BAB 3

6.6K 430 65
                                    

'Don't judge a book by a cover honey'









"Hati-hati adik. Belajar rajin-rajin, jangan malas. Yang penting, jaga hubungan dengan Allah. Jangan sesekali tinggal solat." Kata Ayuni kepada adiknya, Amira. Tipikal orang dewasa memberi pesanan kepada yang muda sebelum menyambung pengajian.

"Baik akak"

"Jaga mata, jaga hati. Jangan pandai-pandai nak cintan-cintun bagai time belajar ni. Belajar dulu bagi habis, kerja then baru bercinta"

"Itu sudah pasti bosskur... Tapi kan akak, kenapa pula adik nak jaga mata, hati semua tu... Adik ni kan single, so kalau nak usya sikit-sikit tu kira halal kan?" Amira tersengih nakal membayangkan wajah-wajah senior ataupun lelaki pujaan yang dia akan bertemu di tempat belajarnya. Mana tahu, tiba-tiba ada prince charming muncul macam dalam drama tu. Tak ker berbunga hati, ehek.

Pap!!

"Aduh!" Kuat sekali jentikan didahi Amira yang diberikan oleh kakaknya. Tercebik bibirnya menahan sakit. Mesti merah dahinya, aduh... First day dah tak lawa nak masuk Universiti

"Banyaklah kau! Mana tahu ada yang sukakan dekat kau, jaga kau dari jauh. Tak ker naya nanti. Sebab tu akak suruh kau jaga mata, jaga hati kau untuk yang halal" Amira mengeluh halus

"Apa-apa jer lah kak, jaga dari jauhlah sangat. Apasal tak muncul jer depan - depan, kalau berani sangat masuk meminang terus. Senang. Pengecut." Mengumam perlahan Amira sambil mengusap dahinya.

"Akak tahu ker siapa yang jaga adik ni?"

"Kenapa dahi princess abi ni merah?" Kemunculan tiba-tiba Encik Emir menyelamatkan Ayuni Daripada menjawab persoalan adiknya itu tadi. Bukan niat dia untuk tidak beritahu, cuma dia sudah berjanji dengan sang jejaka tersebut supaya tidak memecahkan rahsia itu sehinggalah tiba masanya yang sesuai. Bukan sahaja si tuan punya badan jer tak tahu, ayah kandung mereka pun tidak tahu tentang ini. Dek kerana itulah, dia memilih keputusan untuk berdiam diri sahaja.

"Tengok ni abi. Kakak buat?" Mulutnya Tercebik mengadu kepada ayahnya

"Huh! Mengada"

"Alololo kesian princess abi ni. Tak apa, merah-merah ni pun tetap lawa walaupun nampak macam badut"

"Abi!" Mereka berdua ketawa melihat muncung panjang puteri bongsu keluarga itu. Boleh buat penyangkut baju dah tu.

"Ni adik nak masuk dulu atau tunggu Atin dan Ana?" Tanya Encik Emir kepada anak bongsunya itu

"Tunggu dia orang kut. Lagipun tadi Kita orang dah janji nak pergi cafe sama-sama nanti"

"Okay, jaga diri baik-baik ya. Apa-apa nanti call jer abi atau kakak " pesan Encik Emir kepada anaknya sejurus sahaja mereka selesai sesi berpelukan dan bersalaman.

"Take care adikku... I'm gonna miss you my little sister "

"Me too, saranghae"

Selepas sahaja keluarga Amira berangkat pulang, Amira bercadang untuk menunggu rakan-rakannya di cafe.

"Mana dia orang ni? Kata nak kemas bilik. Ni pergi kemas bilik ker, deco bilik?" Mereka bertiga tinggal sebilik, jadi tidak hairanlah bagaimana Amira tahu tentang aktiviti sahabatnya itu. Tapi yang dia hairankan sekarang ni adalah, sebelum dia keluar, rasanya dia tengok Fatin dan Diana sudah hampir-hampir mahu selesai mengemas bilik. Sebab itulah, dia memberitahu kepada mereka berdua yang dia ingin mengucapkan selamat tinggal dengan ahli keluarganya terlebih dahulu sebelum pulang.

"Orang perempuan sungguhlah dia orang ni, jalan pun terhegeh-hegeh" bebel Amira ditengah cafe itu selepas melihat Fatin dan Diana berjalan sambil mengambil gambar sekeliling. Amboi kau, aku yang duduk kat cafe ni tak nampak ker? Disebabkan perbuatan mereka itu membuatkan dia rasa cafe dengan asrama berada sangat jauh. Padahal dekat jer.

"Awak membebel apa tu?" Tanya seorang lelaki ditepi telinga Amira yang sambil menghirup air soda itu dengan mata memandang kearah yang sama Amira lihat.

"Oh mak kau!" Akibat rasa terkejut dengan soalan itu, Amira terganjak sedikit ke belakang. Mahu tak terkejut, dalam sedap mulut berceloteh tiba-tiba terdengar suara ditelinga.

"Awak siapa?!" Lelaki itu tersengih dengan wajah tidak bersalah. Air soda pula tetap teguh ditangannya, nasib baik tak tertolak air tu, kalau tak, Jadilah drama sinetron. Dahlah tiba-tiba datang bisik dekat telinga orang. Salam pun tak bagi. Apa tabiat lah anak teruna ni!

"Ulwan. Ulwan Zhefly" Amira hanya menganggukkan kepalanya perlahan

"Awak?"

"Amira" suasana kembali kekok semula

"Kenapa awak ada dekat sini?"

"Saya saja jer ronda-ronda kawasan, tak ada apa nak buat." Amira pandang Ulwan atas bawah. Macam somebody jer siap kena ronda kawasan bagai.

"Don't look at me like that sweetheart. Saya cuma student jer kat sini. Kenapa? Muka saya nampak tua ker untuk dijadikan student? Sesuai untuk jadi warden?"

"Tak cakap pun macam tu" nafi Amira tegas.

"Alang-alang tu saya nampak awak cakap sorang-sorang, sebab tu saya datang tegur. Mana tahu awak nampak alam lain ker?"

"Psst! Awak nak cakap saya gila lah sebab cakap seorang diri?"

"Tak cakap, tapi tuan punya badan sendiri yang mengaku" ketawa sinis keluar dari mulut Ulwan membuatkan muka Amira bahang membara menahan marah.

"Banyaklah kau!"

"HAHAHAHAH okay, maaf-maaf. Saya gurau jer" Amira merengus geram lalu menapak meninggalkan Ulwan sendirian

"Eh, nak pergi mana?"

"Nak pergi alam lain, aman sikit dunia"

Amira melangkah pergi tanpa sempat Ulwan menahannya kembali. Ulwan yang melihat Amira menuju kearah dua orang rakannya hanya tersenyum manis

"What a cutie girl" tercuit hati dia apabila mengusik gadis kecil itu.

Tetapi, tanpa dia sedar. Perasaan itu, hanyalah sementara. kerana dia sudah terlambat untuk memilikinya.

Verga Company

"Berapa lama lagi kau nak perhatikan dia dari jauh? kau tak takut ker kalau dia jatuh ke tangan orang lain kalau kau lambat bertindak?"

"Huh! Siapa yang berani ambil dia dari aku memang maut jawabnya. She's mine! Only mine! Nobody can't take my fiancee from me" riak wajahnya memaparkan senyuman sinis yang mengerikan setelah dia mengucapkan kata-kata tersebut. Sungguh dominan dia berkata dengan tangan bersilang didada.

'Fiancee? Yes, she's my Fiancee from the beginning. Soon-to-be my wife'









God removes people from your life, because he heard conversation that you didn't hear.

Jemput vote and komen
Update: 11:46 (12/7/2022)
Good night ❤️

His Happiness ll COMPLETED ✅️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang