Kini, tinggal aku dan Aairul sahaja lagi berduaan di dalam bilik. Aku mencerlung tajam Aairul yang diam tak berkutik. Dasar penipu! Rasa simpati kau selama ini, semuanya palsu!
"Abang boleh jelaskan semuanya Nuha. Bagi abang peluang?" kata Aairul cuba untuk meraih simpati.
Aku ketawa sinis. Kalau bukan disebabkan keadaan aku yang membantaskan pergerakan, sudah lama penumbuk sulung aku dilayangkan ke wajahnya!
"Penjelasan atau penipuan apa lagi, Aairul Rayqal?!" Aku membaling bantal ke arahnya. Aairul tidak mengelak.
"Apalagi yang tak cukup?! SELAMA INI KAU TIPU AKU! KAU TIPU AKU! AKU INGATKAN SELAMA INI KAULAH MALAIKAT PELINDUNG UNTUK AKU AKU! RUPA-RUPANYA KAU TAK UBAH SEPERTI IBLIS BERTOPENGKAN MANUSIA!"
"Nuha...jangan macam ni Nuha...Nuha tak sihat sekarang ni. Abang taknak Nuha jatuh sakit."
Aairul cuba merapati aku.
"Jangan dekat dengan aku! Aku. Jijik. Dengan. Kau," kataku dengan suara di celah gigi.
Aairul berhenti melangkah.
"Kehadiran kau dalam hidup aku tak ubah seperti sumpahan dalam hidup aku."
Aairul tunduk.
"Aku percayakan kau selama ini. Aku sayangkan kau dengan ikhlas sebagai seorang abang! Tapi kau pilih untuk khianat aku!"
Aairul terus geleng kepala. Dia angkat kepala. Aairul menangis.
"Abang boleh jelaskan. Abang ikhlas sayangkan Nuha selama ini. Abang tak tipu, Nuha! Abang boleh jelaskan semuanya. Bagi abang peluang untuk jelaskan," katanya dalam sebak.
"JELASKAN APA LAGI?! AKU BENCI KAU AAIRUL! KEHADIRAN KAU HANYA AKAN BUAT AKU BERTAMBAH SAKIT! PERTAMA KAU TIPU AKU PASAL KAK AAIRA! KAU TAHU PERKARA SEBENAR! KAU TAHU AKU TAK PERNAH TOLAK DIA KE DALAM KOLAM! KAU TAHU! KAU TAHU SEMUANYA TAPI KAU?! KAU PILIH UNTUK SAKITKAN AKU! KAU PILIH DIA BERBANDING AKU?!"
Aairul nampak tergamam.
"Macam mana..." Dia tak mampu untuk habiskan ayatnya.
Aku senyum sinis. Air mata aku kesat dengan kasar.
"KEDUA, KAU KHIANAT AKU DAN MAK. KAU TAHU APA YANG LAKI TAK GUNA TU BUAT DEKAT KELUARGA AKU! KAU TAHU SEMUANYA SEBAB AKU PERNAH CERITA DEKAT KAU! KAU NAMPAK APA YANG DAH TERJADI DEKAT AKU DAN MAK!"
"TAPI KAU?! TERGAMAK KAU BUAT KAMI BERDUA HAMPIR MATI?! TERGAMAK KAU KHIANAT AKU?! KENAPA?! KALAU KAU BENCIKAN AKU SANGAT, KENAPA KAU NAK SAKITKAN MAK SEKALI?! KENAPA KAU NAK HERET MAK SEKALI?! MAK HAMPIR MATI AAIRUL! APA DOSA KAMI DEKAT KAU?! TAK CUKUP KE APA YANG MAK BAGI DEKAT KAU SELAMA INI?! KENAPA?!!" Nafasku naik turun.
Aairul diam. Masih diam.
"KENAPA KAU DIAM?! JAWABLAH! KENAPA KAU TAK BOLEH JAWAB?! TERKEJUT? TERKEJUT DENGAN TEMBELANG KAU DAH PECAH? AKU TAK SANGKA KAU BOLEH SEJAHAT INI! AKU TAK SANGKA KAU BOLEH PILIH UNTUK KHIANAT AKU DAN MAK!"
"BERAMBUS! TOLONG BERAMBUS DARI HIDUP AKU! AKU JIJIK NAK TENGOK MUKA KAU!"
"Nuha, abang minta maaf. Abang terpaksa Nuha! Abang minta maaf! Nuha ingat Nuha seorang sahaja yang terseksa? Abang pun terseksa juga Nuha. Abang terpaksa buat semua ni sebab abang taknak sakitkan Nuha. Abang taknak Nuha bencikan abang. " Aairul teresak.
"PERGI MAMPUS DENGAN MAAF KAU!" jeritku sekuat hati. Terseksa? Kau terseksa Aairul? Apa yang kau teseksa? Dasar hipokrit!
"KAU NAK TAHU APA KESILAPAN TERBESAR AKU PERNAH BUAT?"
Aairul angkat kepala.
"KESILAPAN TERBESAR AKU PERNAH BUAT IALAH AKU SAYANGKAN KAU DAN AKU IZINKAN KAU UNTUK MASUK KE DALAM HIDUP AKU. ITU ADALAH KESILAPAN TERBESAR DAN AKU AKAN MENYESALINYA SEUMUR HIDUP AKU!"
Aairul berundur setapak ke belakang. Dia menggeleng laju.
Tiba-tiba pintu bilik aku dibuka dengan kasar. Muncul wajah Dr. Alex dihadapan pintu bilik.
Bilik aku nampak berterabur. Dahi Dr. Alex nampak berkerut.
"Doktor tolong...tolong halau dia. Saya taknak tengok muka dia. Saya mohon," rayuku dengan esakan.
Dr. Alex mendekati Aairul.
"Jangan macam ni, Aairul. Tolong keluar."
Aairul tak berganjak.
"KELUARLAH SETAN! KAU PEKAK KE?! AKU BENCI TENGOK MUKA KAU! KAU TAK FAHAM LAGI KE?!" Aku berang apabila Aairul tidak memperdulikan.
Aairul pandang aku. Lagi sekali air mata jantannya gugur. Kali ini aku takkan tertipu lagi dengan air mata palsu kau! Aku takkan tertipu lagi dengan pujuk rayu kau! Kau tak ubah seperti ayah aku!
Dia telan air liur.
Perlahan dia menapak keluar dari bilik.
Sakit kepala aku datang semula. Aku mendesis kesakitan. Kali ini lebih sakit daripada sebelum ini.
Terasa ada sesuatu yang basah mengalir di hidung.
Aku sentuh bahagian hidung. Ada darah.
Dr. Alex dan Aairul terus berlari mendapatkan aku. Pandangan aku mula kabur. Sakit itu semakin mencengkam.
Aku pejam mata serapat yang mungkin.
"Tolong bertahan Nuha!" Aairul memegang erat tanganku. Sauaranya resah. Ada esakan. Aku tak mampu untuk menepis. Badanku terasa memberat. Lemah.
"NURSE! SEDIAKAN BILIK PEMBEDAHAN!"
Itu adalah kali terakhir aku mendengar suara orang di sekeliling aku sebelum aku disapa lena yang panjang.
Tuhan, aku belum bersedia lagi.
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Short StoryAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...