BAB 44

2.6K 138 79
                                    

'Allah hears you, Allah sees you and Allah knows what is best for you'








"Capo, ini bukti yang kita dah dapat" Akash memberi dokumen dan pita rakaman itu kepada Chairil. Tatapan tajam Chairil membuatkan situasi tersebut terasa dingin. Dia mengetuk-ngetuk meja dengan jari telunjuknya berkali-kali. Akash menelan salivanya susah payah.

"Aku akan up kan gaji kau bulan ni Akash" sejurus berkata sedemikian Chairil mengisyaratkan tangannya menyuruh Akash pergi. Dia memejamkan matanya dan bersandar di kerusi kebesarannya.

Selang beberapa minit dia merasakan ada sesuatu diatas ribanya. Bibirnya melekukkan senyuman sinis. Tanpa membuka mata pun dia sudah tahu gerangan siapakah itu.

Dengan pantas dia menyauk tubuh kecil itu masuk kedalam pelukannya. Hidungnya pula cekap melakukan kerja dengan menghirup bauan yang terbit dari tubuh kesayangannya itu.

"Kenapa abang stay up hari ini?" Tanya Amira dengan suara lembutnya. Tangannya pula dengan lihai membelai otot Chairil yang tercetak jelas.

"Abang ada kerja sikit nak buat" Chairil mengeram kecil apabila dia merasakan usapan lembut dari Amira.

"Kerja business kah atau kerja yang satu lagi?" Satu alis Amira terangkat keatas menanti jawapan daripada Chairil.

"You know about it, right sugar?" Ucap Chairil dengan senyuman dibibirnya. Amira terkekeh perlahan.

"No more secret between us" Ujar Amira antusias.

"So proceed dengan plan kita?"

"Yes sugar" Ujar Chairil santai lalu dia mengelus pipi Amira perlahan.

"Bernaskan dengan idea sayang"

"Bernas sangat. Sampai abang rasa sayang nak jual abang pun ada" Chairil menarik lembut hidung Amira. Terkekeh gembira Amira apabila diperlakukan sedemikian.

"Alaa... Nak buat macam mana idea tu saja yang muncul time kita dekat Italy dulu" Chairil mencebikkan bibirnya. Kalau tak kena paksa, jangan harap dia nak setuju dengan cadangan sang isteri. Dia masih ingat kala dia bangkang habis-habisan idea yang dicadangkan oleh Amira. Amira terus membuat mogok dengannya. Tidak tidur sekatil malah nak bersua muka pun tak nak. Oleh kerana tidak tahan dalam masa sehari itu, dia terus setuju dengan cadangan tersebut.

FLASHBACK

PENTHOUSE ELOISE


Chairil melihat sang isteri yang sedang berkutat didapur dengan tekun. Kemudian dia naik ke atas masuk ke dalam salah satu bilik yang menyimpan pelbagai rahsianya.

Bilik yang dipenuhi foto seorang gadis mulai dari kecil hinggalah sekarang menjadi tempat ternyaman untuk Chairil. Matanya pula menatap lekat monitor yang menunjukkan aktiviti kesayangannya itu. "I love you. I really love you little pumpkin. Tiada apa yang boleh pisahkan kita berdua" kemudian dia mencetak gambar tersebut untuk dilekatkan pada dinding bilik itu.

Tanpa dia sedar, ada seseorang sedang memerhatinya dengan tajam. Dirinya berpeluk tubuh melihat tingkah tidak bermoral itu. Kemudian dia menapak mendekati Chairil.

His Happiness ll COMPLETED ✅️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang