'Let's go to the moon
There's nothing like peace of mind, when you're here with me'
Jgn baca diwaktu ini. Nanti jadi eyebag
Warning: terdapat scene seksaan
Di suatu tempat
"Arghhh!!!" Jeritan kuat daripada kedua pesalah bergema didalam bilik bawah tanah tersebut. Sang pelakunya hanya tersenyum riang mendengar jeritan tersebut. Tangannya mengambil segelas cawan lalu menyisipnya perlahan. Halkum tersebut bergerak naik turun dengan tenang.
Tangisan daripada kedua mangsanya sangat memberi kepuasan terhadap dirinya. Dia mengubah posisi santainya dengan bangun berdiri menuju ke seorang mangsa yang terbungkus didalam punching bag itu. Badannya yang berotot diregangkan terlebih dahulu sebelum dia memulakan aktivitinya. Tangannya yang bersarung tangan dikepakkan terlebih dahulu
Bbukk! Bbukk! Bbukk!
Punching bag itu ditumbuk berkali-kali tanpa menghiraukan jeritan orang didalam. Badannya yang tidak dilapisi sebarang fabrik itu mengeluarkan peluh dengan banyak sekali. Manakala, mangsa yang sedang diikat di dinding hanya mampu melihat dan menangis meratapi kehidupan.
Setelah selesai memanaskan badannya, dia menuju pula kearah seorang lagi mangsanya. Dia menjilat bibir bawahnya setelah menghidu bauan yang telah lama dia idamkan. Bau darah.
"Dah puas khianati syarikat aku?" Tanya Chairil kepada perempuan yang bernama Andrea
"Kalau tak puas, aku nak puaskan kau" Andrea hanya menangis teresak-esak tanpa membalas pertanyaan Chairil.
"Asal kau menangis ni? Jangan risaulah. Binatang dalam beg tu tak mati lagi. Kau jangan risau, kalau aku nak matikan. Aku akan matikan kedua-dua sekali" Kata Chairil sambil memandang sinis kearah Andrea.
"Maaf Tuan, saya janji saya tak buat lagi. Saya akan ganti balik semua duit Tuan"
"Huh! Ganti balik? Kau mampu kah?"
"Tolong Tuan, saya akan buat apa sahaja untuk Tuan?" Andrea merayu kepada Chairil yang kini berada dihadapannya.
"Kau nak buat apa?" Tanya Chairil kepada Andrea.
Andrea meneguk air liur kasarnya terlebih dahulu lalu mencuba memberi tatapan yang menggoda kepada Chairil. Tidak hiraukan bajunya yang terkoyak-rabak dan wajahnya yang kelihatan kusut.
"Saya sanggup Tuan. Asalkan Tuan maafkan saya"
"Betul?" Chairil mendekatkan dirinya kepada Andrea lalu mengusap halus pipi berdarah Andrea dengan sarung tangan hitamnya. Bagi Chairil, dia tidak akan menyeksa mangsa tanpa mengenakan sarung tangan. Kerana, mangsanya adalah sampah yang jijik yang perlu dia pegang. Oleh itu, dia memakai sarung tangan tersebut.
"Kesian dia. Dah berdarah teruk pipi ni." kata Chairil dengan lembut.
"Tapi aku dah ada isteri" Ujar Chairil yang berusaha menahan emosinya
"It's okay. Kali ni sahaja" pinta wanita itu.
'Dasar jalang' getus suara hati Chairil
"Aku nak beritahu sesuatu..." Chairil mendekatkan bibirnya di tepi telinga Andrea
"Yang aku tak akan sesekali KHIANATI atau PATAHKAN hati isteri aku" setelah mengatakan kalimat tersebut, Chairil mencekik leher wanita itu sehingga tubuhnya terangkat keudara.
KAMU SEDANG MEMBACA
His Happiness ll COMPLETED ✅️
RomanceSHORT STORY Pertemuan mereka bermula ketika ia berada di majlis sahabat karibnya. Pertemuan yang boleh membuatkan hatinya berdegup kencang. Dari situ, dia mula memendam rasa kerana dia berfikir, mungkin ini hanyalah permainan syaitan. Tapi tanpa dij...