Bab 19

267 16 0
                                    

Areeka berhenti dan duduk ditepi taman itu , dia masih tidak tahu nak pergi mana , jujur dia pun masih serabut tentang semua benda ini , sungguh semua didalam rumah itu sudah membenci Arleena

" Kau kenapa duduk sini ? " tanya Ziel , dia dari tadi hanya memerhati Areeka yang sudah lama duduk dikerusi tepi taman itu

" Ha- tak- takde apa-apa .. saja je " balas Areeka , dia kembali merenung kebawah , hanya membiarkan rambutnya menutupi separuh wajahnya , tidak mahu Ziel nampak yang dia menangis

" Hm .. " Ziel menghulurkan sehelai tisu kepada Areeka , dia tahu wanita itu menangis dari tadi

Areeka hanya mengambil tisu itu sebelum dia kesat air matanya , namun tiba-tba dia kembali menangis seperti tadi , dia menekup mukanya dengan sebelah tangannya tidak mahu Ziel melihat dia menangis

" It's okey .. nangis tak bermaksud lemah , just .. kau dah pendam benda tu lama sangat so .. lepaskan lah " lagi kuat tangisan Areeka apabila Ziel berkata begitu

Ziel hanya menghiraukan pandangan orang yang memandang mereka berdua , mesti ada yang kata dia seorang lelaki yang tidak sejati kerana hanya membiarkan gadis disebelahnya menangis tanpa dipujuk , dia mahu pujuk namun dia mahu Areeka menangis sepuas-puasnya dahulu baru dia memujuk gadis itu

Lama-lama barulah tangisan Areeka mula reda , dia hanya diam dan termenung sendiri , terlupa dia bahawa Ziel berada disebelahnya

" Dah ? " tanya Ziel , Areeka hanya mendiamkan diri

" Akak ? " Areeka mendongak memandang suara perempuan yan menegur dirinya , dapat dia lihat Arleena yang tersenyum nipis ke arahnya

" A-adik " terus dia berdiri dan memeluk erat tubuh adiknya , air matanya kembali keluar semula

Arleena hanya membalas pelukan kakaknya seraya mengusap lembut belakang badan Areeka bagi menenangkan kakaknya , Harrez hanya diam dan berjalan mendekati Ziel sebelum duduk disebelah Ziel dan hanya menunggu dua beradik itu

Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum Arleena meleraikan pelukannya dan menyuruh kakaknya untuk duduk dikerusi sebelah Harrez ada jarak di antara kerusi Harrez dan kerusi Areeka jadi senang untuk dia memujuk kakaknya

" Akak .. taknaklah nangis macam ni .. " Arleena mengesat air mata Areeka

" Diorang halau aku .. diorang halau aku Arleena .. " kata Areeka dalam nada tidak jelasnya kerana masih menangis

" Dah-dah tak apa .. janganlah nangis .. nanti duduk dengan adik eh , kita tengok dekat rumah mana kita duduk  .. okey ? Janganlah nangis " kedua belah pipi Areeka ditekupnya dan rambut yang terjuntai dikiri kanan kepala Areeka diselit kebelakang telinga , dia menghadiahkan senyuman nipis kepada kakaknya

" Aku janji .. aku akan bagitahu perkara yang sebenar secepat mungkin " kata Areeka dan memegang bahu Arleena

" Adik pun "

.

Arzi terus menggalas beg bajunya sebelum satu lagi beg bajunya di angkat dan kunci keretanya juga dicapai sebelum dia mahu melangkah keluar daripada rumah banglo itu

" Eh kau nak pergi mana ? " tanya Arina , pelik dia melihat adiknya yangg membawa beg baju itu

" Nak balik rumah Arziq lah " balas Arziq tanpa melihat wajah kakak sulongnya

" Kau marah aku halau kak ngah kau ? " tanya Arina dengan nada dingin nya sambil matanya memandang Arziq dengan pandangan tajam

" Huh .. pergi dulu " Arziq malas mahu melayan kakaknya terus dia keluar sebelum dia duduk dikerusi sebentar memakai kasutnya

" Nanti Arziq " Arina turur berdiri dari sofa yang diduduknya sebelum dia keluar dan berdiri dihadapan Arziq

" Apa ? "

" Kau jangan nak buat perangai , kau lupa ? Kalau kau bukak mulut jugak pasal kes tu , kau pun akan terima padah yang sama macam dua orang perempuan tu ! " tiba-tiba nada suaranya meninggi

" Suka hati along lah , along sedar tak yang along buat macam tu dekat adik beradik kandung along sendiri , along tak kesian ke kat diorang ? " kini nada suara Arziq pula sedikit meninggi , sudah muak dengan perangai along nya , terus dia berdiri dan mahu pergi ke keretanya namun Arina menghalang dengan tangannya

" Wah .. dan insaf " tergelak sinis Arina

" Jangan ingat aku lepaskan kau " sambung Arina lagi

" Pergi lah berambus , nak sangat keluar kan " terus Arina berjalan masuk kedalam rumah semula , sempat dia melanggar kasar bahu Arziq

Arziq menghiraukan kakaknya sebelum dia terus kearah keretanya dan masuk kedalam keretanya , beg nya diletakkan disebelahnya ditempat duduk penumpang itu

Gambar Arleena didalam dompetnya dilihat sebelum dia mengusap gambar itu dengan perasaan rindu kepada adiknya

" Maafkan abang .. "





Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now