Aku tersenyum bahagia apabila mendengar bunyi burung berkicauan. Mata dipejam untuk menghayati suasana di waktu pagi. Terasa tenang.
Sudah lama aku tak rasa tenang seperti ini semenjak 5 bulan yang lalu.
Ya, pembedahan aku berjaya. Takdir Allah itu hebat. Aku terselamat dan penyakit kanser aku juga telah sembuh sepenuhnya.
Aku betul-betul terhutang budi dengan mereka yang telah bertungkus-lumus menyelamatkan aku.
Terima kasih, ya Allah. Terima kasih untuk peluang ini.
Dalam mendapat khabar bahagia, aku juga dikejutkan dengan khabar kurang enak. Pengajian aku di Singapore terpaksa ditunda. Sepatutnya aku kena mendaftar beberapa bulan yang lepas untuk kemasukkan sem baharu. Tapi disebabkan tahap kesihatan aku tidak mengizinkan pihak universiti telah membuat keputusan untuk menangguh satu tahun untuk aku kembali belajar.
Takpalah, sekurang-kurangnya pihak universiti masih ada rasa empati untuk aku meneruskan pengajian.
"Ehem!"
Aku menoleh ke arah empunya suara yang berdehem berdekatan dengan aku. Figura itu terus mengambil tempat duduk bersebelahan denganku.
Dia senyum dan aku membalasnya.
"Dr. Alex buat apa dekat sini?" tanyaku.
"Sepatutnya saya yang tanya dekat awak. Awak buat apa dekat sini, Nuha? Awak kan baru saja sedar. Sepatutnya awak kena rehat. Ini tidak, awak boleh pulak duduk dekat bawah matahari ni." Dr. Alex terus membebel.
"Saya bosanlah asyik terperuk dalam wad. Saya rindu nak tengok matahari. Saya rindu nak hidup udara segar. Dr. Alex tak kesiankan saya ke?"
Dr. Alex menggeleng perlahan. Hatinya tercuit dengan perangaiku.
"Ada je alasan awak," katanya perlahan cukup untuk didengari aku.
Aku tahan senyum kemudian mendongak memandang langit. Langit biru yang cerah tidak pernah mengecewakan aku. Tenang, setenang hati ini. Mendamaikan dan indah.
Tanpa kita sedar, langit merupakan satu ciptaan tuhan yang paling indah. Ciptaan tuhan paling teragung.
"Tak lama lagi awak dah nak discharge. Rindulah saya nanti dekat awak."
Aku terus menoleh ke arahnya. Dr. Alex menayangkan senyuman nakal.
"Tapi sayang, saya tak rindu dekat doktor." Aku turut tidak ketinggalan mengusik. Kening dijongketkan sebelah.
Dr. Alex ketawa kecil.
"Memanglah awak tak rindukan saya, sebab dalam hati awak nanti akan rindukan seseorang."
Aku kerut dahi.
"Maksud Dr?"
"Aairul Rayqal."
Aku tersentak.
"Awak tak rindukan dia? Kalau saya rindu."
Makin berkerut dahiku. Kenapa pulak Dr. Alex ni nak rindu laki tak guna tu? Takkanlah Dr. Alex...gay? Ah, sudah! Tak cukup perempuan lagi ke dunia ni?
"Dokter ni...gay ke?" Soalan itu laju meluncur keluar tanpa sedar. Aku tekup mulut. Mataku membesar. Takkanlah?! Muka punyalah hensem! Inilah realiti zaman sekarang. Muka yang hensem bukannya boleh percaya sangat! Ramai yang hensem tapi sayang ramai jugak yang 'bengkok'.
Dr. Alex nampak terkedu. Tiba-tiba dia ketawa besar sehingga menarik perhatian orang sekeliling untuk memandang ke arah kami. Aik? Gila ke? Ya Allah, tak baik kau cakap macam tu Nuha! Astagfirullah hal adzim! Allah baru je bagi peluang kau hidup balik. Tak sampai sehari kau dah buat dosa. Tsk tsk, dasar manusia lupa diri.
"Aairul tu kawan saya, cik Nuha." Dr. Alex berkata dengan masih sisa ketawanya.
Kali ini giliran aku pula terkedu.
"Kenapa? Tak percaya?" soalnya. Dr. Alex terus mengeluarkan perantinya dari poket seluar. Dia kemudian menunjukkan sebuah gambar di dalam handphone kepadaku. Gambar dia dan Aairul yang mengenakan pakaian konvokesyen.
Aku telan air liur. Terasa kasar.
"Aairul kawan baik saya. Sebab tu saya cakap saya rindukan dia."
Aku memilih untuk berdiam diri apabila nama lelaki itu menjadi topik perbualan antara kami.
"He has been through enough and he has suffered a lot, Nuha. Dia banyak cerita pasal awak dekat saya Nuha. Everytime he tells me about you, I can see the pain that he holding behide the smiles. He missed you so bad." Senyuman Dr. Alex mengendur.
Ayat yang baru keluar daripada mulut Dr. Alex menerbitkan senyuman sinis mulutku.
"Are you sure, Dr. Alex? Saya takut awak kena tipu macam mana dia tipu saya selama ini."
Dr. Alex geleng.
"Saya tak tipu. Saya kawan dia dan saya adalah saksi semuanya. Saya juga adalah saksi macam mana dia terseksa selama ini. Dia dah cukup terseksa, Nuha. Kebencian awak dekat dia sudah cukup untuk membunuh dia. Awak tak pernah bagi peluang untuk dia jelaskan semua."
"Dan sama juga seperti dia. Tiga tahun lepas, dia tak pernah bagi saya peluang untuk saya jelaskan semua. Jadi, sekarang ni kira adil saya buat macam ni dan dia layak untuk terima semuanya," laju aku memotong kata-katanya. Aku cuba mengawal nada suara.
"Tak. Dia buat semua itu bersebab. Dia buat sebab dia terlampau sayangkan awak, Nuha. Dia terpaksa sakitkan awak tapi itu bukan bermakna dia tak sayangkan awak. Bila dia tengok awak terseksa, dia akan jadi lebih terseksa dan terseksa lagi sampai satu tahap dia hampir bunuh diri."
Aku meraup muka. Sumpah aku tak faham apa yang Dr. Alex cuba maksudkan.
"Takpa, tunggu awak keluar dari hospital nanti saya bawak awak jumpa Aaira dan saya akan jelaskan semuanya dekat sana."
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Storie breviAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...