BAB 26 (ɴᴇᴡ)

4.7K 261 56
                                    

'I love you without knowing how, or when, or from where, I love you straighforwardly, without complexities or pride. so I love you because I know no other way'








Mentari pagi menyinari dua pasang sejoli ini. Chairil atau dengan namanya yang satu lagi Amirul memanggung kepala menilik raut jelita yang baring disisinya. Pemandangan yang indah baginya saat ini. Tidak tahan dengan hanya melihat wajah polos itu, dengan perlahan dia mendekati sehinggakan hidung mancungnya bertemu dengan puncak hidung sang pemilik hati

Amirul mengalihkan juntaian rambut yang berada di dahi Amira lalu melabuhkan kucupan hangat di dahi mulus itu. Tidak cukup dengan itu, dia memberi pula kucupan kepada dua belah mata, hidung dan berakhir lama di bibir merah jambu itu. Benda dah halal, dia baham sahajalah.

Apabila melihat Amira seperti menggeliat sedikit, dia segera menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukkan hangatnya.

"Hmm, awak?" Amira yang merasakan tidurnya diganggu terus mencelikkan matanya. Matanya terkebil-kebil memandang raut wajah sang suami yang begitu dekat dengan dirinya. Terasa pelukan itu seperti makin erat apabila dia juga membalas pelukan suaminya itu

"Assalamualaikum and Good morning my little pumpkin" Chairil menghadiahkan senyuman manis buat bidadari kecilnya ini.

"Waa-laikumussalam. Morning ab-abang" kata Amira apabila Chairil seperti memberikan amaran kerana panggilannya sebentar tadi.

"Remember sayang. No more 'awak' in this situation. Just abang or... Daddy"

"Baik abang, I'm sorry" Amira membalas pelukan suaminya dengan erat

"Tapi abang, boleh tak saya nak tanya sesuatu?"

"Tanyalah" Amirul bermain dengan hujung rambut Amira. Jarinya menguis-kuis rambut itu. Sangat lembut dan wangi. Pandai Amira jaga.

"Kenapa dari dulu lagi abang suruh saya panggil abang Chairil, bukannya dengan nama Amirul"

"Saja, Nampak sexy sikit. Lagi pun dua-dua tu kan, nama abang juga" Terang Amirul dengan ringkas. Buat masa ini biarlah dia sahaja yang tahu sebab utamanya.

"Eee perasannya. Tapi abang special lah, ada dua nama"

"Kan!!!" Chairil menjongket kening sebelah kanannya dan membawa riak wajahnya seperti 'kau ada?'

Amira mencebik bibirnya apabila melihat riak wajah Chairil

"Tapi sayang lagi special sebab sayang seorang sahaja yang berhak atas nama panggilan abang" Kata Chairil sambil menggeselkan hidung mereka. Amira ketawa suka apabila diperlakukan sedemikian. Rasa dimanjai

"Tapi kalau sayang nak panggil mana-mana nama pun boleh. But I prefer daddy is more better" Chairil menggigit bibirnya dengan gaya menggoda.

"Gatallah abang ni" Amira menyembamkan wajahnya di dada bidang suaminya.

Seketika kemudian Amira melangutkan wajahnya apabila merasakan pandangan intens dari seseorang

"Kenapa tengok saya macam tu?" Tanya Amira setelah merasakan mereka berdiam terlalu lama.

"Cantik isteri abang ni, sexy pula tu" Amira mengerenyutkan dahinya. Masih tak faham apa yang mahu disampaikan oleh suaminya. Biar betul, baru bangun tidur pun boleh cakap cantik?

Kemudian dia mendengar Chairil mengeluh

"Haih, nasib baik sayang bendera jepun. Kalau tak pagi ini mesti sayang demam" Kata Chairil tanpa berlapik

His Happiness ll COMPLETED ✅️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang