'manusia sering tertipu dengan penipuan dunia sehingga dia lupa akhirat itu selamanya'
Beberapa hari kemudian
Cuti pertengahan semester sudah tamat, kini masing-masing sibuk dengan aktiviti mereka kembali. Tak terkecuali Amira dan rakan sekelasnya yang kini sibuk menyediakan persiapan untuk event mereka tidak lama lagi.
Fatin dan Diana jatuh kasihan dengan Amira, terlalu sibuk membuat persiapan sehingga tidak sempat menjamah makanan. Kadang-kadang Hingga hampir pulang lewat ke bilik asrama.
Hmmm
Mengeluh panjang Amira membuat lakaran di card board itu.
"letihnya... bilalah subject event management ni nak habis." Dia mengerling sebentar kearah telefon bimbitnya yang dari tadi asyik berdeting. Mesti pakcik tu. Selalu time macam ni lah dia hantar mesej. Benar, sejak peristiwa itu, Amira selalu sahaja mendapat pesanan daripada Amirul. Tetapi, Amira seperti biasa sahaja, membalasnya dengan acuh tak acuh. Saja, nak tengok effort pakcik tu sampai mana.
"nanti lah aku reply. Busy, busy."
Sedang Amira khusyuk menghias tempat untuk program sukan mereka, ia terdengar esakan halus dan suara seseorang yang seakan memaki hamun. Sudahlah waktu sekarang tidak ramai yang berada dipusat sukan ini. Waktu maghrib, siapa jer yang ada. Lalu, dengan sedikit keberanian, Dia mencari sumber tersebut dan mendapati rakan sekelasnya yang bernama Elaina sedang menangis sambil memegang telefonnya di tempat yang bersembunyi.
"Aina?" Elaina terperanjat sedikit apabila mendengar orang menegurnya. Dengan pantas dia mengelap air matanya dengan kasar.
"Mira" Sayu sahaja panggilan itu
"kau okay?" Elaina menggelengkan kepalanya menandakan emosinya tidak baik sekarang ini. Wajahnya juga kelihatan mendung.
"kenapa ni? Gaduh dengan boyfriend ker?" tebak Amira. Dia menghampiri Elaina dan memegang lengannya. Elaina yang mendengar kata-kata itu terus merembeskan lagi air mata yang sedia ada.
"dia... di---diaa" Elaina memeluk Amira dengan kuat melepaskan apa yang dia rasa. Amira membalas pelukan tersebut.
"shushh shushh" Amira menepuk perlahan belakang Elaina bagi menenangkan rakan sekelasnya ini. Setelah beberapa minit, barulah Elaina kelihatan sedikit baik.
Amira menarik tangan Elaina untuk duduk diatas bangku yang kosong.
"janganlah nangis, tak cantik nanti" tangan Amira naik menghapus air mata Elaina yang berada di tubir mata gadis itu. Jikalau ada sesiapa yang tengok, mesti akan berkata 'sweetnya dapat kawan macam ni'
"dah okay?" Elaina hanya berdehem sahaja. Mereka mendiamkan diri beberapa minit. Tangan mereka juga saling menggenggam antara satu sama lain. Amira faham, dia perlu memberi masa kepada Elaina terlebih dahulu.
"aku--- ak-aku"
"it's okay, take your time. kalau nak cerita, ceritalah. Aku sudi mendengar. Jangan pendam, kalau kau pendam lagi kau sakit." Tubir mata Elaina kembali panas. Dia bersyukur kerana dapat menjadi sahabat kepada Amira. Walaupun mereka hanya rakan sekelas tetapi Amira melayannya seolah-olah dia seorang keluarga. Elaina menarik nafas panjang
"Hakim curang dengan aku" senafas Elaina mengatakannya. Amira membulatkan mata. Tak mungkinlah, Hakim dengan Elaina macam belangkas kut. Pergi mana-mana mesti si Hakim tu nak melekat dengan Elaina.
KAMU SEDANG MEMBACA
His Happiness ll COMPLETED ✅️
Roman d'amourSHORT STORY Pertemuan mereka bermula ketika ia berada di majlis sahabat karibnya. Pertemuan yang boleh membuatkan hatinya berdegup kencang. Dari situ, dia mula memendam rasa kerana dia berfikir, mungkin ini hanyalah permainan syaitan. Tapi tanpa dij...