Bab 28

267 15 0
                                    

Arleena perlahan-lahan berdiri sebelah katil yang menempatkan Arziq yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu , kepalanya yang berbalut Arleena sentuh sebelum tangannya jatuh kepipi Arziq

Perlahan-lahan air matanya gugur lagi

" Abang .. " dia terduduk dikerusi disebelahnya sebelum air matanya dengan laju mengalir

Memang orang akan selalu ingat dia kuat .. namun kalau melibatkan orang yang dia sayang .. dia memang lemah

" Encik Arziq koma .. mungkin akan mengambil masa sedikit untuk dia sedar semula "

Makin rapuh hatinya mendengar kata doktor itu tadi .. abangnya koma

Sekarang dia mahu cari .. siapa yang melanggar abangnya

Terus dia mengesat air matanya , sebelum di berdiri dan keluar dari wad itu

Dia perlu cari Qay

.

Arleena terus masuk kedalam rumah Harrez sebelum dia menghampiri Qay yang sedang membaca novel itu

" Qay " panggil Arleena

" Yes ? " senyuman lebar ditayang hadapan Arleena

" Boleh tolong aku tak ? " tanya Arleena

" Yeah , sure .. nak tolong apa ? " tanya Qay sebelum dia meletak novelnta ketepi

.

Arleena hanya melihat Qay yang fokus membuat kerjanya , tangannya lincah menari-nari di atas keyboard itu

Apa yang dia minta tolong ?

Dia hanya meminta Qay hack cctv ditempat Arziq dilanggar

Macam mana dia tahu tempat Arziq kena langgar ?

Kerana dia sendiri tanya dengan orang yang membawa abangnya kesitu

" Arleena , here "

Qay berganjak ketepi sedikit sebelum member ruang kepada Arleena melihat dengan lebih dekat ke arah monitornya

Arleena melihat dengan teliti rakaman itu , dapat dia lihat abangnya sedang mahu ke keretanya , tiba-tiba ada satu kereta hitam laju ke arah abangnya sebelum kereta itu terus melanggar tubuh Arziq

" Qay , boleh tolong zoom tak nombor plate kereta ni ? " Arleena menunjuk ke arah kereta yang melanggar Arziq itu

Qay tanpa banyak cakap terus zoom ke arah nombor plate kereta itu

Macam pernah nampak je nombor plate kereta ni ..

Arleena cuba mengingat dimana dia terlihat kereta ini

Sedang dia cuba mengingat .. tiba-tiba dia teringat

" T-takkan la .. " Arleena memandang lagi kereta itu

Memang sah kereta orang tu

Tangan Arleena terus naik menekup mukutnya sendiri, tidak percaya semua ni

" Arleena ? Kau okey ? " risau pula Qay melihat Arleena yang seperti jelas terkejut itu

Arleena hanya berdiam diri sebelum dia terus keluar daripada bilik Qay

" Arleena ! "

Qay yang memanggilnya tidak dihiraukan , dia terus menyusun langkah keluar daripada rumah Harrez sebelum dia pergi ke motorbike nya , helmet terus dipakai sebelum motor itu dihidupkan dan dia terus keluar daripada kawasan rumah Harrez

" Kau memang tak guna "

.

Arina yang baru bersiap dengan beg bajunya kelam kabut mencapai kunci kereta dan mahu keluar daripada rumah itu

Namun yang membuatnya terkejut apabila ada motorbike masuk ke kawasan rumahya

Dia kenal gadis yang sedang menunggang motorbike itu

Arleena

Arleena terus memberhentikan motornya sebelum dia turun dari motorbike nya , helmetnya terus dibuka

Arina meletakkan beg bajunya kebawah sebelum dia memeluk tubuh memandang Arleena yang sedang menuju ke arahnya

" Hai anak tak guna ? Ingat dah ma- "

" Kau memang dah melampau ! "

Buk !

Tanpa sempat Arina mahu menghabiskan ayatnya Arleena terus menumbuk wajah Arina

Arina yang tidak bersedia terus terjatuh sebelum dia memegang pipinya yang terasa sakit itu

" Kau tumbuk aku ?! Kau memang- "

" Apa kau nak sebenarnya ?! Ha ?! " suara Arleena meninggi ketika itu , dia memang tidak boleh bersabar kali ni

" Apa masalah kau ni ? Tak cukup dah bunuh Areeka , nak bunuh aku pulak ? Ha ? Dasar pembunuh " penuh sinis ayat Arina

Arina berdiri semula sebelum dia memandang Arleena dihadapannya

" Siapa pembunuh ? Ha ?! Kau ingat aku tak tahu ke ?! " Arina agak terkejut namun dia masih mengawal riak wajahnya

" Tahu apa ? Eh kau tak payah buat kecoh lah dekat sini .. blah lah , semak " Arina mahu masuk kedalam kereta nya namun Arleena memegang kuat lengannya

" Eh apani lepaslah ! Gila ! " dia cuba melepaskan lengannya namun Arleena memegang kuat lengannya

" Eh akak ! " Ariya yang baru turun dari tingkat atas terus ke kakaknya

" Eh lepaskan kakak aku lah ! " Ariya menolak kasar tubuh Arleena

" Shut up " Arleena memandang tajam wajah Ariya

Ariya agak gerun melihat pandangan membunuh Arleena

" Kalau kau berkasar dengan kakak aku , aku call polis ! " ugut Ariya

Namun Arleena hanya tergelak sinis

Muka Arina sudah cuak ketika itu

" Call lah " cabar Arleena , dia terus melepaskan tangan Arina dengan kasar

Arina terus terundur kebelakang , Ariya memegang bahu Arina melindungi kakaknya

" Tapi bukan aku yang polis tangkap .. " kata Arleena

Ariya memandang pelik ke arah Arleena apa maksudnya ?

" Tapi .. " mata Arleena melirik kepada seseorang

" Dia " Arleena tunding jarinya lurus ke arah..

Arina




Tbc

The Hero'sWhere stories live. Discover now