You're the bad dream kill
You keep possessing and calling me
To come where you are"I'm sorry little pumpkin" Amira hanya memandang sekilas jambangan bunga dan coklat yang berada diatas mejanya.
"Minta maaf konon, entah-entah dah jampi dengan minyak pengasih ker minyak dagu ker naya pak abu aku nanti. Baik aku bagi dekat orang lain" Dia mengambil bunga dan coklat tersebut lalu memberikannya kepada orang lain.
Kemudian dia duduk di mejanya sambil memulakan rutin harian kerjanya. "Bagus juga mamat ni tak masuk office. Tenang hidup aku" tetapi tanpa dijangka, orang yang dikatanya itu sudah berada di belakangnya.
"Siapa yang tak masuk office tu?" tanya suara garau tersebut.
"Mamat tua gatal tu lah! Tak padan dengan tua, gatal pula tu! Muka pun macam beruk, ada hati nak dengan kita! Dasar Chairil durjana" tanpa mengangkat kepalanya Amira menjawab soalan itu.
"Ouhh mamat yang nama Chairil tu ada depan awak sekarang" Terbuntang biji mata Amira buat seketika. Dia terus melangutkan kepala dan menelan air liur kasarnya dengan payah.
Kelihatan Amirul sedang berdiri dihadapannya sambil memeluk tubuh. Muka yang merah dan garang menambahkan lagi ketakutan kepada Amira.
"Masuk dalam bilik saya sekarang" Amirul memberi arahan kepada Amira. Amira meneguk kasar air liurnya.
"Itulah kau! Cakap tak pandang kiri kanan" Amira menampar kecil mulutnya. Kerana mulut, badan binasa.
"Kenapa tercegat sahaja dekat situ? Datang dekat sini" Amirul menggamit Amira supaya berada dihadapannya. Takut kah apa budak ni? Duduk dengan dia jauh bukan main.
Amirul mengeluh melihat telatah Amira yang seperti takut-takut dengannya. Dia menarik nafasnya dan menghembus perlahan. "I'm sorry little pumpkin. Maafkan saya sebab dah takutkan awak. Bukan niat saya actually." Kata Amirul kepada Amira.
"Saya pun nak minta maaf sebab dah mengutuk awak tadi" Amirul melepaskan ketawa kecil apabila mendengar kata-kata maaf daripada Amira
"It's okay sayang. Memang layak pun. Tapi tak mengapa bukan, sebab saya pun bakal suami awak"
"Hell no!" Amira laju saja membangkang dan tanpa sengaja dia menaikkan suaranya kepada Amirul
Amirul mencuba sebaik mungkin untuk mengawal kemarahannya tetapi adakala dia rasa makin dia berlembut, makin buah hatinya memijak kepalanya.
"I don't want to get married with you" dengan berani Amira menyatakan perasaannya kepada Amirul. Dia melihat Amirul masih menayangkan wajah yang manis dengan senyuman yang lebar. Jadi, dia fikir mungkin Amirul sudah berlembut hati dengannya.
"Really little pumpkin?" tanya Amirul dengan suara dalamnya sambil bangun mendekati Amira yang berdiri dihadapannya. Amira yang melihat keadaan itu berasa tidak sedap hati. Dia berundur perlahan-lahan ke belakang apabila melihat Amirul semakin mendekati dirinya
"Tapi macam mana erk saya nak cakap? Apa pun alasan awak. Kita tetap akan berkahwin." Kata Amirul dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya seperti seorang psiko.
Apabila dia betul-betul sudah sampai dihadapan Amira, dia berbisik ditelinga Amira. "Awak tak nak orang yang awak sayang mati, bukan?" ugut Amirul dengan penuh kejahatan.
Amira memandang tajam wajah Amirul yang berada disisinya. Tiada rasa gerun atau takut dalam dirinya sebaliknya dia berasa marah dan geram terhadap Amirul sekarang ini.
Amira menolak Amirul dengan kasar sehingga terundur beberapa langkah Amirul dibuatnya. "Awak ingat awak siapa Chairil? Stop Forcing me untuk kahwin dengan awak! Kalau saya cakap saya tak nak kahwin dengan awak tu, saya tak naklah! Tak faham bahasa kah?" bergema suara Amira didalam bilik pejabat Amirul. Nasib baik biliknya ini soundproof, kalau tak mesti orang diluar dapat dengar apa yang terjadi.
"Sayang. Jangan macam ni please." Kata Amirul sambil mengenggam erat buku limanya.
"You know, there's no way you can run away from me sugar, because I love you so much" Amira mengemam bibirnya.
"Berhenti paksa saya untuk buat sesuatu yang saya tak suka and lagi satu, awak tak cintakan saya. Awak Cuma obses dengan saya. Awak Cuma keliru dengan perasaan awak sendiri"
"Obsession is another name of love sayang" kata Amirul lalu memegang lembut rahang Amira dan mengusapnya perlahan. Amira yang terkejut dengan sentuhan Amirul terus menepis kuat tangan kasar itu tetapi tidak berjaya kerana Amirul terus mencengkam rahangnya dengan kuat dan menariknya dengan kasar sehingga terasa bahagian depan tubuh mereka.
"Awak tahu tak berapa lama saya cintakan awak?!" jerkah Amirul dengan kuat.
"Everyday, everywhere, everysecond you'll always stuck in my mind. Please tell me Why do I still hear you when you're not around? Why do I always thinking about you? Don't matter what I am doing, where I'll go, you're always in my head like my favourite melody" kata Amirul sambil mengeratkan lagi pegangannya di pinggang Amira.
Bergetar bibir Amira apabila mendengar luahan daripada Amirul. "awak dah buat saya jadi gila sugar" kata Amirul sambil melekapkan dahinya dengan dahi Amira. Ibu jarinya pula mengusap lembut sisi pinggang Amira.
Jgn baca. Tido awal, kalau tak esok mata panda.
Maaf ya late update, saya busy sikit dengan kerja. Maaf ya semua. Terima kasih kepada yang menunggu. Saya sayang awak ❤️❤️
Update: 17/3/2023 (11.36 p.m.)
KAMU SEDANG MEMBACA
His Happiness ll COMPLETED ✅️
RomanceSHORT STORY Pertemuan mereka bermula ketika ia berada di majlis sahabat karibnya. Pertemuan yang boleh membuatkan hatinya berdegup kencang. Dari situ, dia mula memendam rasa kerana dia berfikir, mungkin ini hanyalah permainan syaitan. Tapi tanpa dij...