'I don't need someone who sees good in me, I need someone who sees the bad in me and still wants me no matter what happen'
"Adik balik tak cuti mid semester ni?" Tanya Ayuni Elyia kepada sang adik"of course lah adik balik. Memang tak lah nak duduk sini sorang- sorang time cuti" balas Amira kepada kakaknya yang berada didalam talian itu
"Kenapa kak? Rindu ker?"
"Rindu tu sikit jer. Cuma nak Tanya habis kelas Bila, pukul berapa?"
"Eleh! Dasar wanita ego. Rindu tu beritahu jer lah."
"hm... kelas adik hari jumaat ni habis pukul 10."
"kalau macam tu, kakak dengan abah pick up adik habis kelas nanti"
"Cun! Boleh jer. Adik lagi suka! Boleh balik awal hahahaha"
"Amboi! Excited dia."
"Hehehe"
"dah lah. Kakak nak letak telefon dulu. Nanti apa-apa call ya, belajar rajin-rajin yer adik manis"
"baik kakak sayang. Kirim salam dekat abah"
"baik sayang. Good night, sweet dream. Jumpa jumaat ni"
"you too my lovely sister" Amira menamatkan panggilan telefon bersama kakaknya sejurus mengucapkan selamat malam.
"YEAY! Hari jumaat ni aku boleh balik awal" Laju sahaja dia pergi ke almari baju untuk mengemas bajunya untuk dibawa pulang ke rumah nanti. Maklumlah, harini sudah hari Rabu, perlulah kena kemas awal. Nanti tak lah kelam-kabut disaat akhir. Diana dan Fatin yang juga mengemas baju tersenyum nipis melihat kelakuan Amira yang agak comel itu. Macam budak-budak yang dah lama tak pulang ke kampung, padahal baru jer dua minggu lepas dia pulang ke rumahnya. Katanya tak menahan rindu dengan keluarga.
"kau orang balik pukul berapa nanti?" tanya Amira kepada dua orang rakannya itu
"aku balik lambat sikit kut, parents aku nak datang lepas solat jumaat katanya." Kata Fatin
"aku lepas kelas pukul 10 tu memang cau!" jawab Diana pula sambil menggesekkan hidungnya dengan ibu jari tangannya.
"ouhh! Kalau macam tu... bye bye Fatin. Kita orang balik dulu HAHAHAHA, mereputlah kau dalam bilik ni sorang-sorang" Fatin mencebikkan bibirnya mendengar helaian tawaan daripada rakan-rakannya itu.
"hek eleh! Macam lah aku tak balik langsung. Gelak macam tak ingat dunia, aku lesing kang apa tak dapat"
"alolololo janganlah merajuk mommy, nanti I call daddy datang pujuk eh" Amira menglagakan bahunya dengan bahu Fatin
"daddy daddy huh! Gelilah aku dengar" Fatin menghela nafas kasar apabila mendengar nama panggilan yang baginya sangat menggelikan
"eh hello! Yang kau gelikan itulah tunang kau tau"
"dia mula-mula jer geli, nanti lama-lama percayalah cakap aku. Dia suka lah HAHAHAHA. Daddy, I sorang-sorang dekat sini, you tak nak ambil I ker?"
KAMU SEDANG MEMBACA
His Happiness ll COMPLETED ✅️
RomantikSHORT STORY Pertemuan mereka bermula ketika ia berada di majlis sahabat karibnya. Pertemuan yang boleh membuatkan hatinya berdegup kencang. Dari situ, dia mula memendam rasa kerana dia berfikir, mungkin ini hanyalah permainan syaitan. Tapi tanpa dij...