Aku mendongak memandang langit yang membiru di luar jendela bilik tidur. Lutut dibawa ke dalam pelukan. Bibir bawah digigit.
"He's always trying to protect you. Indeed, he's trying to protect everyone but he chose the different ways. He chose to hurt because he doesn't know how to love. He doesn't know how to express his feeling."
Kata-kata Dr. Alex masih lagi terngiang-ngiang di pendengaranku.
"SEKARANG NI ABANG NAK BAGITAHU YANG NUHA TENGAH CABAR KESABARAN ABANG?! HABISTU NUHA?! KESABARAN NUHA?! ABANG TAK FIKIR? SIAPA YANG CABAR SIAPA SEKARANG NI AAIRUL RAYQAL?!" Aku tumbuk kuat bahu kanannya sehingga Aairul terdorong sedikit ke belakang.
Satu persatu kotak memori membuka semula ingatan tentang pergaduhan aku dan Aairul.
"APA DIA? APA LAGI YANG ABANG TAK PUAS HATI? APA LAGI YANG ABANG NAK TIPU NUHA?! APA LAGI PENIPUAN YANG ABANG NAK BUAT?! PUAS HATI NABANG?! PUAS BUAT NUHA NAMPAK BODOH SELAMA INI?! PUAS HATI ABANG?!" Aku meronta-ronta cuba untuk melepaskan cengkaman tangannya. Tetapi Aairul semakin kuat mencengkam sehingga aku mendesis kesakitan.
Aku pejam mata serapat yang mungkin. Pedih terasa di hati.
"Abang minta maaf."
"Untuk apa?" soalku laju.
Aairul diam. Dia kembali tunduk.
"Kenapa kau diam? Rasa bersalah? Orang macam kau tahu ke erti rasa bersalah? "
"Abang..."
"Apa dia? Cakaplah! Puas dah hati kau?! Selama ini aku hormat kau sebagai abang. Apa yang kau buat aku telan semua, aku cuba untuk terima kau dan aku cuba untuk maafkan kau...tapi kau? Kau layan aku tak ubah seperti boneka!" bentakku.
Tanpa sedar, air mataku sudah mengalih membasahi pipi. Aku dah buat satu kesalahan besar.
Aairul tidak menjawab sebaliknya dia berdiri di sebelahku. Mesin pemotong rambut wireless dipandang lama.
"Nuha asyik lupa. Bukankah abang dah janji yang abang akan jaga Nuha selagi mana abang hidup?" Aairul senyum. Ikhlas.
Aku diam.
"Kalau Nuha sakit, abang pun akan sakit juga. Kalau Nuha sedih, abang pun akan sedih juga. Seksa Nuha, seksa lagi hati abang," katanya lagi lalu pemotong rambut itu terus dihidupkan.
Tanpa dipinta, air mataku terus jatuh mengalir apabila melihat Aairul memotong rambutnya di hadapanku.
"Kenapa...kenapa kau sanggup buat macam ni?"
"Sebab abang sayangkan Nuha." Rambutnya dipotong sehingga hampir botak sepertiku.
Aku menekup menahan esakan. Aku tak nak dengar tangisan aku. Aku tahu masih penat sebab mak baru balik daripada melawat aunty Rossa di rumah sakit jiwa. Aku juga dah tahu kisah sebenar hidup Aairul. Aku tak nak mengganggu rehat mak dekat tingkat bawah.
Dada aku lagi sekali terasa sempit. Nafasku turun naik. Ya Allah sakit. Sakit Ya Allah.
Aku tumbuk dada kiriku.
"Apa lagi yang tak cukup?! SELAMA INI KAU TIPU AKU! KAU TIPU AKU! AKU INGATKAN SELAMA INI KAULAH MALAIKAT PELINDUNG UNTUK AKU AKU! RUPA-RUPANYA KAU TAK UBAH SEPERTI IBLIS BERTOPENGKAN MANUSIA!"
Tak Nuha. Dia dah cuba yang terbaik untuk melindungi kau. Dialah orang yang dah banyak berkorban untuk kau.
"Jangan dekat dengan aku! Aku. Jijik. Dengan. Kau," kataku dengan suara di celah gigi.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Short StoryAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...