"Sunshine! Ya Allah! Hujan ni! Buat apa dekat luar? Masuk ke dalam cepat! Nanti demam!"
Aku geleng kepala enggan. Aku menghampiri tubuh sasa lelaki itu yang masih lagi mengenakan pakaian sekolah. Lengannya dirangkul lembut. Dia pandang aku dengan dahi berkerut.
"Abang, jom doa? Ustazah Nuha cakap, doa waktu Hujan ni mustajab tau."
Kata-kata aku membuatkan Aairul tersenyum kecil. Dia berdehem.
"Little sunshine abang nak doa apa?" tanyanya. Tak pernah jemu melayan perangaiku yang sentiasa berubah-ubah. Makin bertambah ketawa bahagia apabila Abang Aairul memanggilku dengan gelaran manjaku.
Little sunshine. Ah...bahagianya!
"Nuha doa...kalau satu hari nanti Nuha pergi dulu, Nuha minta dekat Allah supaya Allah boleh temukan orang yang lebih baik daripada Nuha untuk jaga mak dan abang," kataku lalu tersenyum halus.
Aku meletakkan kepalaku di bahunya.
Aairul pandang aku. Dia hanya diam.
"Kalau abang? Abang nak doa apa?" soalku apabila melihat dia tidak bersuara.
"Kalau abang...abang doa kalau satu hari nanti Allah nak ambil salah seorang daripada kita berdua, abang doa dan minta dekat Allah supaya ambil terus kita berdua."
Aku terus ketawa.
"Mana boleh macam tu! Nanti siapa nak jaga mak?"
Aairul hanya tersenyum.
Mendalam. Ayatnya terlalu mendalam.
"INI amaran terakhir aku, Nuha. Jangan pernah terfikir untuk rampas Aairul daripada aku! Kau ingat Aairul tu betul-betul sayangkan kau sebagai adik ke?"
Aku mendengus kasar. Kata-kata Aaira aku hiraukan seperti angin yang berlalu. Ingat aku kisah sangat dengan amaran dia? Dia ingat aku takut?
Aku terus berjalan melepasinya.
Langkah di bawa menuju ke tepi kolam memandangnya dekat kolam tiada sesiapa yang berada di sana. Rasa tenang sedikit. Tidak terlalu sesak berbanding tadi memandangkan semua orang tengah berada di dalam dewan. Hari ini merupakan majlis reunion yang melibatkan batch aku sehingga ke batch abang Aairul.
"Kau memang tak makan saman betul kan?" Kak Aaira mengejarku dari belakang.
Aku mengeluh lemah. Aku berpaling ke arahnya.
Apa lagi yang perempuan ni nak? Ambik jelah si Aairul tu. Ingat aku ni kempunan sangat ke nak dekat laki tu?
"Apa masalah akak ni?" Aku tahan sabar.
"Masalah aku adalah kau! Kau tu yang bermasalah!" Kak Aaira menunding jari ke arahku.
"Nuha tak faham. Apa yang akak cuba nak bagitahu ni? Kalau akak rasa Nuha nak rampas abang Aairul daripada akak, Nuha rasa akak dah buat kesilapan besar. Maaf, abang Aairul bukan taste Nuha dan Nuha pun yakin abang Aairul pun rasa benda yang sama. Hubungan kami tak lebih daripada abang dan adik." Nada suara cuba ditahan sebaik mungkin.
"Kau yakin? Kau memang anggap dia sebagai abang. Tapi dia? Sepanjang hari dia sebut nama kau. Setiap kali aku bersama dia, asyik nama kau saja yang berada di mulut dia. Semua kau! Nuha itulah, Nuha inilah! Sampaikan satu tahap, kau juga sentiasa menjadi punca untuk aku dan dia bergaduh! Kau rasa apa maksudnya?"
YOU ARE READING
HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
Historia CortaAAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan...