BAB 2: Nuha

108 14 3
                                    

"Mak ada kat rumah?" Wajah insan yang berada di hadapan pintu rumah, aku pandang lama. Dahi berkerut. Ada kesan darah yang telah kering di bibir dan di dahi juga.

"Ada. Mak dekat dapur. Bibir abang tu dah kenapa?" Aku berpeluk tubuh. Mata aku masih tak berkalih daripada memandang segenap inci wajahnya. Ada juga sedikit lebam di pipi. Baru habis bergaduh?

Soalan itu tidak terluah.

Belum sempat aku nak menyoal lagi, suara mak dari arah belakang membantutkan niatku.

"Ya Allah, Aairul! Kenapa kamu datang tak bagitahu mak? Ini kenapa pulak dengan wajah kamu ni?" Serta merta tubuhku ditolak ke tepi. Mak terus pergi mendapatkan 'anak kesayangannya'. Elok sangatlah tu. Aku ni pulak dianaktirikan.

"Boleh Aairul masuk, mak?" Tangan mak digapai dan dicium. Mak tersenyum.

"Masuklah nak. Rumah ini akan rumah kamu juga." Tubuh Aairul lantas dibawa ke dalam pelukan. Aairul membalas pelukan itu. Matanya dipejam rapat. Wajahnya sugul. Nampak tak bermaya. Seakan-akan tidak cukup rehat.

Perlahan aku menghela nafas. Baru sahaja kaki ingin berura-ura berlalu pergi, namaku diseru oleh mak.

"Nuha, ambil kain dan ais batu dekat dapur. Tolong bersihkan luka abang kamu ni."

Ah, sudah!

Aku menggangguk sedikit dan terus berlalu ke dapur.

Langkah kaki terasa berat apabila semakin menghampiri figura yang sedang duduk di ruang tamu. Badannya menyandar dan kepalanya mendongak ke atas memandang siling.

Di dapur tadi sempat terserempak dengan mak. Mak pulak awal-awal lagi sudah memberi amaran untuk aku.

"Kamu jangan nak lari, Nuha! Tolong mak rawat luka abang Aairul kat ruang tamu tu. Kamu tak kesian tengok abang Aairul kamu tu?" Haih, mak! Abang Aairul tu kan doktor. Tak patut luka 'kecik' tu pun dia tak reti nak rawat.

Aku berdehem lalu mengambil tempat di sebelahnya. Aairul tersentak. Posisi badannya dibetulkan. Dia kembali duduk menegak dan memandang aku. Apa pandang-pandang? Aku cucuk kang!

"Bak sini muka." Kain yang telah diperah aku halakan ke mukanya. Sedaya upaya aku tak mahu bertentang mata dengannya. Dalam hati tak putus-putus berdoa semoga tangan aku yang comel molek ini takkan menggeletar teruk di hadapannya. Bagi malu 7 keturunan kalau betul-betul terjadi.

Aairul hanya menurut. Tak membantah. Aku membersihkan bahagian luka di bibirnya. Dia mendesis sedikit apabila kain yang basah itu terkena tempat luka itu. Aku tahu dia tengah pandang aku. Aku tak buta. Seperti biasa hanya renungan tajam darinya. Aku cuba hiraukan. Masih lagi meneruskan pekerjaan 'tanpa rela aku'. Lagi cepat aku siap, lagi cepat aku akan blah. Tak perlu lagi nak menghadap dia. Sumpah, jantung rasa nak gugur.

"Kau gugup." Dua patah perkataan itu mematikan pergerakan tanganku. Aku angkat kepala. Cubaan berani untuk bertentang mata dengannya. Satu dua tiga. Cepat-cepat aku pandang tempat lain. Cis! Kantoi! Sesak nafas.

Dia menyungging sinis melihat tingkah laku aku.

"Bila masa pulak Nuha gugup?" soalku setelah selesai membersihkan luka di wajahnya. Kain aku letak kembali di dalam bekas.

Soalanku tidak dijawab sebaliknya dia hanya memandangku. Lagi sekali. Renungan tajam. Tajam dan berbisa.

Kali ini aku cuba sekali lagi memberanikan diri melawan tatapan matanya.

"Kenapa abang pandang Nuha macam tu? Ada masalah?" soalku masih lagi tak berpuas hati. Gaya macam nak bawak bergaduh pun ada.

Aairul diam. Aku mendengus tak berpuas hati. Bibir pecah terus jadi bisu dah?

"Bila masa kau balik?" Soalan dibalas soalan. Lain yang ditanya lain yang dibalas. Nampak tak bertapa annoyingnya anak kesayangan mak aku ni?

"Semalam," jawabku sepatah. Dingin.

"Kau sihat?" tanyanya lagi seakan-akan tiada apa yang terjadi di antara kami.

"Sihat."

"Berapa hari cuti?"

"3 bulan."

"Asal kau tak bagitahu aku awal-awal yang kau nak balik?"

"Penting ke?"

"Penting."

"Sebab?"

"Aku tunggu kau."

Sepi. Jawapan Aairul terus membuatkan mulutku terkunci. Aku ketap gigi. Menahan debaran di hati. Cepat-cepat aku usir perasaan yang tidak sepatutnya bertandang di hati. Debaran atau perasaan takut?

"Kenapa abang nak tunggu Nuha pulak? Bukan sebelum ni abang bencikan Nuha ke?" soalku dengan tenang. Tidak lagi gementar seperti tadi. Aku mahukan jawapan.

Aairul diam. Rahangnya sedikit bergerak-gerak.

"Siapa kata aku bencikan kau?" Lagi sekali soalan dibalas soalan. Tiada jawapan. Kekal dengan tanda soal seperti biasa. Benci. Ya, aku benci. Soalan aku dibiarkan tanpa jawapan lagi sekali. Aairul...kau memang tak pernah berubah.

"Nuha nak masuk bilik. Kalau abang perlukan apa-apa, boleh panggil mak dekat dapur. Penat bercakap dengan orang yang tak reti nak bagi jawapan," sindirku tanpa berlapik. Emosi mula menguasai diri. Sabar Nuha. Ada jugak yang akan makan kaki ni karang!

Aairul masih lagi tenang duduk menyandar di sofa. Tidak membalas apa-apa seolah dia tidak terkesan langsung dengan sindiranku.

Aku pandang Aairul seketika. Masih lagi tiada apa-apa balasan daripadanya. Senyap. Tidak mahu menunggu lama, aku cepat-cepat mengangkat bekas yang berisi air. Kaki yang baru sahaja ingin melangkah terhenti apabila suara Aairul memecah kesunyian di antara kami.

"Aku dah bagi jawapan. Kau saja yang tak nampak."

HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]Where stories live. Discover now