BAB 4

6.8K 402 99
                                    

'My life is you baby'









"Korang jangan lupa datang tau majlis pertunangan aku nanti" Fatin memesan sekali lagi kepada dua orang rakannya itu.

"Iyer, kami akan datang. Hari Gemilang kau kut! Kelar leher sendirilah kalau tak datang" kata Diana

"Betul tu! Tapi kami still tak sangka yang bakal tunang kau tu Abang Rayyan. Gempak lah! Dalam diam eh kau." Sahut Amira pula

"Hmm... Apa boleh buat, jodoh"

"Apa-apa pun kami tetap doakan korang bahagia hingga ke Jannah. Pertahankan hubungan korang sebaik mungkin dari apa segala ujian dan dugaan" pesan Amira kepada Fatin. Diana pula menganggukkan kepalanya sebagai mengeyakannya.

"Betul. Kalau kau perlu kan kami, beritahu jer. Kami akan sentiasa berada dengan kau. Ingat, walaupun status kau berubah. Tapi persahabatan kita tetap tak berubah. Selamanya kekal bertiga hingga ke Jannah . Aamiin" sejurus itu Diana memeluk erat rakannya itu

"Nak hug juga" memuncung tirus mulut Amira dibuatnya

"Come little girl" Diana menggamit rakan karibnya itu.

Dikala mereka berpelukan, tiba-tiba sahaja Fatin bersuara. "Kenapa mamat tu tengok sini eh?"

"Siapa?" Tanya Diana. Amira pula memusingkan kepalanya ke belakang. Membuntang matanya apabila melihat seorang lelaki yang menegurnya di kafe sewaktu mereka masuk ke University ini sedang melambai-lambai dan tersenyum kearah mereka

"Kau kenal ker Mira?" Tanya Fatin

"Huh? Tak... Kenal pun sebab dia Tiba-tiba datang tegur aku masa first day kita masuk University dekat kafe. Tu jelah kitorang jumpa. First and last. Selepas tu lesap." Jelas Amira kepada dua orang rakan karibnya

"Hai Mira!" Tegur Ulwan secara tiba-tiba. Entah sejak bila dia berjalan datang ke sini. Rasanya tadi elok jer duduk dekat meja hujung sana.

"Hai Ulwan" balas Amira bersahaja. Rasanya ini kali kedua mereka bertegur sapa selepas berapa minggu tak berjumpa. Fatin menyinggung perlahan lengan Amira dan memberikan isyarat mata kepadanya

"Ouh! Kenalkan ni kawan-kawan saya. Fatin dan Diana"

"Hi! Ouh, ni lah kawan-kawan yang awak tunggu tu kan?" Fatin menjongket keningnya sedikit apabila mendengar pertanyaan itu. Dapat dia rasa perasaan yang tidak enak dengan lelaki muda ini.

"Don't do that face. Hahaha, Saya selalu nampak korang bertiga bersama"

"Okay" balas Diana ringkas dengan mengeyakannya sahaja

"Ulwan pelajar sini juga kah?" Tanya Fatin

"Haah. Oops! I think I didn't introduce myself properly. My name is Ulwan Zhefly bin Uwais Zarif. Student of Diploma Science Computer."

"Ouh mesti cekap dalam bidang IT ni" puji Amira

"Hehehehe masih mentah lagi" Ulwan mengusap lehernya bagi menghilangkan rasa gemuruhnya. Entah kenapa hatinya berdegup laju pula apabila melihat pandangan mata Amira yang seakan memujanya itu.

"Nanti boleh lah tolong ajarkan saya berkaitan IT ni" Amira menunjukkan reaksi positif apabila Ulwan mengenalkan dirinya secara menyeluruh. Tidak seperti ketika kali pertama mereka berjumpa. Masam jer muka

"In Syaa Allah" Ulwan menunjukkan senyuman manisnya hingga lesung pipitnya kelihatan

"Boleh saya dapatkan number telephone awak?" Tanya Ulwan secara tiba-tiba. Terlunas juga niatnya yang terpendam sejak dari tadi lagi. Memang dia datang sini semata-mata ingin meminta number telephone gadis molek itu.

His Happiness ll COMPLETED ✅️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang