BAB 53

2.9K 173 44
                                    

'Distance can be beautiful when you're waiting for Allah to bring you both together on the halal way'






Chairil yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu menapak menuju ke arah sang isteri yang terbaring di atas katil. Bibirnya mengoyak senyuman nipis melihat wajah tenang Amira. "Assalamualaikum my little pumpkin." Dia mengelus rahang tajam itu dengan lembut.

"Sayang abang ini nampak makin kuruslah. Sayang tak nak bangun makan nasi ayam geprek kah? Kalau sayang bangun abang akan terus belikan nasi ayam geprek dekat sayang. Kan sayang dah lama nak makan nasi itu." Chairil memasang wajah ceria cuba mengajak sang isteri untuk berbicara.

"Sayang bangunlah boleh kita makan sama-sama, solat sama-sama, jalan sama-sama, berlari berkejaran sama-sama. Sayang tak nak?" Dia meraih jari-jemari runcing Amira lalu diletakkan pada pipinya yang mula ditumbuhi kumis nipis. Benar, hampir satu bulan ini dia langsung tidak sempat menguruskan penampilannya. Didalam fikirannya sekarang cuma Amira, Amira dan terus Amira yakni sang isteri tercinta.

"Abang rindu nak lakukan semua benda itu dengan sayang." Chairil mengucup lembut jari-jemari itu. Dia melepaskan ketawa kecil apabila didalam mindanya bermain segala memori mereka bersama.

"Alamak! Abang lupa nak sapukan lotion dekat sayang tadi. Kejap ya abang tolong sapukan dengan losyen" Dia meraih botol yang berwarna merah jambu berjenama Enchanteur perfumed body lotion yang sudah dia sediakan didalam beg mereka lalu kembali memegang tangan Amira. Sejak mereka berkahwin dia perasan setiap masa Amira tidak pernah sekalipun lupa untuk menjaga kulitnya. Setiap masa selepas mandi mesti akan disapu pelembap bibir dan juga losyen. Mungkin disebabkan itulah kulitnya sentiasa mulus dan wangi.

"Your favourite scent is my favourite too, sugar. Wangikan?" Bau rose yang datang dari losyen itu semerbak didalam bilik yang mereka duduki bersama.

"Tapi kalau sayang tak pakai pun sayang tetap wangi. Nanti kita beli yang bau natural sajalah ya, untuk rose punya sayang pakai untuk abang saja. Abang tak nak sayang wangi-wangi sangat nanti orang lain dapat hidu bau sayang. Cukup abang saja yang dapat cium bau sayang" Ujarnya dengan lihai menyapu cecair itu pada kulit Amira.

"Sayang nak apa sayang beritahu saja abang. Abang akan tunaikan. Sayang nak abang masak, abang akan buat, sayang nak abang kemas rumah pun abang akan buat. I'm your knight, right? Alang-alang itu bolehlah abang jadi suami dan ayah yang limited edition, tak gituw dinda? Nanti mesti semua orang jealous sebab sayang dapat suami macam abang." Dalam tawaan hambar itu tiba-tiba sahaja dia melihat ada titisan air yang terkena pada pergelangan tangan Amira. Tanpa sedar dia menyentuh pipinya dan mendapati ianya sudahpun basah.

"Maaf, lately ini abang kerap sakit mata" Dia menyeka air mata yang mengalir tanpa henti. Terus diseka tetapi entah kenapa air itu tetap saja terus mengalir.

"Sakit sangat sampai keluar air mata. I'm sorry sayang" Kembali menjalankan tugasnya dia menyapu losyen itu pada tubuh Amira sambil mengurut sedikit telapak tangan dan kaki Amira. Matanya yang masih berbalam-balam diseka laju.

"Maaf sebab selama ini sering berkelakuan nakal dan susahkan sayang. Tak beri perhatian sepenuhnya dekat sayang, tak selalu buat pillow talk dengan sayang. Tak selalu bawa sayang jalan-jalan makan angin. Maaf. I'm really sorry sugar. Abang janji lepas ini kita akan buat semua itu bersama. Dan maaf sebab telah kecewakan sayang. Abang tahu walaupun sayang sering ucap tak apa, sayang maafkan. Tak mengapa semua manusia buat silap but I know deep in your heart. Mesti sayang pun sedihkan? Abang betul-betul minta maaf sayang. Abang betul-betul maksudkannya. Abang janji abang betul-betul akan berubah jadi suami dan ayah yang baik untuk kita sekeluarga. Dan abang janji sayanglah yang pertama dan terakhir yang akan terus menjaga hati ini kerana sayanglah penjaga hati abang. Penjaga hati yang sebenar-benarnya. I love you my angel. I really do" Chairil menunduk membiarkan air matanya menumpah di atas bajunya. Sungguh dia tidak kuat jika perkara itu membabitkan isterinya.

His Happiness ll COMPLETED ✅️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang