BAB 48

2.3K 145 14
                                    

'Whenever you feel crushed, under pressure, pressed or in darkness. You're in a powerful place of transformation. Trust the process'










Beberapa hari yang lalu

Dirinya yang sedang leka memerhati enjin pesawat yang baru sahaja tiba tidak sedar akan kehadiran seseorang di belakangnya. Dia mengusap dagu runcingnya perlahan.

'Rasanya kena upgrade sikit enjin turboprop ni. Biar laju sikit.' Getus suara hati kecilnya. Kakinya melangkah ke belakang kemudian dia menekan butang on untuk menguji enjin tersebut. Terowong yang berada di belakang enjin merendam bunyi bising dan membenarkan ekzos dilepaskan.

"Hebat enjin baru kau" Tersentak dia apabila mendengar suara seseorang dibelakangnya setelah enjin itu dimatikan.

Dia menoleh kebelakang melihat gerangan yang bersandar di pintu sambil melipat tangan ke dada. "Macam mana kau boleh masuk sini?" Soalnya dengan hairan. Setahunya dia sudah mengarahkan bodyguardnya untuk berjaga di luar pintu masuk.

"Well, I've my own ways" Terpatri senyuman sinis dibibirnya. Waistcoat yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan sedikit sebelum dia berganjak mendekati jejaka tinggi lampai itu.

"Kenapa kau datang sini? Tak takutkah masuk tempat musuh seorang diri?" Amira menaikan sebelah alisnya lalu tertawa pelan.

"Kenapa harus takut sedangkan kau adalah manusia biasa. Aku tak nampak pula kau ni ada sayap ataupun kuasa" Ujar Amira dengan nada berjenaka.

"Apasal kau datang sini?"

"Aikk datang sapa kawan baik suami sendiri pun tak bolehkah?" Elmer terdiam kemudian dia menapak membersihkan tangan yang terkena dengan kotoran enjin kapal.

"Aku datang bukan nak buat onar tapi aku datang sini untuk perdamaian. Usia pun dah melanjut tak akanlah masih nak simpan dendam dan dengki, bukan? Daripada fikir nak buat semua tu baik aku fikir macam mana nak ubah diri untuk jadi lebih baik. Masing-masing dah besar patut tahu mana yang baik mana yang buruk. Jangan main terjah saja ikut nafsu." Terang Amira tanpa disuruh.

"Straight to the point please" Amira menyungging sinis. Lidahnya menolak dinding pipi dalam. Kedua tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar.

"Aku tahu apa rancangan kau Elmer dan aku tahu kau adalah pelakunya. Dan kalau kau ada rakan subahat untuk teruskan rancangan kau, baik kau berhenti sementara aku masih bagi peluang"

"Kau cabar aku ker sekarang ini?"

"Nahh... Cuma peringatan kecil sahaja. Jangan sesekali cabar aku sebab aku pasti kau tak pernah tengok lagi sisi gelap aku" Tutur Amira yang memasang ekspresi datar. Dia menatap Elmer lama sehingga membuatkan jejaka itu tidak senang duduk.

"Kau sedar tak sekarang kau berada di kawasan mana?" Elmer juga tidak kalah membalas tatapan tajam dan beku kepada Amira.

"Ya aku tahu dan aku tahu juga jauh disudut hati kau. Kau nak hubungan kasih sayang harmoni bukan? Tapi disebabkan bisikan nafsu syaitan, kau tertewas juga dalam kemungkaran. Aku tak nafikan kadang-kadang hati yang suci bersih pun akan terjerumus juga dalam kegelapan."

"Tapi ingat Elmer... Kalau perasaan kau cuma sekadar sahabat aku pasti kau akan bahagia dengannya. Tapi kalau lebih dari itu, aku rasa pasti kau orang yang akan terseksa nanti. Kau nak berkasih sayang boleh, tapi carilah yang berlainan jenis dengan kau. Aku jamin mesti wujud juga perempuan yang kau idamkan tu. Cuma Tuhan saja tidak pertemukannya lagi. Dan aku pasti, jika disaat kau sedang berupaya untuk berubah dekat denganNya maka suatu hari nanti pasti Tuhan akan pertemukan kau dengan orang yang tepat bila tiba saatnya." Amira dapat lihat tatapan Elmer yang tadi membara makin meredup setelah mendengar kata-katanya.

His Happiness ll COMPLETED ✅️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang