Bab 9

366 25 0
                                    

Arleena yang terlena itu dipandang oleh Areeka , tangannya dipegang kemas oleh Arleena , tanda Arleena mahu dia temannya disini

Kepala Arleena yang berlapik tudung itu diusap lembut olehnya , kesian sungguh nasib adiknya seorang ini .. selalu ditimpa masalah namun masih kuat menghadapi masalahnya

Areeka perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan Arleena dari tangannya sebelum satu ciuman dilabuhkan didahi Arleena , beg tangannya di ambil sebelum dia keluar daripada wad Arleena , Harrez yang sedang duduk diluar itu dipandang sebelum dia menegurnya

" Kenapa adik aku jadi macamtu " Harrez yang sedang duduk itu terus berdiri sebelum Areeka dipandangnya

" Aku taktahu .. aku minta maaf awal-awal kalau aku punca semua ni .. tapi kau bawak lah dia duduk dengan kau bagi keselamatan dia " cadangan Harrez mendapat gelengan daripada Areeka

" No , lagi bahaya kalau dia duduk rumah aku .. aku mana ada rumah , aku duduk dengan parents dengan adik beradik aku " Areeka mengemaskan rambutnya yang sedikit berserabai itu

" Lagi selamat kalau dia duduk dengan parents , adik beradik dia " Areeka hanya mendiamkan diri , hanya mereka-mereka sahaja tahu sebabnya

" Kau tak faham , yang penting dia tak boleh duduk dengan aku .. "

Harrez hanya diam sebelum dia mahu melangkah pergi dari hospital itu , namun Areeka menghalang

" Sekejap , boleh takkau cerita apa yang jadi sekarang ni ? Kenapa dengan keselamatan adik aku " tanya Areeka lagi

" Bahaya , aku taknak libatkan lagi ramai orang .. cukuplah dia dah kena macamtu "

" Ya tahu , tapi benda ni melibatkan adik aku , aku takkan diam je " Areeka tetap mahukan jawapan daripada Harrez

Harrez mengeluh sebelum dia memandang Areeka sekilas , telefon miliknya dikeluarkan sebelum number Ryan didailnya

" Bro , kau tolong datang hospital sekejap jaga Arleea .. ajak Ziel dengan Qay sekali " Ryan yang berada ditalian hanya mengikut sahaja sebelum talian itu diputuskan , telefon itu disimpan semula sebelum dia memandang Areeka semula

" Jom "

.

Harrez membawa Areeka ke markas rahsianya , ini bagi mengelakkan pengintip Liam tidak menjumpai dirinya

" Cerita la cepat " Areeka yang sedang duduk dihadapan Harrez itu berpeluk tubh sambil menunggu Harrez membuka cerita

" Huh .. haritu aku kena tangkap dengan musuh aku.. Liam , dia bawa aku dalam hutan sebab nak bunuh aku , time tu aku taktahu macam mana Arleena boleh ada dekat situ .. aku terkejut bila Liam nak bunuh aku ada panah dari mana-mana arah , tiba-tiba kena dekat anak buah dia , lepastu Arleena lah yang selamatkan aku .. sekarang ni , Liam mesti marah dekat dia sebabtu Arleena target dia sekarang " Areeka hanya diam memasang telinga mendengar Harrez terangkan apa yang terjadi

" Sebabtu dia bakar rumah adik aku ? "

Harrez hanya menganggukkan kepalanya

" Huh bodoh punya jantan "  kata Areeka

" Aku taknak lepasni Liam cederakan Arleena , sebabtu aku suruh dia duduk dengan kau " kata Harrez lagi

" Kau tak faham ke ? Aku kata tak boleh , tak bolehlah ! Lagi bahaya kalau dia duduk dengan aku dengan adik beradik puaka dia ! " tidak sedar dia terlepas cakap ayat terakhir itu

" Adik beradik puaka ? Apa maksud kau ? " Areeka hanya menunduk mendiamkan diri

" Hey aku tanya kau ni , apa maksud kau ? Apa adik beradik dia buat kat dia ? " terselit nada tegas dalam suara Harrez

" Kau tak perlu tahu " Areeka mengambil beg tangannya sebelum dia mahu keluar daripada bilik Harrez

" Hey tunggu ! " Areeka yang tengah memegang tombol pintu itu berhenti

" Kau jangan cakap dengan sesiapa pasal hal ni , kalau tidak , nyawa kau melayang " Areeka hanya tergelak sinis sebelum dia membuka pintu bilik itu dan keluar , pintu ditutup rapat-rapat

" Liam ... " Areeka sudah mengempal tangannya menjadi penumbuk

" Jaga kau "

.

Arziq yang sedang melihat nama-nama pesakit disitu terhenti di satu nama yang sangat dikenalinya

" Adik ? " nama Arleena disitu dilihat lagi sebelum dia pergi ke kaunter pertanyaan itu

" Ye doktor , ada apa ? " nurse dihadapannya dipandang sebelum kertas nama pesakit itu diberi kepadanya

" Tolong cari wad mana pesakit ni " nurse itu terus membuat kerjanya mencari nama Arleena di wad mana

" Wad vip , bilik no 23 , tapi dia dah nak balik harini " terkejut Arziq mendengarnya , sepanjang dia menjaga hospital ini , lama sudah bilik vip itu tidak berpenghuni

" Terima kasih ya " terus dia pergi ke bilik vip itu

.

Arleena yang sedang duduk dikerusi tepi tingkap sambil memandang keluar itu terkejut apabila pintu biliknya dibuka , setahu nya , Harrez baru call cakap on the way tadi , takkan dah sampai ?

Arleena memandang lelaki itu sebelum dia berdiri

" Adik .. "

Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now