !

Harrez terus melayangkan penumbuk ke arah lelaki dihadapannya sebelum pisau dibelakangnya dibawa keluar dan tanpa membuang masa terus pisau itu ditusuk kedalam perut lelaki itu , lelaki itu ditolak dengan kuat sebelum lelaki itu terus jatuh semula ke lantai itu

" Ryan ! Pergi tolong Qay dekat bawah ! Now ! " arah Harrez

" Tapi kau- "

" Aku cakap sekarang ! Pergi ! "

Ryan tanpa membuang masa terus dia turun ke bawah untuk menolong Qay

Harrez berlawan dengan semua lelaki itu , sudah biasa dia menumpaskan musuhnya seorang diri , tidak menjadi masalah besar pun baginya

Setelah dia berjaya tumpaskan kesemua musuh itu tiba-tiba seseorang menendangnya dari belakang

Harrez tersentak sebelum dia terus memusingkan badannya , apa yang dia lihat dihadapannya ialah seorang wanita

Wanita itu memakai serba hitam dan separuh mukanya ditutup dengan mask yang dipakainya , tangannya terdapat pedang yang tajam di tangan kiri dan kanannya , matanya juga menikam ke arah anak mata Harrez

" Who the hell are you ? "

Pertanyaan Harrez dihiraukan sebelum dia terus mara ke arah Harrez

Pedang ditangan kanannya laju dihayunkan ke arah Harrez namun Harrez mengelak sebelum pedang ditangan kirinya pula dihayun ke arah Harrez , Harrez mengelak juga

Wanita itu terus berpusing kebelakang sebelum sikunya laju mengena ke muka Harrez menyebabkan Harrez terundur kebelakang

Terus dia berpusing kehadapan semula sebelum dua pedang ditangannya dicampak ketepi dan dengan laju dia ke ara Harrez dan kakinya diangkat tinggi melayang ke rahang Harrez

Harrez yang tidak bersedia terus terjatuh kelantai dengan rasa sakit di rahangnya

Dia juga sudah hilang banyak tenaga sewaktu berlawan awal-awal dengan lelaki-lelaki tadi

" Weak " wanita itu tersenyum sinis disebalik masknya

Pistol dibelakang nya dibawa keluar sebelum

Bang !

Bang !

Dua das tembakan dilepaskan ke arah bahu kiri dan kanan Harrez

Laju kaki kanannya naik dan diletakkan atas dada Harrez , Harrez saat itu hanya menahan sakit dibahagian bahunya

" Say goodbye " pistol itu diacukan ke arah kepala Harrez , namun belum sempat dia buat apa-apa tiba-tiba

Ada seseorang yang baru naik ke atas itu terus mara ke arah mereka berdua , kedua-dua mereka memandang ke arah si dia yang bergerak laju ke arah mereka

Dia terus berlari laju ke arah wanita yang sedang mengacukan pistol ke arah Harrez itu sebelum dia melompat sedikit dan dengan laju dia menumbuk wajah wanita itu

Terus terlepas pistol dari tangan wanita itu sebelum dia juga terundur beberapa tapak kebelakang

Wanita itu terus memandang ke arah si dia yang baru masuk tadi

Dia yang baru menumbuk wanita itu hanya berdiri dihadapan Harrez

Panah dibeg sebelahnya yang disangkut dipinggangnya diambil dan diletak ke pemanahnya sebelum diacu tepat ke arah wanita itu

Harrez perlahan-lahan berdiri sebelum dia memandang orang yang menyelamatkan dia tadi

" Harrez ! "

Suara Qay yang memanggil Harrez itu menarik perhatian orang yang memegang pemanah itu , dia terus mengeluarkan sesuatu sebelum dicampak ke atas dan ..

Boom !

Asap yang keluar itu menyukarkan mereka untuk bernafas dan melihat dengan jelas

" Move out ! " arah Harrez

Harrez terus turun kebawah diikuti Qay dibelakangnya melindungi Harrez untuk keluar dari situ

Mereka berkumpul diluar bersama beberapa anak buah mereka , mahu memastikan semua selamat dahulu sebelum mereka masuk semula memeriksa keadaan didalam

Cuma Harrez terfikirkan .. siapa yang selamatkan dia tadi ?

Siapa dia ?




Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now