Bab 26

273 15 0
                                    

Seminggu kemudian ..

Semuanya masih seperti biasa , Harrez sudah pun tiba dihadapan rumah Arleena , tujuan dia datang hanya untuk memeriksa keadaan Arleena

Aku tak suka dia eh

Risau je

Harrez keluar dari keretanya sebelum dia berdiri dihadapan pagar rumah itu , pagar masih berkunci

Harrez mengeluarkan telefonnya sebelum contact Arleena ditelefonnya

Namun Arleena tidak angkat, seperti telefonnya sudah mati

Harrez terus memanjat pagar itu sebelum dia terus ke pintu rumah itu , pintu diketuk tiga kali dan nama Arleena dipanggil , namun Arleena tidak menyahut

Harrez tahu Arleena masih didalam kerana kasutnya masih berada diluar

Dengan tindakan spontan Harrez terus merempuh pintu rumah itu dengan kuat sebelum pintu itu terbukak juga akhirnya

Harrez terus masuk kedalam rumah sebelum dia masih memanggil nama Arleena

Dia pergi kedapur dan ..

" Arleena ! " Harrez terus meluru ke Arleena yang sedang terbaring didapur tidak sedarkan diri itu , mukanya kelihatan pucat

Muka Arleena ditepuk-tepuknya sebelum telefonnya dikeluarkan dan nombor Arziq ditelefonnya

" Arziq ! Datang rumah Arleena ! Sekarang ! "

.

Arleena membuka matanya perlahan-lahan , apa yang dia lihat Arziq , Harrez berada disitu

" Adik .. " Arziq terus meluru ke arah Arleena sebelum dia menolong adiknya untuk duduk dan bersamdar di kepala katil

" A-air " serak suara Arleena meminta air

Arziq terus menyerahkan air mineral didalam cawan yang dituang air sebelum terus disua kemulut Arleena , Arleena perlahan-lahan meminum air itu sebelum dia menolak perlahn cawan itu tanda tidak mahu lagi

" Arleena " Arleena memandang Harrez yang memandang tajam ke arahnya

" Kau kenapa tak makan ? Kenapa kau sekaa diri kau sendiri? " tegas nada Harrez bertanya kepada Arleena

Arleena hanya menunduk meramas jari-jemarinya

" Adik .. kenapa adik tak makan ? Doktor kata adik pengsan sebab adik kurang air , dan adik takde tenaga sebab adik tak makan .. kenapa dik ? " kepala Arleena diusapnya sebelum dia merenung wajah adiknya

" Arleena aku tahu kau sedih sebab Areeka dah tak ada .. tapi .. kau rasa dia suka ke tengok kau macam ni kalau dia masih ada ? " tanya Harrez lagi

" Kau tak faham .. " jawab Arleena perlahan

" Takde apa yang aku tak faham Arleena .. kau kena faham diri kau sendiri " Harrez berpeluk tubuh sendiri dan memandang Arleena

" Adik .. adik tak sayang abang ke ? " pertanyaan Arziq mendapat pandangan sayu daripada Arleena

" Apa abang ni .. " Arziq yang sedang duduk dikerusi sebelah katilnya itu terus dipeluk leher Arziq sebelum kepalanya diatas bahu Arziq

Air matanya sudah mahu mengalir

" Dah tu .. kalau sayang abang kenapa seksa diri adik macam ni ? Abang tak suka tahu tak " Arziq turut mengusap lembut belakang badan Arleena bagi menenangkan adiknya

" Adik rindu akak .. " dan air matanya mula mengalir laju kembali

Arziq melepaskan keluhan berat sebelum dia hanya mengusap belakang badan Arleena untuk menenangkan adiknya

Berapa lama mereka dalam keadaan begitu sebelum Arziq sendiri menolak lembut badan adiknya kerana dia hal sebentar

" Kau tolong tengok adik aku sekejap .. aku ada hal dekat office aku " Harrez hanya mengangguk kepala sahaja

" Abang pergi kerja sekejap .. adik nanti makan tau .. tu abang dah bawak bubur tu , abang masak sendiri tau " Arleena mengangguk lemah sahaja

Arziq berjalan ke arah Harrez sebelum dia berkata sesuatu kepada Harrez

" Aku percayakan kau bro .. " dia menepuk bahu Harrez sebelum dia terus keluar meninggalkan mereka berdua

Harrez duduk dikerusi yang Arziq duduk sebentar tadi

" Nak makan tak ? " tanya Harrez , Arleena hanya diam sahaja

" Arleena .. taknak lah tengok kau sedih macam ni .. " nada suara Harrez mula bertukar lembut berbeza dari tadi

" Semua salah aku " kata Arleena

" Tak .. ni bukan salah kau , ni takdir .. berhenti salahkan diri kau " Harrez mula memujuk Arleena , dia tahu diwaktu begini Harrez tidak boleh berkasar sangat

" Keluarga aku semua salah kan aku .. memang salah aku .. aku memang tak berguna .. " Arleena mengesat air matanya

" Semua orang tak sayang ak- "

" Sayang .. " Terus terhenti percakapan Arleena apabila Harrez tiba-tiba mencelah

" Aku sayang kau " luah Harrez tiba-tiba

Arleena memandang Harrez tidak percaya , namun Harrez masih memandang Arleena dengan wajah serius

" Ha ? K-kau cakap apa ni ? " terus tergagap Arleena dibuatnya

Harrez tersenyum nipis sebelum dia tergelak kecil

" Dahlah .. jom makan , kau kena makan , biar kuat sikit , ni tidak .. menangis je kerja " sakat Harrez

Arleena tetap ketawa kecil sebelum dia mengesat air matanya

Harrez membuka penutup makanan itu dan sudu dicapainya , bubur didalam mangkuk itu digaul perlahan sebelum dia mula mengambil sesudu bubur itu dan ditiupnya

Terus sudu itu disua ke mulut Arleena

" A-aku boleh makan sendir- "

" Makan " kata Harrez sepatah

Perlahan-lahan Arleena mendekatkan mukanya ke arah sudu itu sebelum bubur disudu itu masuk kedalam mulutnya

" Makan sampai habis eh " kata Harrez lagi

" Kalau tak ? " tanya Arleena mahu mengusik Harrez

Harrez memandang tajam kearah Arleena

" Mengada "

Arleena tergelak lagi sebelum Harrez kembali suap dia makan

Makan jela dah orang suap


Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now