'you said you wanna be my friend but I don't want to be your friend. I want to be more than that'
20 tahun yang lalu
"isk isk isk" seorang budak perempuan tidak berhenti menangis sambil memandang kekiri dan kekanan mencari sosok tubuh yang dia kenal. Sesungguhnya dia menyesal sekarang ini kerana tidak mendengar kata. Disebabkan perbuatannya ini, dia ditelan dalam lautan manusia sehingga dia hilang dari pandangan orang yang dia kenal.
"kakak dekat mana?" dia mengomel perlahan sambil memeluk patung beruangnya dengan erat. Air mata pula tidak berhenti jatuh keatas lantai. Pandangan orang ramai dia hiraukan kerana fokusnya sekarang ini cumalah mencari sosok tubuh kakaknya.
Dalam matanya galak mencari orang yang dia kenal, tiba-tiba dia didatangani oleh seorang jejaka muda tinggi lampai. "hai dear. Adik cari siapa? Adik sesat ker?" jejaka itu cuba memujuknya dengan lemah-lembut. Dia yang berasa takut hanya menganggukkan sahaja kepalanya.
"adik nama apa?"
"Amira Earina" dia mengomel perlahan sambil mengeratkan lagi pelukan patung beruang didadanya.
"Amira... cute name. Nama abang Chairil, Chairil Bahran."
"Adik cari siapa?" Chairil mula bertanya kepada Amira.
"kakak... kakak hilang" tersedu-sedan dia berkata.
"okay jom cari kakak" Chairil mula memimpin tangannya menuju ke tempat yang tidak ramai orang. Disitu terlalu sesak dengan orang ramai sehinggakan mereka perlu berhimpit-himpit. Biasalah shopping mall hujung minggu, mestilah ramai manusia yang pergi serbu. Tambah-tambah pula jikalau cuti umum.
"abang umur berapa?" dikala mereka berjalan berpimpin tangan Amira bertanya.
"18 tahun, adik umur berapa?"
"10" Amira melangutkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan Chairil. Maklumlah, tingginya hanya paras lutut Chairil sahaja.
"ouhh patutlah cute." Chairil membetulkan sedikit anak rambut yang terkeluar dari tudung si kecil itu. haih, kecil-kecil dah pandai jaga aurat.
"abang memang orang sini ker?"
"kenapa tanya?"
"nama abang lain dari yang lain. Mata abang pun lain, warna hijau. Amira suka"
"adik suka?" Amira laju menganggukkan kepalanya. Chairil tersenyum nipis melihat gelagat gadis kecil ini. 'comel. Untung siapa yang bakal menjadi imammu nanti'
"I'm glad that you're like it"
"abang memang orang sini, tapi abang ada kacukan sikit." Amira hanya mengiyakan sahaja lalu bermain dihujung mata Chairil. Disaat jari kecil itu bersentuhan dengan kulitnya, Chairil mula merasakan ada satu perasaan yang tidak dapat dia ungkapkan dengan perkataan. Jantungnya pula tiba-tiba sahaja berdegup kencang.
"lembutnya jari" Chairil mengumam perlahan sambil merasai belaian Amira diwajahnya. Walaupun tangan kecil itu hanya mengusap bawah matanya, tetapi entah kenapa, dia berasa tenang dengan usapan itu.
"wahhh cutenya!" momennya terganggu apabila usapan itu hilang dan tiba-tiba gadis kecil itu larikan diri meninggalkannya ditengah-tengah jalan itu.
"hey!"
"abang nak yang ni" sejurus Chairil tiba disamping Amira, dia menunjukkan bantal kecil yang berbentuk pumpkin itu
"adik nak yang tu?" Amira tersenyum lebar dan menganggukkan kepalanya laju.
KAMU SEDANG MEMBACA
His Happiness ll COMPLETED ✅️
RomanceSHORT STORY Pertemuan mereka bermula ketika ia berada di majlis sahabat karibnya. Pertemuan yang boleh membuatkan hatinya berdegup kencang. Dari situ, dia mula memendam rasa kerana dia berfikir, mungkin ini hanyalah permainan syaitan. Tapi tanpa dij...