Bab 4

434 32 0
                                    

Arziq masuk kedalam rumah sebelum kakinya mahu melangkah ke biliknya namun suara kakaknya Ariya menghentikan langkahnya

" Wey adik ! Asal muka kau lebam-lebam ni ha ?! Kau kena pukul ke ?! " tanya Ariya sambil menilik muka Arziq

" Sikit je ni kak..takpelah.. " Arziq menepis lembut tangan kakaknya sebelum dia mahu meneruskan langkahnya ke biliknya

" Eh berhenti kau ! Nak lari eh ! Kau kenapa ni jawab dulu soalan akaklah Arziq ! " Arziq hanya diamkan diri tidak menjawab doalan Ariya

" Nanti Arziq jawab ya.. bagilah Arziq rehat dulu " Arziq terus berjalan meninggalkan kakaknya dan pergi ke tingkat atas dan masuk kedalam biliknya

Arziq menuju ke meja yang terletak sebelah pintu bilik itu , dia mengambil frame gambar dan melihat gambar dia bersama Arleen ketika kecik yang sedang bermain di pantai dengan senyuman lebar menghiasi bibir mereka berdua

Arziq yang sedang membuat istana pasir itu bersama Arleen yang sedang meletakkan cengkerang di istana pasir itu , sentuman Arleen yang lebar itu mencuit hati Arziq , tanpa dia sedar..dia mengusap gambar adiknya itu dan cecair jernih mula mengalir dari matanya

" Maafkan abang..abang terpaksa buat semua tu dulu..abang takut .. maafkan kami sebab jadikan Arleen mangsa " dia memeluk gambar itu dan tangisannya makin laju

Tanpa dia sedar Areeka hanya mendengar percakapannya disebalik pintu biliknya

" mangsa ? "

.

Arleena yang memegang panahnya dengan kems sebelum panah itu diacu kehadapan dipokok yang audah ada tanda untuk dia memanah disitu

Zzap !

Tepat dia memanah kena bahagian tengah pokok itu yang sudah ditanda olehnya , sudah menjadi kebiasaan dia berlatih memanah disitu sahaja , satu panah lagi diambil di atas meja disebelahnya dan diletakkan di pemanahnya semula sebelum panah itu diacu semula ke arah pokok itu

Sedang dia mencari titik yang sesuai untuk memanah tiba-tiba di terdengar seperti seseorang membuka pintu rumahnya , terus kepala dia menoleh kebelakang dan matanya meliha pintu rumahnya yang perlahan-lahan tutup semula

Tanpa berlengah perlahan-lahan dia berjalan kerumahnya sebelum dia memanjat tingkap kayu rumahnya dan masuk kedalam dengan berhati-hati , panah yang masih ditangannya di pegang kemas dan diacu kehadapan

Sehinggalah dia ternampak seorang wanita yang sedang berjalan perlahan-lahan melihat sekeliling rumah itu seperti mencari sesuatu , dia tidak dapat melihat muka wanita itu dengan jelas kerana wanita itu memakai hoodie dan menutup kepalanya dengan hoodie tersebut

Tangan wanita itu mahu membuka pintu bilik Arleena , terus Arleena melepaskan panahnya ke arah tombol pintu bilik itu

Zzap !

" Ahh ! " jerit wanita itu sebelum dia menoleh kebelakang melihat Arleena yang sedang memandangnya , terus dia memanjat tingkap yang berada disebelah bilik Arleena dan keluar daripada situ

" Jangan lari ! " Arleena mahu mengejar wanita itu namun sedang dia memanjat tingkap dia terlepas pegangan di tingkap kayu itu dan terus terjatuh kebawah

" Agh ! " dia memegang lutunya yang terasa sakit kerana lututnya yang mendarat dahulu kebawah sebelum badannya

Wanita yang sedang berlari itu terus menoleh memandang Arleena yang sedang memegang lututnya , kakinya secara tiba-tiba mahu melangkah ke adah Arleena namun dia menghentikan langkahnya dan terus sambung melarikan diri semula

Arleena hanya melihat wanita yang sudah melarikan diri itu , lutunya dipegang sebelum dia cuba untuk berdiri semula

" Argh ! " baru dia mahu berdiri namun sakit di lutunya begitu terasa sehingga dia terjatuh semula

Dia perlahan-laha cuba berdiri semula dan kalini dia dapat berdiri dengan baik namun kakinya perlahan-lahan berjalan masuk kedalam rumah dan mahu berehat

.

Arziq yang sedang duduk disofa dan menonton tv itu terkejut apabila kedua kakaknya tiba-tiba duduk dikerusi belah kiri dan kanannya

" Ziq , ceritalah kat kitorang kenapa dengan muka kau yang lebam-lebam tu " kata Arina sambil memeluk tubuh memandang wajah adiknya

" Takde apalah kak.. sikit je ni " balas Arziq dan dia mula memberikan perhatian ke tv semula

" Cerita lah betul-betul ! " suara Ariya ternaik sedikit , geram dengan Arziq yang tidak mahu membuka mulut dari tadi

" Ish tak payah jerit-jeritlah " bingit telinganya mendengar Ariya bercakap dengan kuat itu

" Cerita sekarang Arziq Syah " suara Arina bertukar tegas , Arziq mengeluh sebelum dia mula mahu ceritakan semua kepada kakaknya

" Aku ada pinjam duit dengan gangster.. " pengakuan Arziq itu membuatkan kedua kakaknya terbeliak mata dan terkejut

" Apa ?! Ku dah kenapa bengap sangat ni ?! Dah miskin sangat sampai pinjam duit orang ?! Hah ?! " Arina mula berdiri dari duduknya dan mengambil tempat duduk disebelah Arziq

" Aku terdesak masatu.. " Ariya menepuk dahinya sendiri .. alahai adik sorang ni

" Lepastu harini .. aku kena belaash dengan diorang sebab hutang tu dah lama tak bayar.. aku taknak mintak duit korang sebab ni aku yang pinjam sendiri jadi aku nak bayar sendiri .. " Arziq menundukkan wajahnya sambil bermain dengan jarinya sendiri , tidak mahu melihat muka garang kedua kakaknya

" Kau ni kan ! Nasib baik tak mampos gangster tu belasah kau ! Dah esok aku bagi duit kau bayar balik hutang gangster tu .. aku taknak dengar kau berhutang lagi dengan diorang ! " kata Arina

" Eh tapi .. macam mana kau terlepas dari diorang ? Kau lawan dengan diorang ke ? " soalan Ariya itu membuatkan Arziq mengangkat wajahnya semula

" Ar-Arleen yang tolong Ziq "

Kedua muka kakaknya jelas terkejut dan kelihatan cuak , budak tu masih hidup ?

" Ma-macam mana dia boleh jumpa kau ?! " soal Arina dengan cemas

" Aku taktahu.. aku tengok dia ada dekat situ dan dia yang tolong aku .. " Ariya memandang wajah Arziq dengan riak wajah tidak percaya

" Jap jap .. kau confirm ke tu Arleen ? Entah-entah kau salah orang ? " soal Arina kembali

" Memang Arleen , aku ajak dia bercakap kat cafe lagi .. tapi dia tetap taknak bercakap sangat dengan aku .. " teringat balik wajah adiknya membuatkan dia tenang semula , adiknya sudah banyak berubahbsekarang nak dibandingkan dengan dulu sangat berbeza

" Macam mana ni ? Habis kalau rahsia kita bocor kak .. " kata Ariya kepada Arina

" Diam ! Selagi dia tak jumpa mama dengan papa.. kita selamat .. lagipun aku yaking mama dengan papa takkan percaya dia " kata Arina dengan yakin

" Areeka ? "

Arina terdiam seketika , lupa pula dia yang Areeka juga saksi pda hari itu

" Dia takkan bukak mulut , aku yakin .. kalau dia bukak mulut , dia akan terima nasib yang sama macam budak sampah tu ! " enntah mengapa hati Arziq membara apabila Arina menggelar kan adik mereka sebegitu

" Kau jangan panggil Arleena macamtu lah kak ! " terkejut Arina apabila dijerkah oleh Arziq tiba-tiba

" Hey , kau ni dah kenapa ? Acah baik pulak .. kau lupa kau pun halau dia masatu , tak payah nak pura-pura baik eh " kata Arina sebelum dia menolak Arzuq ketepi dan berjalan menuju masuk kedalam biliknya

Tanpa mereka sedar Areeka hanya memasang telinga mendengar semua percakapan mereka daripada tingkat atas , dia bersembunyi dibalik bilik Datin Zariq dan Dato Arry , dia tiba-tiba tersenyum sinis

" Tak lama lagi .. "

Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now