'I still don't know why hearing your voice just brightens my day. I believe that fate pulled me from so far.'
Leher yang terasa lenguh digerakkan ke kiri dan ke kanan bagi menghilangkan rasa tegangnya. Kemudian dia bersandar penuh selesa pada kerusi pejabat sambil melihat pemandangan di ibu kota yang terbentang luas di cermin kaca pejabatnya.Kereta-kereta yang berlalu-lalang diatas jalan raya kelihatan kecil sahaja pada netranya. Tangan ditongkat ke dagu sambil fikiran menerawang tentang suatu perkara. Sesekali ibu jarinya mengusap cincin Lv Onyx Signet yang tersarung yang pada jari manisnya.
Cincin? Ya, cincin tunang.
Dalam dia ralit keseorangan, hujung bibirnya terangkat apabila di dalam kepalanya terimbas kembali satu peristiwa yang tak akan sesekali dia lupakan.
"Terima kasih sebab sudi terima saya, ajar saya untuk kembali dekat kepadaNya," ujarnya dengan sedikit rasa malu. Dia menarik nafas tatkala mengenangkan betapa ruginya dia menyisakan waktu dengan perkara yang tidak berfaedah. Dan kini lihatlah, dia perlu belajar semuanya kembali dari bawah.
Rambut yang melekat di dahi diraup ke belakang. Angin petang yang menerpa di wajah dibiar menyapa lembut. Kanak-kanak yang kini mula berpusu-pusu berjalan pulang setelah tamat kelas mengaji waktu petang disapa ramah olehnya. Itulah aktivitinya sekarang, walaupun usia sudah melanjut. Demi perubahan diri, dia sanggup rendahkan ego dan tebalkan muka mengikuti kelas mengaji bersama kanak-kanak tersebut.
"Perkara kecil saja Elmer. Pakcik yang sepatutnya ucapkan terima kasih sebab sudi bantu kami," bicaranya lalu melebarkan penglihatannya ke sepenjuru arah. Bibir tersenyum-senyum melihat perubahan yang telah dilakukan oleh jejaka ini. Sejak kemunculannya ke surau tersebut, dapat dilihat suasana dan corak pembinaan surau itu makin memulih. Daripada dulunya yang kosong dan hanya diselimuti warna pudar sekarang sudah berubah ceria apabila ditambah warna yang menjadi kegemaran Rasulullah. Dibina juga perpustakaan dan mini taman permainan di sebelah supaya dapat menarik lagi minat orang ramai untuk datang berkunjung dan beribadah.
"Itu semua adalah harta dunia semata-mata jadi tak salahkan kalau saya berkongsi untuk dapatkan harta akhirat pula?" Mereka saling pandang-berpandangan. Ternaik satu tangan Encik Emir menepuk perlahan bahu Elmer. Tiada kata yang terbit melainkan hati sahaja yang mengucapkan Alhamdulillah.
"Jadi, macam mana dengan pelajaran Elmer dekat sini?" Soal Encik Emir basa-basi.
"Alhamdulillah semuanya baik sahaja. Walaupun masih terkial-kial tapi saya rasa saya boleh lakukan. Lagi pun budak-budak yang datang mengaji tu pun banyak membantu saya." Terangnya jujur. Pandangan dijatuhkan ke arah kanak-kanak yang masih berada di mini taman permainan yang bersebelahan dengan surau tersebut. Tangan besarnya dilambai membalas kembali lambaian kanak-kanak tersebut.
Mula-mula naik risau juga dirinya apabila memikirkan kanak-kanak disitu akan memandang remeh kepadanya tetapi semua prasangka itu terkubur begitu saja tatkala mereka memberikan reaksi positif kepadanya. Lihatlah, tak kenal maka tak cinta. Didalam hati dia terasa kagum akan didikan ibu bapa yang diberikan oleh anak-anak kecil ini. Tidak menilai sesuatu makhluk dengan keburukan dan sentiasa mengutamakan sopan santun dan budi bahasa dalam setiap tingkah yang kita lakukan.
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan azam dan impian yang tinggi, tiada perkara mustahil dalam dunia ini walaupun pelbagai rintangan serta cabaran terpaksa dihadapi terlebih dahulu," pesannya lembut. Elmer mengangguk.
"Banyak ujian yang datang akhir-akhir ni. Baru saya tahu, betapa susahnya nak kekal istikhamah." Kepala ditunduk ke bawah. Batu kerikil yang berada di hadapannya dikuis dengan hujung kaki yang tersarung dengan selipar.
KAMU SEDANG MEMBACA
His Happiness ll COMPLETED ✅️
RomanceSHORT STORY Pertemuan mereka bermula ketika ia berada di majlis sahabat karibnya. Pertemuan yang boleh membuatkan hatinya berdegup kencang. Dari situ, dia mula memendam rasa kerana dia berfikir, mungkin ini hanyalah permainan syaitan. Tapi tanpa dij...