'We loved with a love that was more than love' - Edgar Allan Poe
"Dah puas mengintip?" Bibir Chairil tersenyum sendiri. Tangannya menyinsing lengan baju kemeja yang dipakainya sehingga mempamerkan urat-urat hijau yang timbul
Tajam jelingan gerangan tersebut memandang Chairil yang membelakanginya.
"Sejak bila deria abang tajam ni?" Sindir Amira. Dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu berdiri tegak dibelakang Chairil.
Chairil beralih kebelakang berdiri menatap Amira secara berhadapan. Keningnya terjongket ke atas manakala tangan kirinya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Well let's just say instinct seorang suami" Mata bertemu mata. Seperti biasa renungan yang diberikan oleh Chairil mampu membuatkan jantung Amira berdetak tidak tentu arah.
Amira cuba untuk bereaksi tenang. "Kenapa lama sangat?" Bibir dicebir. Terselit nada kecemburuan disitu.
Bibir Chairil menyenget sebelum berjalan perlahan mendekati Amira. Dia menjilat bibirnya yang terasa kering"Abang bagi special treatment dekat 'tetamu' kita tadi? Kenapa? Jealous?" Tak semena-mena tubuh kecil Amira diangkat tinggi untuk berada sejajar dengan wajah Chairil. Mata Amira membulat besar. Mujur dia sempat berlingkar pada tubuh tegap Chairil.
"Apa ni?! Lepaslah! Lepas! Let me go!" Amira meronta didalam dukungan itu. Chairil lihat tidak terkesan malah dia semakin mengetatkan lagi dukungannya yang seperti mendukung koala bear.
"Why should I?" Soal Chairil dengan suara serak nan basah. Dengan lihai dia menyingkap sedikit gaun hitam yang tersalut pada tubuh Amira sehingga ke betis. Kaki jenjangnya pula laju berjalan ke ruang atas.
"Abang bau darah!" Rengek Amira sambil menyepit hidungnya apabila berada dekat dengan Chairil. Tak sanggup dia nak hidu bau kemeja hitam yang dipakai oleh Chairil. Bau hanyir itu membuatkan dia nak termuntah.
"Then tolong abang untuk cucikannya"
"Tak nak! Suruhlah dia cucikan" Kecut perut dia apabila melihat tatapan tajam dari Chairil. Tangan besar itu mencengkam kuat betisnya sebelum memberi usapan yang sensual.
"Don't be jealous with that witch, little pumpkin. Daddy also can give you the special treatment too but in a different way. Only you and me know about that way" Chairil berkata dengan serius lalu memberi pijitan lembut pada sang isteri tercinta.
***
"Abang nak keluar jumpa kawan sekejap boleh? Kita orang ada meeting sikit" Chairil mengelus surai panjang lebat itu dengan lembut. Sesekali dia menjatuhkan kucupan pada jari-jemari Amira.
"Siapa?" Terkedip-kedip mata Amira melihat Chairil. Selimut yang menyeliputi dirinya disebak perlahan
"Rae Kyrell" Amira menganggukkan sahaja kepalanya. Dia sudah sedia maklum tentang sahabat suaminya itu.
"Bagi kiss sikit" Tanpa aba-aba Chairil menyauk tubuh kecil itu masuk ke dalam pelukannya lalu diberikan ciuman bertalu-talu pada wajah mulus Amira. Terkekek gembira Amira dibuatnya.
"So little pumpkin, what should I bring for you while coming back from meeting?" Seperti biasa sebelum keluar Chairil akan bertanya kepada Amira terlebih dahulu untuk memenuhi keperluan isterinya. Netra coklatnya memandang lunak ke arah Amira. Pelukannya juga dieratkan.
"A pair of eyes which doesn't look at any other woman except me" Jawab Amira sambil mengusap lembut rahang tajam Amirul. Dia memberikan senyuman lembut kepada sang suami. Kali ini, jawapannya lain daripada yang lain.
KAMU SEDANG MEMBACA
His Happiness ll COMPLETED ✅️
RomanceSHORT STORY Pertemuan mereka bermula ketika ia berada di majlis sahabat karibnya. Pertemuan yang boleh membuatkan hatinya berdegup kencang. Dari situ, dia mula memendam rasa kerana dia berfikir, mungkin ini hanyalah permainan syaitan. Tapi tanpa dij...